KANGAR 16 Jun — Seorang bayi didapati dilahirkan tanpa memiliki alamat kelamin dan mempunyai kecacatan lain pada anggota badannya.
Muhammad Nabil Mustaqim bin Rodzake yang dilahirkan pada 10 Ogos tahun lalu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata.
Dia diberi nama berdasarkan jantina lelaki kerana ujian DNA mengesahkan bahawa bayi itu lebih bersifat kelakian.
Sehubungan itu timbul kerisauan yang amat mendalam dihati kedua ibu bapa bayi malang ini.
“Saya sayu memikirkan masa depannya jika dia makin membesar tanpa kemaluan dan tekanan emosi yang pasti dialaminya,” kata ibu bayi berkenaan, Zatul Bazamah Abd Rahman, 26, dari Kampung Batu Lima dekat sini. - Bernama
/me: Macam manalah kehidupannya nanti kalau sesuatu tidak dilakukan kepada bayi ini. Ttp buat pembedahan boleh ker?? boleh kot perubatan sekarang ni kan dah advanced. kemaluan pun boleh buat ape? Bayangkan kalau sampai ke besar dia tak ada kemaluan???
No comments:
Post a Comment