Tak ada pun aktiviti sangat cumanya membncangkan majlis pertunangan adik husband aku, Teman yang akan bertunang 5 Julai nanti dgn orang Kuala Pilah, N9 juo. ohh janjinya 4 julai tu nak buat makan-makan di rumah aku...cam ner ekkk kena pospon date lainlah jawabnya. banyak betol aktiviti keluarga ni...minggu depan 28 jun nak hantar anak buah ke UKM pulak..walaupun dekatkan dgn rumah hantar tetap hantar.
perbincangan meliputi berapa orang nak pegi, berapa buah kereta.. bertolak jam berapa..pung..pang pung pang...sap sap soi...aku amik keputusan tak nak ikut, lagi pun ada anak kecik ni susah dah ler majlisnya tengah hari, aku dpt membayangkan panas terik gitu. Kalau si kecik tu nangis tak ke haru..dan akak2 aku juga ambik keputusan tak nak ikut..sapa2 ada anak kecik semua tak join. Yg pegi lelaki-lelaki jer ngan makcik-makcik dan pakcik-pakcik..@ orang kertu @ tua-tua sajorkk..
Ohhh dah ke laut pulak..tajuknya kenduri doyankan. sebelum tu ni gambar durrani kat kg ikut jer ke mana sepupunya pegi. nak main cikgu2 tapi tak pandai menulis dan membaca lagi. lastnya tengok jerlah dorang main.
Geram jer dia sebab bukunya tak bawa balik. nak menulis kena marah pulak sebab tulis ntah hape-hape.
Ni baru masuk bab doyan. dah lama ngidam nak makan sebenarnya..lastnyer dapat juga makan doyan yg dibawa oleh Kak Yah. Tima kasih ekkk kerana memahami. dia bawa satu bakul kecik jer. ttp cukuplah untuk kita org semua.
pakar membuka doyan adalah adik Liza, yg lain2 suka makan jer.
Ini antara kulit dan doyan yang masih berbaki belum dibuka. kita org habiskan semua petang itu. Tak tinggal lagi. saper yg tak ada mmg rugilah. Husband aku tak dpt makan sebab dia ada meeting ..meeting apa..meeting UMNOlah. Banyak juga aku makan. tak pedulik walaupun batuk selsema tetap makan jugak..
malamnya batuk semakin parah...telan ubat ok sikit. Rasa cam nak semput pun ada jugak..OMG pegilah jauh-jauh semput2 ni.
3 comments:
aduh ti..sedapnya berkenduri durian. terus teringat kg laman nih, harus skrg pokok yg buahnya lebat kat blkg umah aku sudah luruh..yum..yum..sedap durian kg
cuti hujung minggu nih...balik kampung...kalu ada doyan, aku nak bantai puas2 hehehe...
Li- sedap li...aku tak kisah durian kg ker bandar ker siam ker semua aku tibai.
ben- bestnyer..kalau ada lebih bawak ler balik keh..keh..keh
Post a Comment