Monday, June 15, 2009

hari ibu dan bapa @ MENARA KL

Gambar-gambar sepanjang majlis Menyanjung Ayah Bonda anjuran majalah jelita dan Anjung Seri di Menara KL petang semalam. Majlis sepatutnya bermula jam 2.30 petang tetapi dilewatkan ke 3 petang disebabkan menunggu tetamu termasuk artis yang kebanyakannya sampai lewat.Antara artis jemputan ialah Shila OIAM dan adiknya Syada, Zarina Zainuddin bersama anak-anaknya (3 orang), Mas Anizan dan 2 anak, Datin Ziela Jalil bersama dua anaknya, Mak Nani, Vanidah Imran dan Shedee ttp dorang datang lewat sebab ada function lain sebelum tu.

banyak acara diadakan ni salah satunya, bual mesra bersama mak nani dan chef Anuar mengenai ibu.
Persembahan nyanyian oleh Shila OIAM dua lagu dan adiknya 1 lagu. Suara adik shila lg power drp shila.

gambar krew bertugas, Ain dan Fred, bergambar di tepi tingkap yang besar.

Ni pun krew bertugas juga. Dalam sibuk-sibuk sempat bergambar uols
Fred dgn Mas anizan. mula-mula malu pulak fred nak bergambar last-last nak juga.
gambar aku haruslah ada. manis sgt mas anizan ni. ingt lagi masa dia muda-muda tengah popular lawo sgt dia ni. masa tu tgh gosip bercinta dengan Ijoy. Tapi jodohnya dengan arwah ali bapoo tuh.

Dr Mega View tu tingkt paling atas, boleh nampak seluruh KL. Kalau malam lg cantik aku pernah naik sekali pada waktu malam kat restoran berputar tu, itu pun sebab ada shoting fesyen kat atas.
Acara mendapat sambutan adalah makan maggi paling cepat. mak suapkan maggi kat anak. ni Xeditor Jelita, kak ana bersama anaknya

mas anizan pun masuk juga acara ni dgn anak bongsu dia

kak kusyi pun masuk juga

Ada acara menghias kek untuk kanak-kanak. Ni kalau bawa Durrani ni haruslah dia join pertandingan ni.
Excited sungguh bebudak ni hias kek, ala conteng2 jer..
Hadiah untuk pemenang. pertandingan lain spt menghias bunga untuk kaum bapa, pakaian beragam dan pertandingan memasak.
Semua hadiah adalah ditaja yer uols. antaranya tajaan Maggi, corning wear, hadiah set memasak, ada percutian dan macam2 lagilah.
habis majlis dekat 6.30 petang, husband aku asyik bersms jer tanya bila nak balik, maklumlah dia kena jaga 2 anak kat rumah tuh. aduhh pening kepala aku, dah ler sibuk dgn function. masa sampai rumah 7.30 ehhmm aku tgk anak-anak ok jer..si kecik dok sibuk main-main, samalah ngan durrani.

2 comments:

imankoleksi said...

wowwww bestnya..

ibu_arifa said...

bestnyer..kerje dapat jumpa artis ni.. saya peminat mas anizan tau..cantik cam dulu jer dia kan.. okey ker kerje dgn artis2 ni kak?.. selalu dgr org cakap artis byk yg sombong..tul ker?