Sunday, June 14, 2009

ke Menara KL

oh petang ni jam 2 ada function Hari Ibu dan Bapa majalah jelita di menara KL. Aku kena ada sana jam 12.30 saja dtg awal kalau-kalau ada apa-apa yang perlu dibantu. nasib baik Fahim dh sihat sikit badan pun dh tak panas. mana taknya malam tadi mmg berjaga betul setiap 4 jam aku bangun dan kejutkan dia bg makan ubat. Walaupun nangis terpaksa juga bg ubat sebab nak cepat baik lepas tu tuala basah sentiasa letak kat kepala dan badan. kalau tak buat cam tu selalunya 2,3 hari jugaklah demamnya. Mahunya esok aku kena EL, ttp tgk keadaannya hari ni alhamdulillah boleh keluar dengan senang hati sikit mudah-mudahan petang ni dah sihat betul. tadi bg makan nasi dgn sup pun dah berselera makan.

Oh petang ni majlis bertemakan a touch of white. Nasib baik baju putih aku banyak..ala minum petangkan pakai kemeja dgn jean pun dah ok. Tugasan aku adalah 'jaga artis' hehhehe tiap2 kali kalau ada finction gitulah tugasan yg diberi pd aku, jaga artis tu maksudnya kena cari artis yg akan datang untuk function ni, pastu pastikan saper yg nak perfom, berapa lagu, lepas tu sentiasalah keep in touch ngan artis2 ni kot2 last minit ada yg cansel ker? masa function pastikan artis dtg jam berapa, berapa org, lepas dh datang kena intertain artis nilah, kalau yg perfom pastikan minus one diberi pd krew bertugas, lepas tu bila nak balik say good bye dan thank you, pastu muah..muah..kiri kanan dan habislah tugas aku.

Gitu jer..nampak senang jer kan...tetapi selalunya kalau artis tak best, artis tk datang, last minit cansel kitalah yg kena, ttp dah biasa dah benda2 cam gini...org kata kena guna banyak planlah..plan A, plan B, Plan C hehhehe

2 comments:

INTAN said...

aku lepak je seharian ari ni..x kuwar jengok matahari

arediks92 said...

woww menara KL eh...
best2 mana gmbo korg2 smua hupdate le skali