Selamat lah sudah satu hari aku berpuasa, asyik tangguh-tangguh jer nak membayar lagi 2 hari tu, akhirnya selamat jua.
Nasib baik Fahim duduk dalam baby chair ni tak meragam elok jer makan kerepok sambil menunggu nasi.
Bila nampak nasi sampai dia yg sibuk dulu nak bangun, konon2 nak makan ler bila suapkan baru ler duduk dgn sopannya
ni air tembikai pembuka selera. Kalau puasa ni mulalah keinginan macam-macam mula2 cakap ngan hubby nak makan ikan bakar, tomyam bla..bla..bla.. keinginan melampau betul. Siap request nak makan kat ikan bakar kat Bagan Lalang lagi. Huhuhu..mmg ler tak tercapai impian tu.
Jadinya kami makan di kedai biasa saja. Masa pun dah suntuk...masa order dah jam 7.30 dah. Oleh kerana bukan kedai ikan bakar jd order yg biasa-biasa saja. Sup campur feberet,
Jadinya ada hutang lagi satu hari, InsyaAllah akan dilangsaikan minggu ni. Lepas tu bolehlah kalau nak buat puasa sunat. latih perut supaya tak terkejut bila sampai Ramadan. Kejap jer dah nak sampai Ramadan balik, pastu raya..yahuuu..(sungguh kurang sopan nampaknya ingt raya dulu)
3 comments:
makan dimana2 hehe
bestnye nampak...
sya pun ade utang pose lagi ni
Air tembikai tu menggoda ngah panas2 ni
posa ganti aku dh abis 8 ari...lega giler...abis masa syawal lagik
Post a Comment