Saturday, June 13, 2009

fahim demam

Ni baru balik dari klinik, bawa Fahim jumpa doktor. Alkisahnya malam tadi kawan husband berikan murtabak ni, jadi aku pun excitedlah makan. Dah tu fahim pun excited juga minta...aku bg ler sikit sebelum ni pun aku dah pernah bg dah dia rasa murtabak, oklah tak ada apa-apa..alah bg pun tak banyak. Cukup sekadar merasa.
Selepas itu setengah jam kemudian dia mula batuk, drp sikit batuk dua tiga kali cam ada benda melekat kat tekak. Aku pun tengok ler dlm mulut dia, kalau ada, mmg tak ada. Lepas tu dia muntah dan keluarkan semua makanan, termasuk murtabak yg dia makan tadi. panic ler juga bukan apa takut tercekik jer..puas juga tengok kat tekak mmg confirm tak ada...muntah pun dah kurang ttp aku tetap tak puas hati bawa juga pg klinik malam tadi.

Masa jumpa doc, doc kata perut dia banyak angin maybe punca drp murtabak tuh yg tak sesuai dgn dia. mungkin campuran bahan tu ada asid ke apa ker..mana tau kan. Bukan sebab tercekik atau apa. lega dengar...ttp kesian juga sebab salah aku ler bg murtabak tu kat dia. Balik jer rumah tengah malam badan dia dah panas...dan makin panas. Ubat demam mmg tak minta tadi..nasib baik ada ubat bontot terus jer aku masukkan...dan subuh tadi dah berkurang sikit..alhamdulillah. Ttp tetap nak bawa ke klinik pg ni.

bangun pagi sempat lah masak jemput-jemput, husband pulak bg fahim rasa sikit jer pun, dan aku pun kata ala bg jer sikit jgn banyak. Lepas tu terus jer dia batuk-batuk dan muntah balik. Alahai...mmg doc dah pesan jgn bg makan apa-apa...ingtkan ok..alah sikit sgt pun bg.
lepas tu terus jer bawa pg klinik yg sama dan doc yg sama..doc tu senyum jer..sambil kata, "kan dah pesan jgn bg apa-apa makanan," hasben aku sempat nyampuk tuh, " ala sikit jer doc..sikit sangat,"
"mmglah sikit ttp tu dah menganiaya anak, kan dah muntah balik," dia kata sambil senyum-senyum. terus jer husband aku diam. mmg salah sendiri pun. Terus dpt ubat berbotol-botol, ubat demam, batuk, selsema, antibiotik, ubt angin, ubat masuk bontot. Balik bg makan ubat terus tido. Harap2 fahim oklah..sebab esok aku ada function hari ibu dan bapa kat Menara KL. kalau dia masih demam susah juga cik abang nak jaga ni. tadi pun dia dah tanya, "esok awak pegi juga ker function tu?"
tak terjawab lah aku sebabnya mmg kena pagi juga..lg pun ini function terakhir untk thn 2009 kot. Rasanya lepas ni tak ada function apa2 dah.

Pagi tadi juga Vanidah Imran pelakon tu call, bg tau kemungkinan esok dia tk dapat hadir, alahai..cam ner ni dah janji nak dtg. pastu aku pujuk2 juga...yerlah makcik2 dan akak2 tu dah tahu dia adakan mesti semnagat nak pg function esok.

"Ok kak V trylah. nanti petang kak V call ct balik," katanya. jangan NAN ADO sudah..gitulah kalau cansel last minit ni mmg dah tak leh cakap apa dah reda ajerlah.

5 comments:

MeL said...

my sister lgla..bb girl dia 8mthns+ xnak mkn baby food. hanya mkn apa yg ibu dia mkn..kunyah2 suap kt mulut dia. chicken chop la, mushroom soup la..alhamdullillah xde pape ;p my mom bising gile! haha

ANAKIRANA said...

musim demam skrg ni

kirim salam sweet kat kak V ..suka tgk dia

INTAN said...

silap mkn pun leh demam sampai mcm tu ek..kesian dia

Yan said...

ubat montot tu.. klu dalam sehari kite bagi cam 2 or 3 kali takpe ke?? kite festime kasik budak ubat montot ni

rynas said...

mel-kdg2 ada baby yg ok jer mkn apa saja. ttp kan mak2 kita dulu lahir2 jer dh bg pisang sht walafiat jer

ana-mmg pun musim demam

intan- biasanya ok jer makan ni ntah kenapa..dh nak demam kot

yan-ubat bontot tu bg kalau suhu bdn panas sgt. lepas tu kalau nak bg ubat makan selepas 6 jam kita bg ubat bontot. tak bolehlah selalu sgt...bg ubt bontot ni.