Tuesday, June 2, 2009

mama pam cucu

Kejadian ini berlaku dua malam lepas, sampai terkeluar air mata aku ketawa tengok gelagatnya. Mula-mula dia pegi dapur entah apa yang dicarinya lepas tu masa buka laci terus terjumpa pam susu aku brand Pureen tu. apa lagi teruslah dia menjalankan aktiviti mengepam susunya.

Mula-mula letak dia letak pam kat dada dia. sambil tengok Tv ni dan tunggu ler konon-konon susu dah keluar ler. Tak tahan tengok muka yg selamba giler tuh..hhehehhehe

Lepas tu agaknya lambat sangat kot keluar susu atau teknik yang salah, dia angkat baju dan letak pam susu kat dada pulak (pix ini sensored sikit yer hehhehhe)

Tak puas hati keluarkan balik pam pulak kat luar. Masa ni muka sangat excited ok
Dah penat berdiri, sambil baring pulak...adoi ya..anak aku. Aku tanya dia, " fatin buat apa tu?"
"pam cucu (susu) lah mama. Ni nampak ni cucu," sambil tunjuk pam susu tu kat aku.
"Mana ada susu,"
"Ada..ni nampak tak, pam cucu atin lah" sambil tunjuk pam tu kat aku.
Agaknya bila dah penat mengepam susu, tapi susu tak juga keluar-keluar dia pun dah bosan agaknya...terus pam susu tu bertukar menjadi microphone pulak. Mula-mula nyanyi lagu aku faham ler juga lagu 'rajin adik rajin, abahku pulang dr keje dgn lagu tepuk amai-amai'. Selepas itu keluarlah lagu Jawa dan Jepun dia hahhahha...
yang tak tahan tu minta kasut dan pakai kasut, malam-malam sambil nyanyi-nyanyi. taknak ler aku bg mulanya apa ke jadahnya nak pakai kasut, rupa-rupanya sebab nak nyanyi.
Dan akhirnya dek kepenatan terus tertidur dgn kasut tak dibuka, itu kasut lain pulak. sempat tukar uols..

11 comments:

Mummy Dasy said...

hahaha.... macam2 kerenah durrani ni.. senang sungguh dia nak tido... klu Daneen selaagi me x masuk bilik mau merengek jek

NizA said...

hahahaa...sabo jek tgk gelagat duranni nih...comel!!!

INTAN said...

mcm2 hal anak dara sorang ni..hehehe....nasib baib dia x tidoq sampai pam susu kat dada..hehe

ANAKIRANA said...

ekkekekeekeke ahahhahaha
nk gelak nk gelak!
adoiiii mcm2 peel

MeL said...

ahaha..comelnye dia tiru mamanye ye ;)

rynas said...

mummy- dia kat mana2 jer bleh tido sendiri

niza- hahhaha saya ni hari2 bersabo dgn gelagatnya

intan- nyaris2 lah tertido ngan pam sib baik pam jdi mic

ana-peel bdk2 kan penawar duka

me- mmg pun masa anak sebulan sampai 7 bln jer saya pam susu di dh tak buat dah dia plak ganti hehhehe

CS @ Mama AA's said...

hehehe ni mesti mama pam susu depan die ni... tu die tau keh3

munira said...

alalaa..tomeinye durrani ni :)
mamanya ajarlah teknik ngepam yg betul ye :)

rynas said...

syareena - hehhe..mmg pun pam depan dia dah nak tenok..hehhee

munira - alahai..jgn diajar dia tu lain jadinya hahhaha

ibu_Arifa said...

wah..mmg lawak lah tgk gaya fatin pam susu dia tuh.. sirius jer muka pun..hehehe..pandai tul fatin nih :)

rynas said...

ibu arifa -mmg serius giler tu bersungguh2 mengepam susunya yg takdak susu itu hehheheh