Tuesday, June 9, 2009

kerja oh kerja

Hari ni memulakan tugasan selepas 4 hari bercuti. Mood bekerja juga masih belum 'mari' masih menyembunyikan diri. Mood oohh mood cepatlah kau datang mood oiii..
Masuk jer bilik tengok bahan-bahan atas meja, pandang komputer, pandang kiri, pandang kanan, (komputer pun dah berhabuk baru jer ditinggalkan tuannya 4 hari). aduh!!! banyaknyer keje yang perlu diselesaikan minggu ini. Hari ni pula dah start shooting pengantin bertudung untuk buku Pengantin Bertudung. Start hari nie sampai Jumaat dan bersambung ke minggu hadapan.

Selepas itu mencari bahan untuk buku-buku seterusnya. Makk aiii..banyak juga yer kerja yang perlu diselesaikan. Ingatkan boleh rileks...hahhahha..dah namanya pun bekerjakan mana boleh rileks. Harap-harap semuanya berjalan mengikut ontime lah yer. sebab sekarang ni kejapnya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk Jun, lepas tu Julai, masuk Ogos dah puasa. Bila dah puasa ni produktiviti makin menurun sikit, bila semakin dekat nak raya semakin ler menurun, tahap kemalasan juga semakin meningkat, dah sibuk persiapan raya pulak (bila sebut pasal raya ni semnagt pulak cam budak2 gitu). Lepas tu dah cuti raya pula...bila cuti mana nak ingat kerja2 ni semua...bila naik cuti mood bekerja pula dah kurang, kena panggil mood datang pula.. sedangkan dateline semakin hampir..aduh..'mak pening nyah'

bila memikirkan itu semua..'tak boleh jadi' 'mana boleh jadi' kena lah 'pulun' dan 'gigih' drp sekarang kata org Kedah. beginilah kerja kalau mengikut dateline nak-nak kalau projek sekaligus lepas tuh dateline sekaligus...'mampus nok' pandai-pandailah nak hidupkan??? bukan senang nak senang pun kan..

3 comments:

NizA said...

semoga allah permudahkan segala urusan akak...model pengantin pakai tudung tu dah ader ke??hahahahaa....

INTAN said...

aku sok baru keje...liat betoi rasa

JOYAH GLAMER said...

Aik..kan joyah cakap jangan letak gambar joyah tu...hilang ler glamer joyah oii.