Wednesday, June 24, 2009

berbuka di jalan

Semalam aku berpuasa menglangsaikan hutang puasa yang masih bersisa.
cadangnya mahu pulang sebelum jam 6 petang tetapi ada projek sikit dengan aton. Dia datang ke opis sembang punya sembang, bincang punya bincang jam 6.30 baru ler gerak, maklumlah aku kalau dh jumpa dia nak jumpa 5 minit jd 30 minit, 30 minit jadi 1 jam uols..
Masa dalam kereta dah berkira-kira mahu berbuka dgn menu apa,
ehhmm terbayang nasi kerabu buatan orang kelantan yang sangat enak di pasar malam Bangi teruslah menuju ke sana, alahai jam sudah menunjukkan 7.30 malam, tanpa membuang masa aku teruslah membeli air kelapa, sebab itu jer yg nampak menyelerakan.
Tidak sempat nampaknya mahu berbuka di rumah. Agak-agak sudah sampai waktu berbuka, terus jer menyedut air kelapa itu, kan tidak elok melengah-lengahkan waktu berbuka walaupun ketika itu masih di jalanan

Lega rasanya bila air sudah diteguk, teruslah berjalan mencari nasi kerabu,
selepas itu mencuci mata seketika sebelum beransur pulang,
bila sudah dapat air bertenaga pula, sampai ke rumah barulah menjamah nasi kerabu spt gambar di atas itu.
Fuhhh mmg sedap dan enak, no.1 tak sedar dah habis sambil mulut meminta lagi. hamboi kuatnya aku makan...inilah penangan orang puasa.

5 comments:

MeL said...

sedapnye nasi kerabu tuuu! kan? tula bahaya klu pose ni, nafsu mkn time buka kn control, takut terlebih2 lak mkn..

c-idah said...

sedapnye...

Yan said...

yummy!! nasi To Wednesday! (KERABU)..
yan ske gak..
tp klu order tu mesti tak nak kelapa2.. yan nak nasinye.. budunye.. ngan lauknye.. dh tu jek.. hehe

ibu_Arifa said...

pergh..terlioq la pulok tgk gambo ni

NizA said...

ohhh nasi kerabu!!!sedapnyer....