Tuesday, November 11, 2008

Pilihan di tangan anda..muhasabah diri

Kehidupan adalah membuat pilihan sama ada A atau B. Pilihan pula ditentukan pelbagai faktor sama ada diri sendiri, orang lain atau persekitaran. Manusia memang sukar membuat pilihan kerana mempunyai hawa nafsu sekiranya pilihan tiada dalam kamus hidup manusia sudah tentu porak perandalah kehidupan dikawal dek hawa nafsu. Kenapa aku menulis mengenai pilihan??? Kerana aku juga tidak dapat lari daripada membuat pilihan bangun tidur sahaja sudah perlu memilih sama ada bersarapan dengan milo atau kopi dan aku memilih milo kerana kopi tidak sesuai untuk ibu menyusu seperti aku. Begitulah seterusnya sehinggalah aku sampai di pejabat perlu memilih sama ada keluar bersarapan atau tidak yang mana semua keputusan ini di tangan aku tetapi bergantung pada kehendak dan akal fikiran yang waras.

Aku sering bertanya sukar sangatkah kehidupan ini sehingga manusia seringkali membuat pilihan salah? Adakah itu dinamakan takdir. Ya ramai beranggapan apabila kita nekad dengan keputusan yang satu, dan keputusan itu menyebabkan kehidupan kucar kacir kita akan menyalahkan takdir daripada menyalahkan diri sendiri. “Sudak takdir nak buat macam mana,” begitulah biasanya kedengaran agak terlalu klise.
Beberapa hari ini aku mula terfikir kehidupan beberapa orang kawan yang sama-sama menjalani kehidupan denganku tetapi mengalami kehidupan yang muram dan suram. Kerana apa??? Semuanya kerana mereka membuat pilihan yang salah.

Seorang rakan ketika sama-sama menuntut di universiti perkahwinannya hancur dalam usia muda hanya setelah setahun berkahwin kerana dia yang membuat pilihan sebegitu. Mendudalah dia kerana itu pilihannya. Bagi aku kita yang mencari kebahagian dan membuatkan kehidupan rasa bahagia. Apabila rumahtangga berantakan salah siapa..salahkan diri sendiri.

Cerita kedua rakan serumah..yang memilih untuk menjadi perempuan simpanan kerana kemewahan. Kedengaran seakan tidak percaya..tetapi kerana apa dia yang membuat pilihan sebegitu. Jangan salahkan orang lain..family yang tidak ambil tahu atau kurang kasih sayang bukankah atas kemahuan sendiri. Apa tidak seronoknya semua kemahuan dituruti, poket sentiasa berisi, melancong ke sana-sini tidak sedar maruah tergadai. Murah sangatkah harga diri sehingga sanggup berkelakuan begini. Sebagai teman serumah tidak sangka dia bijak mengaburi mata semua setiap hari dihantar bos. Kereta dibeli...apabila bercuti pulang dengan pelbagai hadiah mewah siapa yang tidak mahu. Kali pertama melakukan hubungan seks sudah diberi cek bernilai RM50 ribu wow!!!! Begitulah harga yang perlu dibayar untuk membeli maruah. Tetapi sebenarnya tidak ternilai dengan wang ringgit. Kini kehidupannya entah bagaimana dia menghilangkan diri setelah bos mencari. Sudah terpalit noda hitam dalam lipatan sejarah hidupnya. Noda hitam ini tidak akan hilang sampai bila-bila waima dicuci beribu kali sekalipun.

Kisah ketiga mengenai rakan kepada seorang rakan, kisahnya menarik untuk dijadikan pengajaran. Timbul rasa benci apabila mengetahuinya. Kehidupannya agak sosial selepas tamat belajar. Berwajah cantik dan memiliki tubuh seperti model semuanya sempurna lelaki mana tidak jatuh hati. Namun jangan menggunakan kecantikan ke arah maksiat kelak memakan diri. Clubbing dan bertukar teman lelaki itulah kerjanya baginya dunia adalah segalanya. Akhirnya teman lelaki mengajaknya berkahwin dengan alasan mahu mengubahnya. Tanpa berfikir panjang dia bersetuju dia membuat pilihan yang bijak kerana memilih lelaki yang baik yang tidak memandang kisah hitamnya. Namun benarlah manusia ini sukar berubah apatah lagi berkaitan nafsu. Rupanya gelaran isteri tiada menghalangnya melakukan maksiat. CURANG... itulah sesuai menggambarkan perangainya. Setiap malam keluar berjumpa jantan. Pulang hingga ke pagi. Tubuh yang sepatutnya dberikan kepada yang berhak diberikan kepada jantan lain. Apa punya isteri..patutnya hukuman sula diberikan. Kerana tidak tahan menanggung maksiat akhirnya suami terpaksa membuat pilihan dengan menceraikannya.

Begitulah lumrah dunia, entah apa yang dicari. Teringat ketika aku terpaksa membuat pilihan untuk mendirikan rumahtangga. Akhirnya aku memilih dia... suamiku sekarang, dan aku bahagia dengan keputusan yang dibuat. Pilihan bukan kerana harta kerana suami aku bukannya kaya pekerja biasa sahaja. Bukan juga rupa, suami aku bukan lelaki handsome kerana bukan harta dan rupa yg aku cari ttp aku mencari BAHAGIA. Kini aku sedar bukan harta juga rupa yang menjanjikan bahagia. Tetapi mendapat keredaanNYA. Kdg-kdg kita lupa setiap hari usia semakin pendek manakala dosa semakin banyak. Entah esok entah lusa Tuhan mencabut nyawa apa bekalan untuk hari tua? Aku sendiri takut mengenangkan amalan yang tidak seberapa yang mahu dibawa ke SANA. Takut seandainya MAUT menjemput aku sebelum masanya. Mahu jadi isteri solehah atau sebaliknya pilihan di tangan kita. Bukan susah dengar kata suami ikut perintah Tuhan hindari laranganNYA barulah dapat cium bau syurga. Mudah-mudahan kisah ini jadi pengajaran pada kita semua. Wallahhualam...

6 comments:

Maryam Elyas said...

Keputusan memang sukar dibuat. Bersyukurlah jika Tuhan masih memberi kita pilihan. Paling digeruni ialah apabila kita diberi pilihan yang sebenarnya bukan pilihan. Bak kata orang 'diluah mati mati emak, ditelan mati bapak'.

suziey said...

sama ada 'suratan atau kebetulan' pilihan harus dilakukan...harap2 kita semua bijak membuat pilihan...

INTAN said...

mmmmm....

Cik Elie said...

pilihannnn???? memang sukar nak memilih. takut yg terpilih itu kaca dan yg tak terpilih itu emas..jdnya..jgn buat keputusan dlm masa terdesak

ennieva fauzi said...

apa sumer emo ni? hahaha

Anonymous said...

Seronok baca coretan ni. Memag hidup kita ini penuh dengan pilihan. sama ada kecil atau besar. Salah pilihan, jawabnya punah kehidupan.