Thursday, November 20, 2008

fesyen show



Hari ni keje ala-ala manja jer..dah ler aku ponteng kelas bahasa. sebenarnya mmg aku dah niat nak pegi sebenarnya ttp Wan suruh aku check bahan, potong kertas semua sebab nak hantar printing pg ni. lgpun kak ema nak masuk opis kalut lah dia nak siapkan lay out. Ampun yer kak ani 2 hari tak datang...bukan aku tunjuk pandai bahasa pun tunggang langgang ttp mmg ada hal tak dapat elak..jgn mare ekkk kak ani hehhehhe.

lepas dah siap semua petang nya rombongan cik Kiah diketua kak ema, kak ana, kak zeda dan aku ke Midvelley untuk menyaksikan pertunjukan fashion Metrojaya. Dah lama aku tak pegi fashion show sekarang nie banyak event dah pas kat Anis ngan Suzi plak biar lah dorang merasa plak pg event dan dapat barang2 ni. Dulu time aku dah selalu kena..asekment malam-malam..weekend dah biasa dah. aku pun suka sebab kat umah pun bkn ada apa nak buat. skang jer lepas ada anak dah kureng banyak...sebab kesian kat anak.

pas dah habis fashion show acara ditunggu2 iaitu lucky draw.. aku ni pg lah mana function sekalipun mmg susah betul nak sangkut. tak bertuah langsung. Kak ana mmg bertuah sebab dapat perfume+skin care bernilai RM500, baucer shoping bernilai RM250. Wahhh..wahhh sangat menarik sepanjang jalan dok kecek kat kak ana minta baucer sorang RM50..gurau ajer kak ana oiii..rezeki dia dapat. Hadiah sebab nak berenti. hadiah utama kamera digital bernilai RM1500 dapat dekat reporter Cina.

Pas habis fashion show jalan-jalan katmetrojaya sebab kita org dapat baucer RM50 ttp tak redeem lagi. Lg pun tarikh luput sampai hujung 2009.

No comments: