Monday, November 3, 2008
jamuan lagi
Masuk minggu ni dah 2 minggu tak balik kg..cam tak caya jer itu pun sebab ada makan2 kat umah akak aku bersempena birthday anak buah yg lahir bln 10 termasuk anak aku, kak mirah, aliff, budin dan maksu. Pagi sabtu aku bangun lewat sikit sebab anak aku bangun lewat kalau tak..jangan harap ler..kalau dia bangun kol 7 kenalah bangun kol 7. Sib baik dan basuh baju malam tadi so dah tak banyak keja nak buat Cuma lipat baju yg sangat ler banyakkk…malas rasanya..aku angkut semua ke ruang tamu dan mulakan proses melipat sambil ditemani Durrani dia pun sibuk juga nak sepahkan lagi baju.
Oleh kerana petangnya nak ke umah kak tija aku malas nak masak…dengan senang hati aku telah memesan makanan pd en hubby yang keluar mencari pampers anak. Senang keja aku..sementara menunggu makanan sampai aku telah menyelesaikan kerja-kerja melipat baju dengan jayanya…dan aku susun dengan gigih di rak. Kena kemas2 sebab start minggu depan adik aku nak tinggal sekali dengan aku.
Jam 4 petang baru ler bertolak ke Selayang…mencik..aku tau bila ikut jalan kucing. Tak penahnyer tak jam..ntah aper ler sebabnya. Kete jln cam siput..en hubby aku ler asyik merungut jer dlm keta. Oleh kerana aku berjanji nak sponsor KFC so aku suruh adik aku belikan dulu kat Selayang Mall. Karang tunggu aku lambat plak KFCnyer. Yue (adik aku) dan sampai ngan isterinya yg sedang berbadan dua kemudian diikuti kak long sekeluarga mulanya ingt tak datang pastu baru bang e yang membawa 7 botol air pelbagai perisa (kira sponsor nie) dan adik aku yg sponsor kek hari jadi.
majlis dimulakan dengan doa selamat..pas bacaan doa barulah makan..pastu baru ler potong kek. Antara menu ringkas ialah me goreng, karipap, bingka, agar-agar milo dan kfc.
Aku ngan adik aku paling last balik sempat lah makan sampai habis makanan. Durrani pula asyik sangat main sampai tak sedar dia tak tidur seharian. Jam 10 malam barulah bertolak balik umah dan sampai dekat kol 11. Aku terus lena tak sedar diri…yg tensennyer…durrani mengamuk pulak dah…yg pertama sebab lapo ttp dia tak nak nyusu dan kedua sebab terlalu penat aku rasa maklumlah tak tidu langsung pastu main banyak sgt tadi. Terpaksalah aku bersengkang mata layan karenah dia jap..bila dah ok baru tido dengan amannya.
Labels:
ceritaku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
T..baju yg hang pakai tu aku mcm masih ingat lagik...hehe
baju masa belajar kat usm tau..ttp aku masih pakai lagi hehhehehe
Post a Comment