Ada pepatah berbunyi Yang Patah Akan Tumbuh Yg Hilang Akan Berganti..ttp yang tumbuh tu biasanya tak sama dengan asal….kalau dahan yg lama mungkin cantik tak bercabang mungkin dahan baru bercabang dua atau tiga..begitu juga dengan yang hilang tak semestinya yg baru sama dengan yg hilang. Susah nak dapat yg sama seperti asal mungkin yg lama lebih cantik tak jemu dipandang berbanding barang baru walaupun mahal tetapi tak sedap dipegang. Kenapa ya aku membuat penafsiran mengenai pepatah ini? Ehhmm sajer sebab tak ada apa yg aku nak coretkan dalam blog nie tiba-tiba fikiran terlintas mengenai pepatah ni. Ttp sebenarnya ada kena mengena dengan kerja…dan tempat kerja aku..opis aku dan persekitaran yg sewaktu dengannya.
Entah kenapa perkhabaran drp editor aku kak ema mengenai kak ana (editor JELITA) sangatlah mengejutkan aku…nasib baik aku tak terkejut seperti beruk yg baru mendapat bunga atau belacan. Ttp mulut aku terlopong juga dek kejutan pada petang Jumaat lepas. Ingatkan perkhabaran gembira..bonus ker…(jgn mengharap pd yg tiada) rupa-rupanya berita yang membuatkan perasaan dan hati aku bertambah sayu. Padahal kak ANA bukan editor aku dan tiada kena mengena dengan majalah aku. Kenapa aku harus sayu…(alah sajer-sajerlah tu buat2 sayu..raih simpati) TIDAK...ini jujur drp hati kecik aku..nurani aku. Setiap kali perkhabaran staf yang mahu berhenti pasti aku menjadi sayu..satu demi satu mereka pergi meninggalkan aku. Arrgghhh sudah puas aku bersedih kehilangan mereka.
KAK ANA atau Raihanah Abdullah nun biliknya berdepan dengan mejaku si sebelah bilik editorku. Jadi setiap pagi dia akan melalui mejaku dan akan menegurku.dia sangatlah senang didampingi (macam editor aku juga) tak bangak songeh..pendek kata wpun editor ,anak-anak buah senang bekerja sama dgnnya termasuk juga aku wpun bukan anak buahnya. Itulah sebabnya aku terasa sangat kehilangan. Bg aku kak ana ibarat dahan yang patah dan tak akan tumbuh..sebab tanah dah tak subur. Dengar cerita kak ana akan bekerja dengan travel agensi dan akan menguruskan orang pegi menunaikan haji. Kak ana juga akan menunaikan haji sekali lagi pd tahun ini.
Bestnyer…kalau boleh pemergian kak ana aku nak dia mendoakan semoga rezeki aku murah..disini kalau tak pun di tempat lain…aku juga mahu jadi seperti dahan yg patah dan juga mereka yg hilang. Pada kak ana semoga dia lebih berjaya di tempat baru dan kalau dia baca blog aku moga dia mendoakan aku sekali lagi ( masa dia g umrah baru2 ni aku suruh dia doa mg aku dapat pg mekah) moga aku dpat mengikut jejak langkahnya ke Mekah.
Entah siapalah yg akan memasuki bilik kak ana sekaligus melalui tempat aku setiap hari..menegurku seperti selalu membuat lawak jenaka atau bertanya perkhabaran mengenai anak2ku. Tima kasih yer kak ana…sebab sudi jadi sebahagian drp majalah I-remaja. Tolong –menolong..bagi idea dan support. Selalu tak lupa I-remaja kalau buat makan-makan dan event..paling aku tak lupa masa aku tolong Jelita untuk final Gadis Jelita. Rasa cam sebahagian staf JELITA..sayonara…jenguk-jenguklah kami di sini.
No comments:
Post a Comment