Friday, November 7, 2008

Bz..maa...

Alahai minggu ni memang memenatkan kerana minggu closing dalam erti kata lain deadline. Bertungkus lumus untuk menyiapkan story yang ada. Sebab itu ler bila balik umah mmg aku flat gilersss dan sebab itulah aku biasanya akan minta excuse ngan hubby untuk tidak memasak. Penat beb nak layan dua orang si comei tuh lagi. dan dek kerana kepenatan biasanya kol 10 aku dah terlelap. Sebenarnya time ni aku nak tdokan Durrani ttp aku yg tertido dulu, “samar-samar jer aku dengar suara Durrani memanggil ma..ma..mama..bangun,” dia kejutkan aku sambil tolak-tolak ngan tangan dia. Aku yg masih mamai-mamai ni kata, “nak apa tidolah,” aku tahu durrani masih nak main lagi..ajak aku main lah tuh. Kalau ada en. Hubby mmg lah dia suka layan main..ttp kalau en. Hubby OT kat opis, main badminton atau kuar minum ngan kengkawan dia mmg aku ler jd mangsa. Ttp mama dia nie suka bebenor tido awal sejak dua menjak nie. CIAN ANAK MAMA.
Pastu aku tak sedar pun bila durrani tertido agaknya sedar-sedar jam dah kol 12 atau kol 2 pagi. Time nialah sibuk bangun kalau lom solat Isyak pastu tengok kat dapur kalau ada pinggan mangkuk tak basuh lagi. Kalau tak off kan washing machine buat time terbangun nie ler…dan biasanya aku on labtop untuk buat keje time cam nielah. Masa ni mata akan jadi cerah..sampailah aku ngantuk barulah tido balik. Biasanya kopi atau milo akan jd peneman aku ler.
Memang stamina aku dah semakin kureng sejak anak dua nie. Kalau time bujang dulu boleh buat keje sampai kol 2 kol 3 pagi time deadline tak ada apa-apa. Maklumlah kat opis mmg tak sempat nak buat keje. Bersembang, call sana call sini pastu kejap- kejap editor aku panggil..siti..siti…masuk bilik dia..bergosip lagi. itu belum kira g minum, g midvalley. Kalau ada asgmnet kat luar mmg satu hari ler..balik opis dah penat idea pun tak mari. Tolak campur darab bahagi berapa banyak sangat masa leh menulis. Sebab tu ler kena gak bawa lik umah. Dan untuk menulis pada awal malam jam 10 –11 mmglah tidak masuk akal kerana time tuh mata aku mmg hampir terpejam. Sebab itu ler guna peluang bila bangun nyusukan anak..sambung wat keje sekali. Kalau dapat habiskan 1 story pun sangatlah rasa bertuah.
Bulan ni kira oklah…dapat juga menyiapkan semua asgnt sebelum 10hb. Last asgn 5 Nov kira oklah semua story dah siap tnggal isu dan cover jer (share ngan Anis) kiranya sebelum 10hb nie mmg sumer dah hantar ler. Semuanya masih dalam kawalan ttp itu ler…bila bawa keja lik umah dptlah siapkan sebelum deadline. Ginilah keje wartawan…bz..bz..waktu mengejar kita..sedar-sedar dah buat untuk Dec Issue pastu sedar-sedar usia makin bertambah ALAHAI…

No comments: