Kalau dah namanya hari AHAD tak sah ler kalau tak bangun lambat. Ttp paling-paling lewat aku pun kol 8.30 pg dah bangun. Tak derlah terlajak sampai kol 10 ke 11 pagi..maklumlah dah ada anak..pagi-pagi lagi anak dah kejut bangun. Bangun jer mulalah cari baju-baju kotor nak basuh walaupun semalam dah basuh banyak. Jenguk kat dapur jap..tengok apa yg ada untuk sarapan..alahai tak tahu nak buat apa..yg ada roti jer..jemu lah plak makan roti jer…tetiba terdengar bunyi SMS kat hp aku.
“Weii..kawe nak datang umah nie nak hantar baju. Ada kat umah kan?” kata adik aku yg dan dok sekali ngan aku nie. Aku ngan dia mmg suka berbahasa Kelantan dlm sms sebab bf dia org kelantan. Adik aku ni macam tau-tau jer aku memerlukan pertolongan dia hik..hik..hik..
“ada mai larr..terlanjurmu datang umah. Bawa ler sekali bfast,” kata aku dgn muka tak malu. Mmg aku tak malu pun.
“ok..nak apa?” tanya dia
“Mu bawa nasi lemak. Satu lauk ayam..satu lauk sotong,” yahuuu!!! Dah settle bab bfast. Apa lagi aku cepat-cepat masak air dan buat air milo.
Lepas dah makan proses pembersihan stor…oleh kerana adik aku nak bawa katil dan almari terpaksalah aku (bukan aku adik aku ler) kemas stor yg sangat lerr bersepah. Yg banyak dlm stor tuh kotak2 majalah. Sayang weehhh nak buang majalah tuh sentimental value tuh tanda aku bekerja di I-remaja. Banyak juga lah brg yg dia dah buang. Baguih tol kalau tak tak terkemas stor tu. Sementara tuh aku kemas ruang tamu, sapu sampah dan mop lantai. Pastu susun balik sofa aku yg dah berkurun ada kat tepi pintu sejak aku bersalin hari tu hasben aku angkat sampai la….la ni barulah aku letak ke tempatnya semula. Tu dia punyalah lama…patutlah aku rasa umah aku macam tak siap jer..susunan tonggang langgang. Aku suruh en hubby aku angkat nanti..nantilah dulu jawabnya ..itulah org laki bukannya nak amik tau pasal decor umah..ttp tak cantik pandai lak bg komen huhuhuhu (laki aku lah tuh)
Ehhmm..bila dah kemas ruang tamu barulah ehhmm…sesedap mata memandang. Rasa luas je permandangan cewahh..
Dah siap kat ruang tamu pg kat bilik aku plak…sapu sampah..lipat baju dan susun balik atas rak..tuko cadar..sarung bantal..buang sampah..bersihkan laci almari solek..simpan baju yg tak pakai. Adehhh..banyak betollah kereja...patutlah aku rasa bilik dah macam apa dah...maklumlah asyik lik kg jer...itu en hubby aku punya salah...hehheheheh..berpeluhlah juga ler aku mengemas.
Tengok2 jam dan 12.30 tengah hari. Nak masak pun jd malas…ttp takkan nak order kat en hubby lagi..aku kuarkan dulu ikan dan sotong dlm peti sementara tunggu cair aku potong bawang dan buat apa yg patut.
Korang tahu akhirnya aku berjaya juga masak seringkas mungkin siap juga lah menu ringkas aku..sambal sotong, sayur goreng ngan ikan goreng..anak aku en hubby dah beli nasi ayam so aku tak masak sup kat dia. Special betol dia…pas makan dah dekat kol 3 ptg barulah berehat sambil tengok TV..best time rehat di saat anak tido. pastu dengan rela hati en hubby membersihkan bilik2 air..yerlah mana aci time aku berkemas td dia tak ada kat umh..skang masa dia plak cuci bilik air yabedabedu...
1 comment:
Cik Siti, nanti tolong kemas rumah kita pulak ek. Heheheh. Pasal gambar kat blog kita tu, kita masih belum sempat nak masukkan gambar lagi. Sibuk sikit la time-time closing nih. Mungkin lepas balik dari Taman Negara dan bercuti di kampung baru kita masukkan gambar. Bye...
Post a Comment