Ttp abang aku yg kat Gombak tak dapat datang sebab dia kena keje petang so berkuranganlah ahli keluarga. Kami di KL ada enam beradik jadi pada setiap bulan bermula dengan kak long diikuti kak Tija, abg E, umah aku, adik aku Yue dan yg bongsu tak buat sebab tak kahwin lagi, setiap umah akan mengadakan majlis makan2 bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Maklumlah masing2 sibuk ngan keje kalau tak buat macam ni alamat setahun sekali time rayalah baru jumpa. Sebenarnya aku nak bergambo ttp camera aku plak habis bateri.
Selain makan2 keluarga ada kutipan RM20 setiap keluarga. Duit ni akan digunakan misalnya ada emergency so bolehlah guna duit ni dulu. abang E dilantik sebagai bendahari keluarga. Duit ini jugalah yang digunakan untuk hari keluarga Hj Sahib, kalau tak cukup kita org akan top up lagi dan juga duit untuk BBQ dan beli barang-barang bila time raya. Kan senang..maksudnya semua adik beradik seramai 9 orang memberi sumbangan. Tak ada yg akan kecil hati atau terasa.
Seperti tahun lepas hari keluarga diadakan di Teluk Batik Perak, tetapi tahun ini masih dalam perancangan. Mungkin tiada hari keluarga semeriah thn lepas, tetapi kami akan mengadakan percutian keluarga di Port Dickson sahaja senang apartment TNB dah ada kakak aku dah sewa 2 apartment kalau tak cukup hasben aku sewa satu. Tarikhnya pada 25-27 Januari masa tu raya Cina senang semua cuti panjang. Xtxt belum diputuskan lagi maklumlah kecil kecilan sahaja kalau akak aku kat kg nak join dipersilakan boleh meramaikan majlis.
Ni gambo2 masa hari keluarga thn lepas masa ni aku pegnen Fahim, 4 bulan..Layanlah yerr...gambo lama ehhehehhehe
Sempat juga bergambo wpun tak cukup semua janji adooo...thn depan kalau buat bertambahlah ahli majlis.
No comments:
Post a Comment