Petang hujan lebat menggila, selepas bertemu ATon di Suraya jam 7 baru aku berani pulang ke rumah. Bukannya apa aku mmg phobia memandu di tengah hujan dengan kilat dan petir menggila takuttt!!!! rasa cam nak tercabut jer nyawa (haaa itu baru petir kilat kat dunia kat akhirat cam ner plak ) Petang-petang macam ni laluan ke lebuhraya Seremban pasti sesak. Memang betul jangkaan aku kereta bersusun tidak bergerak mungkin ada xcident. Memang benar ada xcident tetapi kereta sudah dialih ke tepi memang sepatutnya tidak mengganggu lalu lintas namun sikap rakyat malaysia sangat prihatin..bukannya prihatin menolong tetapi prihatin melihat jer. Sesak bukan kerana kereta menghalang laluan tetapi kerana pemandu memperlahan kenderaan untuk melihat kejadian. Selepas kawasan kemalangan jalan clear seperti biasa...aaarhhhgg tensen..tensen. akhirnya jam 8 baru aku sampai ke rumah.
Bila dah lewat..penat ler pulak..perut plak masih kenyang makan cucur udang bersama maggi sup (cam tamak jer tengok orng makan cam nak ...bila order tak habis) last-last aku bg tau kat laki aku..yg aku malas masak sebab masih kenyang.
Dia pun kata, "ohhh..tak masak ekkk oklah abang beli jerlah"
"ttp mama dah kenyang tau," kata aku pula.
Dah kenyanglah skang karang malam laporlah balik. Dlm kol 10 perut aku mula berkeroncong tengok dlm peti dah tak ada makanan maklumlah hujung bulan samalah juga cam poket ...kempis...peti sejuk pun kempis juga. apa lg cepat2 sms laki aku karang dia balik pulak...tak sempat order makanan.
"Abang mama lapo beli burger cukuplah" lama kemudian baru dia balas.
"nak burger ke satey..?"
"alamak satey kajang," terus terbayang-bayang satey daging dan ayam yg lembut gitu. harus tidakku lepaskan peluang keemasan itu. Terus naluri kelaparan aku meluap-luap..lupa sekejap pd burger.
"mama nak sateylah ttp jgn banyak untuk mama sorang jer (cam tamak sekejap)," cewahhh bersahur sateylah aku karang.
3 comments:
huhuh aku sampai umah 8.30....magrib kemana...isyak dah ....
terus aku tuko baju tido letih mcm nak pengsan aku...kuar sg besi...masuk jln istana..kuar jln duta masuk pusat bandar..jem plak kat jln sultan...nak ke AKLEH pun sesakk huhuhu....AKLEH sampai tol lak jem
huhuhuhu....tp syukur selamat aku sampai ke rumah
kul 5baru bangun lapo...n baru nak sbyg...minum milo jerkkk
ohh penangan di petang semalam
hheheheh...haruslah pengsan jem semalam. aku jem org tengaok xcident hampehh tol
Post a Comment