Thursday, November 27, 2008

muhasabah diri..ibu oh ibu

Setiap kali bersolat, berjumpa dengan kak ina pasti aku bertanyakan perihal ibunya yg sedang bertarung kerana menghidap penyakit kanser. Kasihan mendengar kisahnya kerana menurut doktor ibunya cuma ada 20 peratus sahaja untuk sembuh selebihnya terserah kepada kuasa yang Esa. Mudah-mudahan ramalan doktor tidak benar belaka kerana doktor hanya memberikan masa berdasarkan teori rawatannya tetapi yang menentukan hidup dan mati seseorang adalah Tuhan yang Esa.Sekarang dia bergantung kepada ubat..sering mengadu sakit kerana tidak boleh tidur. kata kak Ina sel barah telah merebak menyebabkan gangguan kepada saraf tidur. Setiap kali bangun tidur dia dan adiknya diserang ketakutan...takut memikirkan apakah lagi kesakitan yang ditanggung ibu.

Teringat kata-kata kak Ina sesungguhnya MATI itu adalah pasti..setiap orang akan merasainya tidak tahu tarikhnya dan di mana. Bezanya mereka yang diuji berpenyakit sudah tahu jangka hayat (wpun kangkala tidak tepat) tetapi mereka diberi peringatan terlebih dulu oleh Allah agar mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian. Syukurlah kerana diberikan amaran tetapi bagaimana kematian yang tidak diduga tanpa amaran...alangkah terkilan (sesuaikan perkataan ini) sekiranya amalan tidak mencukupi untuk dibawa ke sana. Mudah-mudahan kematian aku dipermudahkan dan dapat membawa bekalan yg cukup sebelum dicabut nyawa ( menulis mengenai mati sudah cukup membuatkan badan aku bergetar...bulu roma tegak berdiri. ..dan nafas terasa sesak...ya sesungguhnya siapa yg tidak takut pada MATI)
sesungguhnya setiap penyakit adalah ujian daripada allah, ujian untuk anak-anak juga untuk penanggungnya. Memanglah aku boleh berkata begitu kerana bukan aku yg menghadapinya. kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul melihat insan tersayang tambah lagi ibu tercenta yang akan pergi menemui Ilahi bila-bila masa siapa yg sanggup menghadapinya??? aku sendiri tidak tabah juga cekal sekiranya ditimpa musibah sebegitu apatah lagi berkaitan ibu. Sungguh!!!...aku amat sensitif apa sahaja perkara mengenai ibu. sebab itu jika ada rakan kehilangan ayah atau ibu tercenta..aku cukup terasa. aku bayangkan jika aku di tempat mereka. Sebab itu tiap kali lepas sembahyang aku akan berdoa agar Tuhan memberikan kesihatan yg baik kepada ibu aku HASIAH MAN agar aku dan anak-anaknya dapat bersamanya dan merasai kasih sayangnya lagi dan lagi. Sesungguhnya kami belum puas lagi bersamanya. Kerana itu jugalah jika ada masa terluang dan cuti panjang aku dan suami pulang ke kg melawat ibu dan ayah. "Selagi mereka masih ada" itulah ayat-ayat power yg aku gunakan setiap kali mengajaknya pulang. Malah suatu ketika dulu aku mengesyorkan agar suamiku berpindah kerja berdekatan kampung supaya aku boleh dekat dengan ibu.

Begitu juga yang kak Ina luahkan kepada aku. katanya ketika sihat dia jarang pulang ke kampung melawat ibunya kerana dihambat tugasan kerja..malah ibunya juga melarang dia pulang selalu kerana kos yang tinggi. setelah ibunya sakit barulah dia terasa. Kini peluang menjaga ibu yang dibawa tinggal bersamanya akan digunakan sepenuhnya selagi hayat dikandung badan. katanya lagi jika boleh mahu sahaja dia menukarkan kesakitan itu dengan diri sendiri. Tetapi mana mungkin..dan apa yg boleh dilakukan adalah memberikan kata2 semangat kepada ibu dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

aku teringat selepas dua bulan berkahwin ibu mertua pergi menemui Ilahi. sakit mengejut ...dua hari kemudian terus meninggal dunia. aku dan suami sempat menjaganya selama 2 hari di hospital. Memang sedih menghadapinya..tambah pula suami aku sangat rapat dengan ibunya. Boleh makan bersuap dan tidur di atas riba. Pemergian yang tidak diduga memang memberikan kesan yg sangat mendalam kepadanya. Hampir dua bulan fikiran tidak menentu. Tidur terganggu...asyik terbayangkan wajah arwah ibu. sehingga terpaksa meminta air penawar daripada Darul Shifa.

Dan ketika jenazah dibawa ke kubur suami ku bukan setakat menitiskan air mata malah hampir longlai seakan tubuhnya ringan melayang-layang tiada tempat berpaut. Malah selepas itu dia masih menangisi pemergian ibu. Terkenang kembali kenangan bersama arwah. aku kira hati lelaki lebih kuat dan cekal drp wanita namun tidak...sebenarnya sekuat mana pun seseorang itu bisa dicairkan oleh seorang wanita bernama IBU.

3 comments:

Cikgu Liza said...

Teringat kat arwah bapak aku yang meninggal dunia pada 17 Februari 2008.Aku terima call dari abg long kata bapak masuk wad Taiping sebab suspect denggi.Aku kata teruk ka tak abg long kata tak.Aku cadang nak balik kampung esok pagi.Tetiba jam 4 pagi abg long fon kata bapak tenat.Aku gagahkan diri bersiap balik kpg.Masa sampai kat Sepang, terima call cakap bapak dah tak ada...Aku terkilan sebab tak ada di sisinya.Mak kata di saat akhir dia sempat tanya aku sampai tak lagi( dia tau aku nak balik kampung jengok dia demam).Namun, aku redha atas pemergiannya.Bapak sempat melihat anaknya ini bekerja,berkahwin,berkeluarga dan dia juga yang nak tengok aku ada ijazah.Alhamdulillah, aku berjaya laksanakan apa kemahuannya.Al-Fatihah untuk arwah bapak...

rynas said...

al fatihah...baru lg yer liza ayah ko meninggal. aku tak tahu ler plak..dah sampai ajal dia walau sedetik mmg tak mampu kita elak. ttp yerlah tak dapat jumpa..saper2 pun akan terkilan..ttp sbg anak kena redha jerlah pemergiannya

INTAN said...

aku dh lalui kehilangan 2 org tersayang...abah n abg....dua2 yg meninggalkan luka yg dalam...

ajal maut adalah hakikat idup...suka atau tidak..kita harus menerimanya sbg takdir dan ujian dr allah