Thursday, November 27, 2008

mama...abang rasa....

Situasi : Pada suatau malam di dalam kereta sedang menuju ke rumah
Watak: aku dan suami diperhatikan anak-anak

Masa ni aku tengah lalok-lalok ngantuk..pegang anak pun cam malas jer mata pun dah nak terpejam maklumlah dah dekat 10 malam. Tiba-tiba suara suami yang kurang sedap itu kedengaran

suami: Ma..(manja jer panggil nama aku)... abang rasa abang nak sambung belajarlah.
aku: apa??? (memang aku kurang dengar pun masa ni tengah lalok kan) Apa bang ????mama tak dengar abang cakap apa...

Suami: (pekak juga isteri aku nie hehhehe nie aku lah yg kata) abang nak sambung belajarlah...

Aku: mama rasa dah berapa tahun dah abang cakap cam ni tapi tak sambung-sambung juga. (aikkk..perli nampak bukan nak bg sokongan)

Suami: Dulu memanglah pas kawen plan nak sambung ttp dapat Durrani plak..pastu plan lagi setahun kemudian awak ngandung plak cam ner nak sambung. Nak sambung kena ada duit..buat loan..pastu kena korbankan masa pegi kelas malam..hujung minggu mmg dah tak leh buat apa dah.....banyak bendalah ( aiikk..ni nak ke tak nak ni..nak seribu daya tak nak seribu dalih) nantilah abang fikirkan macam mana.

Suami: mama tak nak sambung belajar ker???

aku: mama???? dah tak der perasaan nak sambung belajarlah...kepala hotak dah tak leh terima dah..abang jerlah sorang yg sambung

Ni dialog ngan suami aku pasa suatu malam yg indah. Sebenarnya ini bukan dialog pertama dah banyak kali dah dia menyuarakan rasa hati nak sambung belajar. Lepas kawen sampailah sekarang aku rasa mmg keinginan dia kuat nak sambung belajar dan aku mmg bg sokongan pun. Ttp yerlah buat masa ni kewangan tidak menyakinkan. Nak sambung degree kat UNITEN ni mmglah mahal...kalau kat tempat lain susah plak. sini kan dah dekat dah tahu prosedur macam mana dan lagi satu kalau untuk staf tuh maybe murah sikit. Suami aku cuma ada Diploma Kejuruteraan Elektrik dia berazam nak sambung degree maklumlah hari-hari dok tengok student..layan pensyarah..mungkinlah rasa nak belajar tuh masih menebal...cam aku nie...NAN ADOOO...aku membayangkan kalau belajar part time...keja lagi...anak-anak lagi mau tunggang langgang jadinya hidup aku. Buat masa ni keinginan nak belajo tuh mmg tak pernah ada dalam hati aku ni. lain-lain masa tak tahulah...aku tabik springlah pada kengkawan aku yg keje sambil belajar sambung degree dan master terutama yg dah kawen..WA CAYA SAMA LU LAH BEB!!!!

5 comments:

ANAKIRANA said...

kite pon dah tak da mood nk smbg hahaa..tunggu company wajibkan nnt baru nk tergedik2 amik

INTAN said...

buat masa ni aku x ready..
tp AKAN sambung master insyaallah....
semua kwn baik aku kat sini ada master termasuk kak mery.....aku amat dengki...

Maryam Elyas said...

KIta pun nak sambung master Siti. Mungkin intake JUlai 2009. Doakan ya. Tapi kalau tak sambung waktu tu, jangan gelakkan kita pula. Ini hanya perancangan. Tuhan yang menentukan. Dari mula abis sarjana muda lagi kita memang nak sambung. Jiwa ni asyik bergelora nak sambung Master. Adik kita pun dah nak habis buat PhD dah.....

rynas said...

bagus-bagus bg yg ada semangat nak belajo baik teruskan cam aku nie dah semnagt yg hilang....

Anonymous said...

em btl ke abg nak smbg? kalau btl alhamdulilah...kami adik barrdik nanti dalam status yg sama la ek...hehee..suh abg cepat2 sikit register..kami dah nak start n 10hb ni p register..huhh..rasa teruja n macam2 lg..hehhe..
moga sumenyer berjalan lancar..aminnnnnn.