6 NOVEMBER …aku cam ingat-ingat lupa jer rasanya tarikh ni macam ada sesuatu. Ttp bukan besday aku, en hubby jauh sekali besday anak lglah tak mungkin. Habis tuh tarikh apa yer…cuba ingat balik…cuba teka date apa? hheheheh MasyaALLAH dalam dok sibuk-sibuk ngan kerje hampir aku terlupa 6 Nov 2005 adalah tarikh nikah aku. Cam ner leh lupa ni baru masuk ulang tahun ketiga perkahwinan. Aiseymennn….senget betollah aku ni. Bukan apa selalu aku ingt date kenduri jer 4 Dec 2005 maklumlah aku nikah awal sebulan. So tarikh nikah ni macam samar-samar jer dalam kepala hotak aku ni. (bleh ka cam tuh padalah date nikah yg penting hehheheh).
Baru tiga tahun yaaa…aku kahwen rasa cam dah lama jer ceewahhh…rupanya baru 3 tahun. Oleh kerana aku lupa en hubby ingat sebenarnya ttp dia sengaja wat-wat lupa…yerlah macam aku bg tau td ingt date 4 Dec jer hehhehe so tiadalah apa-apa xtvt atau sambutan. Kira tak ada apa-apalah..nak kuar makan pun aku dok bz pehh tuh malam penat gilerss..nantilah nak selebrate pun. Tunggu yaaa..buk
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN (wish untuk diri sendiri) moga rumahtangga aku bertambah aman dan bahagia hingga ke akhir hayat. Bahagia ngan dua cahayamata yg comei Durrani Fatihin ngan Dhani Fahim..(mmg anak-anak penyeri rmh tangga aku, tak ternilai sangat dua harta paling berharga tu), pastu dimurahkan rezeki oleh Allah dan bertambah anak lagi untuk masa depan AMIN Ya rabbal alamin.
Dalam meniti usia 3 tahun perkahwinan aku rasa masih dalam proses mengenali suami..wpun aku dah faham bebenor perangainya ttp kdg2 ada gak yg tak dijangka. Sebab hasben aku ni dia suka menilai dr mata hati sebab tu ler kalau aku buat salah atau tergerak hati sikit jer cthnya kan cam terasa hati ngan dia ker ttp pendamkan tak nak cakap dia dah bleh tahu dah. Sebab tu ler ngan dia mmg tak leh tipu instinct kuat punya. Oleh kerana itu kalau ada masalah yang kecik-kecik (setakat ni alhamdulillah tak ada ujian besar lagi mg dipermudahkan olehNYA) jgn harap ler aku leh sorok dr dia..cepat jer dia tahu..waima prob keje sekali pun..org kata tengok hidung aku pun dia dah tau aku nie ada problem. Kdg2 aku kat opis dok fikir bukan-bukan…pastu dia dah sms kat aku…tanya “naper..moyok jer ada masalahkan…naper sorok dr dia” gitulah tak leh hamba nak bersendirian langsung. Last-last mmg kena citer jugalah ler. Dan pandangan dia mmg bernas dan sangatlah membantu aku yg sedang dilanda masalah ni. Sebab tu ler kwn-kwn dia kalau ada masalah akan rujuk dia sebab leh jd consultant free Of charge. Kdg2 aku hangin gak..malam-malam sibuk jer ajak laki aku minum. Ttp aku tak pernah halang pun biar lerrr selagi aku tahu apa dia buat. Dia ni kalau sembang mmg jenis susah nak berenti terutama bab kehidupan dan politik ni lagilah. sebab tu ler kalau sembang ngan aku..aku nie hangguk dan errmmm..ehhmmm jerlah. Pastu dia kata plak mama ni asyik diam jer…tak bg pendapat langsng. Kdg-kdg time dia sembang bleh plak aku tertido. LAYAN jerlah hehheheh dah namanya suami isteri terima jerlah seadanya.
Ttp mmg betol komunikasi dalam perhubungan sgt penting. Biarlah wpun dah kawen ttp sms tetap cam biasa…ayat2 pun tak berubah..tetiba jer dpt sms… “rindulah kat mama” tak ker seronok bila laki sendiri sms rindu pada hal baru jer jumpa nie. Layan lah sms tuh cam bf ngan gf..seronok plak cewahhh…sms ni lain drp cakap terus..bila baca tulisan nie hati dah berbunga-bunga..perasaan jd tak tentu hala. Sebab tu ler bila gaduh jgn guna sms bahaya…kalau tak puas hati cakap terus terang jer. Sebab sms boleh membuatkan kita membuatkan andaian yg pelbagai. Kalau tak kena gaya makin panjang ler gaduhnyer…Sms mmg jadi pengerat hubungan sebab tu ler bila rumah tangga Norman ngan abby (haiii..masuk bab abby ngan norman plak..mg jd pengajaran pd laki2 kat luar sana jgn nak menduakan isteri yg setia) berantakan dan abby kata dia dah lama tak jumpa Norman dan berhubung nagn dia maksudnya tak ada komunikasilah lama-lama jadilah cam gitu…WALLAHHUALAM SEKIAN
ni aku up date tarikh-tarikh istimewa aku
Besday aku - 10 Julai 1977
Besday suami - 1 Jun 1977
tarikh nikah - 6 nov 2005
tarikh kahwin - 4 dec 2005
Durrani Fatihin - 23 oct 2006
Muhamad Dhani Fahim - 1 Julai 2008
5 comments:
hepi anebeseri tuk hang...moga kekal abadi keakhir hayat
happy anniversary...hai apa dah jadi ngan memey ko tu tie? Baik ke budak tu sampai jadi pengacau umah tangga orang? Kat sini minah tu jadi bahan jokes...bila ada pompuan gedik dorang kan ajek...memey (mmm tu bunyi terpenyek sket)...mari adik2 ikut abang Jem..mmmeeemmeeeyyyy hahaha
hahhaha..nampak mmglah baik. Bila aku tanya pun dia tak ngaku biasalah artis. aku pun tulis apa yg dia bg tau jerlah tup..tup kuar citer tangkap khalwat hahhahah tipah tertipu bang...
hepi anniversary semoga terus bahagia hingga ke akhir hayat...bila la plak gue nak sambut anniversary,,hehehehehe....
kak ct...hepi anniversary...kak ct nak tanya lah...belah mana yang senget tuh?hihihi
Post a Comment