Friday, November 28, 2008

ikan bilis ngan petai


Lihatlah menu di atas. Sangat simple kan...aku suka...sebab sedap. ikan bilis goreng bersama petai. Resipi ni Aton yg bg. Tima kasih ATON. Selalunya petai aku buat sambal ngan udang jer. sekali masak resipi nie mmg sedap dan menambah selera makan. Selalunya bila dah tak tahu nak masak apa...dan tengok dlm peti ada petai..apa lg menu nilah yg aku masak. senang sangat main campak2 jer..petai, ikan bilik, bawang merah ngan cili padi bila dah garing ikan bilis angkat dan makan lerr..kalau masak ini hesben aku akan bertambah nasi dua, 3 kali hehhehe..sebenarnya isteri dia ni malas nak masak benda lain tuh yg masak ini jer. sib baik semua aku masak dia makan jer tanpa banyak songehh..

Thursday, November 27, 2008

muhasabah diri..ibu oh ibu

Setiap kali bersolat, berjumpa dengan kak ina pasti aku bertanyakan perihal ibunya yg sedang bertarung kerana menghidap penyakit kanser. Kasihan mendengar kisahnya kerana menurut doktor ibunya cuma ada 20 peratus sahaja untuk sembuh selebihnya terserah kepada kuasa yang Esa. Mudah-mudahan ramalan doktor tidak benar belaka kerana doktor hanya memberikan masa berdasarkan teori rawatannya tetapi yang menentukan hidup dan mati seseorang adalah Tuhan yang Esa.Sekarang dia bergantung kepada ubat..sering mengadu sakit kerana tidak boleh tidur. kata kak Ina sel barah telah merebak menyebabkan gangguan kepada saraf tidur. Setiap kali bangun tidur dia dan adiknya diserang ketakutan...takut memikirkan apakah lagi kesakitan yang ditanggung ibu.

Teringat kata-kata kak Ina sesungguhnya MATI itu adalah pasti..setiap orang akan merasainya tidak tahu tarikhnya dan di mana. Bezanya mereka yang diuji berpenyakit sudah tahu jangka hayat (wpun kangkala tidak tepat) tetapi mereka diberi peringatan terlebih dulu oleh Allah agar mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian. Syukurlah kerana diberikan amaran tetapi bagaimana kematian yang tidak diduga tanpa amaran...alangkah terkilan (sesuaikan perkataan ini) sekiranya amalan tidak mencukupi untuk dibawa ke sana. Mudah-mudahan kematian aku dipermudahkan dan dapat membawa bekalan yg cukup sebelum dicabut nyawa ( menulis mengenai mati sudah cukup membuatkan badan aku bergetar...bulu roma tegak berdiri. ..dan nafas terasa sesak...ya sesungguhnya siapa yg tidak takut pada MATI)
sesungguhnya setiap penyakit adalah ujian daripada allah, ujian untuk anak-anak juga untuk penanggungnya. Memanglah aku boleh berkata begitu kerana bukan aku yg menghadapinya. kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul melihat insan tersayang tambah lagi ibu tercenta yang akan pergi menemui Ilahi bila-bila masa siapa yg sanggup menghadapinya??? aku sendiri tidak tabah juga cekal sekiranya ditimpa musibah sebegitu apatah lagi berkaitan ibu. Sungguh!!!...aku amat sensitif apa sahaja perkara mengenai ibu. sebab itu jika ada rakan kehilangan ayah atau ibu tercenta..aku cukup terasa. aku bayangkan jika aku di tempat mereka. Sebab itu tiap kali lepas sembahyang aku akan berdoa agar Tuhan memberikan kesihatan yg baik kepada ibu aku HASIAH MAN agar aku dan anak-anaknya dapat bersamanya dan merasai kasih sayangnya lagi dan lagi. Sesungguhnya kami belum puas lagi bersamanya. Kerana itu jugalah jika ada masa terluang dan cuti panjang aku dan suami pulang ke kg melawat ibu dan ayah. "Selagi mereka masih ada" itulah ayat-ayat power yg aku gunakan setiap kali mengajaknya pulang. Malah suatu ketika dulu aku mengesyorkan agar suamiku berpindah kerja berdekatan kampung supaya aku boleh dekat dengan ibu.

Begitu juga yang kak Ina luahkan kepada aku. katanya ketika sihat dia jarang pulang ke kampung melawat ibunya kerana dihambat tugasan kerja..malah ibunya juga melarang dia pulang selalu kerana kos yang tinggi. setelah ibunya sakit barulah dia terasa. Kini peluang menjaga ibu yang dibawa tinggal bersamanya akan digunakan sepenuhnya selagi hayat dikandung badan. katanya lagi jika boleh mahu sahaja dia menukarkan kesakitan itu dengan diri sendiri. Tetapi mana mungkin..dan apa yg boleh dilakukan adalah memberikan kata2 semangat kepada ibu dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

aku teringat selepas dua bulan berkahwin ibu mertua pergi menemui Ilahi. sakit mengejut ...dua hari kemudian terus meninggal dunia. aku dan suami sempat menjaganya selama 2 hari di hospital. Memang sedih menghadapinya..tambah pula suami aku sangat rapat dengan ibunya. Boleh makan bersuap dan tidur di atas riba. Pemergian yang tidak diduga memang memberikan kesan yg sangat mendalam kepadanya. Hampir dua bulan fikiran tidak menentu. Tidur terganggu...asyik terbayangkan wajah arwah ibu. sehingga terpaksa meminta air penawar daripada Darul Shifa.

Dan ketika jenazah dibawa ke kubur suami ku bukan setakat menitiskan air mata malah hampir longlai seakan tubuhnya ringan melayang-layang tiada tempat berpaut. Malah selepas itu dia masih menangisi pemergian ibu. Terkenang kembali kenangan bersama arwah. aku kira hati lelaki lebih kuat dan cekal drp wanita namun tidak...sebenarnya sekuat mana pun seseorang itu bisa dicairkan oleh seorang wanita bernama IBU.

hujan...nak satey..

Petang hujan lebat menggila, selepas bertemu ATon di Suraya jam 7 baru aku berani pulang ke rumah. Bukannya apa aku mmg phobia memandu di tengah hujan dengan kilat dan petir menggila takuttt!!!! rasa cam nak tercabut jer nyawa (haaa itu baru petir kilat kat dunia kat akhirat cam ner plak ) Petang-petang macam ni laluan ke lebuhraya Seremban pasti sesak. Memang betul jangkaan aku kereta bersusun tidak bergerak mungkin ada xcident. Memang benar ada xcident tetapi kereta sudah dialih ke tepi memang sepatutnya tidak mengganggu lalu lintas namun sikap rakyat malaysia sangat prihatin..bukannya prihatin menolong tetapi prihatin melihat jer. Sesak bukan kerana kereta menghalang laluan tetapi kerana pemandu memperlahan kenderaan untuk melihat kejadian. Selepas kawasan kemalangan jalan clear seperti biasa...aaarhhhgg tensen..tensen. akhirnya jam 8 baru aku sampai ke rumah.

Bila dah lewat..penat ler pulak..perut plak masih kenyang makan cucur udang bersama maggi sup (cam tamak jer tengok orng makan cam nak ...bila order tak habis) last-last aku bg tau kat laki aku..yg aku malas masak sebab masih kenyang.
Dia pun kata, "ohhh..tak masak ekkk oklah abang beli jerlah"
"ttp mama dah kenyang tau," kata aku pula.


Jeng..jeng...tu dia..panas-panas lagik..

Dah kenyanglah skang karang malam laporlah balik. Dlm kol 10 perut aku mula berkeroncong tengok dlm peti dah tak ada makanan maklumlah hujung bulan samalah juga cam poket ...kempis...peti sejuk pun kempis juga. apa lg cepat2 sms laki aku karang dia balik pulak...tak sempat order makanan.
"Abang mama lapo beli burger cukuplah" lama kemudian baru dia balas.
"nak burger ke satey..?"


Nilah menu sahur aku..sahur kerr???banyak kalori tak uols makan di tengah malam

"alamak satey kajang," terus terbayang-bayang satey daging dan ayam yg lembut gitu. harus tidakku lepaskan peluang keemasan itu. Terus naluri kelaparan aku meluap-luap..lupa sekejap pd burger.
"mama nak sateylah ttp jgn banyak untuk mama sorang jer (cam tamak sekejap)," cewahhh bersahur sateylah aku karang.

Agak-agak leh habis tak nie..tak per kita cuba dulu ahakss...

mama...abang rasa....

Situasi : Pada suatau malam di dalam kereta sedang menuju ke rumah
Watak: aku dan suami diperhatikan anak-anak

Masa ni aku tengah lalok-lalok ngantuk..pegang anak pun cam malas jer mata pun dah nak terpejam maklumlah dah dekat 10 malam. Tiba-tiba suara suami yang kurang sedap itu kedengaran

suami: Ma..(manja jer panggil nama aku)... abang rasa abang nak sambung belajarlah.
aku: apa??? (memang aku kurang dengar pun masa ni tengah lalok kan) Apa bang ????mama tak dengar abang cakap apa...

Suami: (pekak juga isteri aku nie hehhehe nie aku lah yg kata) abang nak sambung belajarlah...

Aku: mama rasa dah berapa tahun dah abang cakap cam ni tapi tak sambung-sambung juga. (aikkk..perli nampak bukan nak bg sokongan)

Suami: Dulu memanglah pas kawen plan nak sambung ttp dapat Durrani plak..pastu plan lagi setahun kemudian awak ngandung plak cam ner nak sambung. Nak sambung kena ada duit..buat loan..pastu kena korbankan masa pegi kelas malam..hujung minggu mmg dah tak leh buat apa dah.....banyak bendalah ( aiikk..ni nak ke tak nak ni..nak seribu daya tak nak seribu dalih) nantilah abang fikirkan macam mana.

Suami: mama tak nak sambung belajar ker???

aku: mama???? dah tak der perasaan nak sambung belajarlah...kepala hotak dah tak leh terima dah..abang jerlah sorang yg sambung

Ni dialog ngan suami aku pasa suatu malam yg indah. Sebenarnya ini bukan dialog pertama dah banyak kali dah dia menyuarakan rasa hati nak sambung belajar. Lepas kawen sampailah sekarang aku rasa mmg keinginan dia kuat nak sambung belajar dan aku mmg bg sokongan pun. Ttp yerlah buat masa ni kewangan tidak menyakinkan. Nak sambung degree kat UNITEN ni mmglah mahal...kalau kat tempat lain susah plak. sini kan dah dekat dah tahu prosedur macam mana dan lagi satu kalau untuk staf tuh maybe murah sikit. Suami aku cuma ada Diploma Kejuruteraan Elektrik dia berazam nak sambung degree maklumlah hari-hari dok tengok student..layan pensyarah..mungkinlah rasa nak belajar tuh masih menebal...cam aku nie...NAN ADOOO...aku membayangkan kalau belajar part time...keja lagi...anak-anak lagi mau tunggang langgang jadinya hidup aku. Buat masa ni keinginan nak belajo tuh mmg tak pernah ada dalam hati aku ni. lain-lain masa tak tahulah...aku tabik springlah pada kengkawan aku yg keje sambil belajar sambung degree dan master terutama yg dah kawen..WA CAYA SAMA LU LAH BEB!!!!

Wednesday, November 26, 2008

mari kita bfast

ni lah sarapan aku pg ni. milo panas murtabak ngan kebab. smlm aku pg p.mlm mmg beli extra buat bfast. panaskan jerlah dan siap dimakan





sekarang nie sejak anak dua bfast mmg buat sendiri maklumlah aku lambat ke opis sebabnya aku hantar anak sama2 ngan hasben, tengoklah kalau fahim dah besar sikit aku dah leh hantar sendiri dah. kalau bfast kt opis dah buang masa aku lg. sendiri mauuu ingatlahhh...pas solat subuh mulalah memikir nk wat bfast apa...masak ikut mood ler kdg2 nasi goreng, kdg jemput-jemput kalau malas sgt roti ngn kaya atau jem jer...kalau lg malas mkn biskut jerlah. ttp tiap hari kena pelbagailah kalau tk jemu. jimat kerrr???..ntah larrr aku rasa sama jer kot..duitnya tk nmpak juga hehehehe..sambil minum-minum boleh layan paper online lagi...

solat jom

Selalunya kalau aku solat dia solat juga ttp dgn baju yg dia pakai lah. Suatu malam tuh pas aku dah solat magrib dia amik telekung dan sejadah aku kemudian bawa ke ruang tamu. Pakai telekung dan sembahyang. Telekung tu besar sampai masuk kepala jd cam baju plakk...aku ketawa jer tengok gelagat dia. Masa nak buka telekung dah terbelit-belit dah kat leher..alih-alih nangis minta aku buka. Itulah gelagat anak aku Durrani...hehhehehe




Kusyhuk sembahyang nie..jgn kacau aaarrrr...


Nileh dinamakan duduk

Sujud tuh dah nak betul dah...


Ini apa punya fesyen nie..selalu betul kali ni sebab pakai telekung jd cam ni


Last-last sujud kat adik dia..haru..haru

Doa untuk mama sekali yer...

Pandai pakai nak buka tak boleh tolon...tolon..tolon..

gambo terover

Layan jerlah ekkk gambo2 Durrani bila dapat legging ngan sepit baru. Senyum sampai ke telinga posing pun lain macam sikit. aku tak suruh pose pun dia yg lebih-lebih haiii..anak sapalah tuh????



Pose meniarap nak tunjuk gambar Mickey

Ni plak nak tunjuk sepit baru..control cun tuh

ala-ala manja di atas katil

Ni pose ganas sikit siap angkat2 kaki..Motiff????

Pose baring plakkk..

ala-ala pompuan yg sopan dan ayu gitu...hhhahaha ttp baju sexy

Ni terover pose namanya

candidlah konon-kononnya


aksi yg tak patut ditiru

Pose angkat kaki sebelah

Pose di tepi tingkap..Gedik santai namanya uols..

yea...yea...

Sampai jer opis atas meja aku ada bungkusan. Yeaa..yea..yea..dah sampai. Aku terus jer buka bungkusan tuh. Di dalamnya ada baby tight untuk Fahim dan lengging hitam untuk Durrani. Ini aku beli online kat Manjaku Sayang. Legging ngan baby tight mmg susah nak cari kat kedai sebab tuh ler aku beli online Harganya pun tak mahal sgt ada diskaun lagi. Cantekkk..aku suka!!!! dulu masa aku kecik-kecik manalah ada benda alah ni. suar 'katak' jer. hehheheh Aku rasa Durrani mesti suka. dia kalau dapat baju baru mmg akan pakai buat tidur hahhahha




Yg hitam Durrani punya biru fahim punya

Tuesday, November 25, 2008

Tepanyaki mariii...

Pagi ni aku tak masuk opis lagi, dr umah terus ke Midvalley amik produk untuk shoot esok. Tu yg best tuh keje aku ni bleh jalan2..pegi window shoping tadak sapa nak marah...termasuk bos aku. Kuar pagi2 ni best parking banyak..leh parking ikut suka biasanya aku cari depan pintulah. Sampai jer aku terus ke butik Esprit amik 3 pasang baju untuk fashion shoot. Yg ni cepat jer aku pilih sebab tak byk choice. Dah siap aku ke Eclipse plak...banyak baju yg sesuai untuk tema January ni. Aku pilih dres warna silver dan gold maklumlah warna ni tengah trend skang ni. Kasut aku pinjam sepasang dan earing dua pasang. Dah siap semua aku ke Bonita plak amik aksesori..yg ni mmg aku fenin paler sikit nak pilih sebab banyak sgt kan..ttp theme aku colourful so aku amik jerlah yg warna warni sempat lg aku beli sepit Durrani. Dia mmg suka pakai sepit ni wpun rambut ciput jer.

Dah siap2 semua dekat kol 12 juga. Apa lagi makan time lah..aku maleh lunch kat opis asyik-asyik makan kat Suraya jer..bosanlah plak. So aku decide nak makan TEPANYAKI plak. sorang pun sorang lah..PEDULIKKK... Huhuhu..dah terbayang-bayang dah ni sebab tuh ler laju jer aku jln menuju Tepanyaki walaupun kat tangan ada 4 plastik beg. Sampai senget2 bahu aku membawa brg2 yg bukan kepunyaan aku.

Opppsss lari topik skettt cuba korang bayangkan masa aku pegnent dulu aku dok bawa brg2 nie..mmglah nak tercabut tangan aku..sebab tuh ler aku sanggup amik satu atau 2 barang jer dan akan datang amik banyak kali supaya aku tak payah bawa brg banyak-banyak, agaknya sebab itulah aku bersalin awal sebulan aktif sangat kot.

ok sambung bab makan balik...dah sampai Tepanyaki haruslah org belum ramai sebab masih awalkan. aku order chicken Tepanyaki. Bila masuk sini tingat kat cik aton dia pun suka juga Tepanyaki ni selalu makan ngan dia..(bila nak mkn lg atonnn oiiii). Masa pregnen Fahim dulu nielah makanan feberet aku bleh dikatakan sekali seminggu memang aku akan pekena salmon Tepanyaki..sebab chicken ngan beef aku tak lalu nak makan. Kalau bleh hari-hari makan pun tak apa. Kalau dapat makan tuh rasa puas sangat anak dlm perut tuh dok tergedik-gedik menari agak nyalahkan hehhehehhehe.

Bila makanan sampai apa lagi..aku makan dengan berselera sekali. sedap beb makan tak toleh kiri kanan nie. sampai tukang masak kat depan pun aku tak pandang2 lapo punya pasal. Bila habis makan alhamdulillah Tima kasih abang tukang masak sebab masak sedap sgt hari nie...nanti saya datang makan lagi ya...kalau tak cayo tengoklah gambo2 ni...




aku langgar pantang order ais lemon tea.

Nasi sampai dulu...saboo..saboo..

Pas tuh chicken plak...sabo lagi..

Haaa...tu dia pelengkap gaya. Sayur-sayuran yg penuh plate. Masa ni dah tak leh saborlah. Bismillah...jemput makan nooo...

Alhamdulillah tu dia...spt semalam aku berjaya menghabsikan lauk pauk, isi ayam dan sayur-sayuran. nasi sket lagi dah tak leh masuk dah.

Monday, November 24, 2008

jalan-jalan cari makan

Pagi ni aku tak masuk opis sebab pegi amik produk. Ada 3 kedai nak pegi first aku pegi Blook dulu amik baju dah siap semua aku ke Elo plak amik aksesori. Pening paler makcik nak pilih..berpinau mata..pas dah settle barulah aku ke Midvalley masa gerak tuh dah 11.40 pg haruslah karang kol 2 ptg baru sampai opis. Untuk mengelak drp lama memilih baju aku ke Salabianca dulu pilih2 apa yg patut. Sementara menunggu dia tulis aku naik tinggat paling atas ke kedai Momoe plak. Kat sini lg bertambah fenin sebab bila aku dah pilih baju tak der stock plak dua, tiga kali jg ler..akhirnya selesai juga urusan meminjam baju untuk shot rabu, khamis dan Jumaat ni.

Baru ler terasa lapar maklumlah aku tak bfast td cuma makan roti ngan milo jer. Haruslah perut berdangdut. Aku tengok makanan semua sedap padahal tengok signboard dia jer. Nak makan aper ekkk cik Tepan atau Cik kenny rogers. Akhirnya aku pilih Kenny Roges sebab dah lama tak makan. Tepayaki baru ler jg makan.

Kali ni aku lunch sorang jer maklumlah dtg pun sorang ...sempat lg amik gambo..agaknya waiter tuh kata apalah akak ni makanan pun nak amik gambo...aku jawab "ada aku kesahhh" dlm ati jerlah hehhehehhe. Lapo ni lapo cepatlah hantar makanan dik oiii..jgn dok sembang2 lagi..akak dh kepalaran sgt nie. penat angkat barang.

Agaknya dia dengar hati aku berkata tidak lama selepas itu makanan pun sampai. Aku order 1/2 meal + fresh orange. Tap waiter tu salah bawa dia bawa mango juice haruslah aku minta tuko balik. Syok betol aku menghayati makanan. Org plak tak berapa ramai...kalau tak sure bising punya. Aku makan memang dah tak pandang kiri kanan. Maklumlah tak yah nak sembang-sembang sebab aku sorang2 nak sembang aper ke jadahnyer. aku cuma pandang sana-pandang sini sambil mulut dok mengunyah. Akhirnya semua makanan licin mmg ler aku lapo sgt hahhahhahah. jam 1.30 baru ler aku balik ke opis dan dekat jam 2 ptg barulah sampai.

Kat salabianca.

Ni ler yg aku order. sedapkan..kan..kan
Yg ni dh separuh makan..berenti jap..kenyang sangat ni..


Lihat lah gigih aku habiskan semuanya kalau boleh tulang tuh pun nak makan juga..ekekkekkee




Ni paling aku suka muffin vanila yummii...sebab tuh makan last hahhahaha

makan-makan keluarga

Jam sudah menunjukkan ke angka 12.20 malam. 11.30 malam tadi aku baru jer sampai umah. Ada makan-makan kat umah adik di Kepong. Kali ini gilirannya pula. Memang setiap bulan kami akan mengadakan perjumpaan keluarga di setiap umah sama ada makan tengah hari atau malam. Menu terpulang pada masing-masing. Tetapi biasanya menu semuanya order sahaja. Cam umah adik aku tadi ada nasi hujan panas, ayam masak pedas, acar ngan kari. Pastu ada mee rebus kuah ketam.

Ttp abang aku yg kat Gombak tak dapat datang sebab dia kena keje petang so berkuranganlah ahli keluarga. Kami di KL ada enam beradik jadi pada setiap bulan bermula dengan kak long diikuti kak Tija, abg E, umah aku, adik aku Yue dan yg bongsu tak buat sebab tak kahwin lagi, setiap umah akan mengadakan majlis makan2 bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Maklumlah masing2 sibuk ngan keje kalau tak buat macam ni alamat setahun sekali time rayalah baru jumpa. Sebenarnya aku nak bergambo ttp camera aku plak habis bateri.

Selain makan2 keluarga ada kutipan RM20 setiap keluarga. Duit ni akan digunakan misalnya ada emergency so bolehlah guna duit ni dulu. abang E dilantik sebagai bendahari keluarga. Duit ini jugalah yang digunakan untuk hari keluarga Hj Sahib, kalau tak cukup kita org akan top up lagi dan juga duit untuk BBQ dan beli barang-barang bila time raya. Kan senang..maksudnya semua adik beradik seramai 9 orang memberi sumbangan. Tak ada yg akan kecil hati atau terasa.

Seperti tahun lepas hari keluarga diadakan di Teluk Batik Perak, tetapi tahun ini masih dalam perancangan. Mungkin tiada hari keluarga semeriah thn lepas, tetapi kami akan mengadakan percutian keluarga di Port Dickson sahaja senang apartment TNB dah ada kakak aku dah sewa 2 apartment kalau tak cukup hasben aku sewa satu. Tarikhnya pada 25-27 Januari masa tu raya Cina senang semua cuti panjang. Xtxt belum diputuskan lagi maklumlah kecil kecilan sahaja kalau akak aku kat kg nak join dipersilakan boleh meramaikan majlis.


Ni gambo2 masa hari keluarga thn lepas masa ni aku pegnen Fahim, 4 bulan..Layanlah yerr...gambo lama ehhehehhehe

Durrani masa ni botak..sonok mandi laut

Yang paling sonok anak-anak buahlah sampai tak nak balik

Acara tiup belon dan pecah paling cepat

Sempat juga bergambo wpun tak cukup semua janji adooo...thn depan kalau buat bertambahlah ahli majlis.

Saturday, November 22, 2008

misi mencari labtop


Durrani teruja jer..nak g mana ni mama


hari kerja pun ramai jg org..

Khamis lepas yang aku cuti tuh aku g survey menda alah nie ler kat Low Yat Plaza. Macam-macam ada nak yg bawah Rm2000, RM1,500 atau atas RM2000 ttp bajet aku mmg antara RM2000 - 2,300 jer. mahal pada tuh mmg aku tak moo.ttp biasalah kalau dah pegi ngan orang yg pakar bab2 komputer ni mmg lah leceh sikit (ampun yerr bang mama ngumpat siket jerr ahaks). Ada jer yg tak kena..aku dah suka brand tuh dia kata brand tuh tak baguslah..nanti tak tahan lerr..yg okey sama ada hp atau Dell. So kita org ronda2 cari dua brand tuh jer..yg lain tak layan. hp biasalah mmg mahal kalau 3G 2,500 atas sikit...aku dah reject ttp hasben aku kata ok..aku kata mahai sangat buat apa nak buang duit banyak sangat.

yg ni pun cantik gak

last2 tak jadi...kita orng tengok lagi...adalah DELL aku dah suka dah kaler putih metalic cantekkk aaarrrr...dlm 2,300 2G ttp dia nak upgrade jd 3G..hasben aku g survey lagi takut kena tipu maklumlah kat luar dia kata ok kat dalam mana tau pirates punya. last2 tengok jam dah kol 3.30 petang.sebenarnya kalau sempat nak pg KLCC jap ttp tengok gayanya mmglah tak sempat. anak aku plak dok kata ngantuk-ngantuk..pastu nak air. Sib baik bawa susu dia. sebelum tuh Durrani dok main kejar-kejar ngan aku..lari sana-sini susahnyer nak menjaga.org ramai plak tuh...sambil tuh dia guling-guling kat lantai sambil gelak2..iskk..iskk..tak leh bawa ke majlis langsung. org lalu lalang dok gelak2 tengok aku.


aku suka yg ini kaler putih cantikkk...


last2 dia call kwn dia yg lagi pakar bab komputer..kwn hasben aku kata hp ngan Dell ok drp brand lain. ttp kena tengok juga...at lastnye tak beli pun sebab nak compare ngan online punya sebab online ni dah tentu tak kena tipu cuma mahal sikit sebab penghantran RM200 ttp kalau rosak ker call jer dia org akan ambik sampai ke umah dan tak kena bayar..lg satu biasanya dell aku sambung waranty. Hasben aku nak nyedapkan hati aku..."kan mama kata td hari ni kita survey jer kan. Kalau betol nak esok abang datang beli ngan member,"
alahh tak dapat lg labtop baru...ehhmm tak perlah bak kata org alah membeli menang memakai biar survey2 dulu untuk cari yg terbaik. lg pun labtop ni still bleh guna lagi.
Kol 4 kita org balik ler..maklumlah karang kol 5 org dah kuar opis takut jalan jam.


penat anak mama...tambah minyak dulu

Hubby aku call kwn dia tanya pendapat..

Friday, November 21, 2008

jom karaoke



Layan dululah gambo-gambo makanan nie..



aikkk..dah habis..cepatnyer makan hahhaha

Masa bergumbiraa...horeyyy...Ni masa kita org rombongan cik Kiah merangkap team i-remaja ke Redbox The Garden yang baru dibuka. So kita orang merasalah karaoke dulu. Tercapai gak ler hasrat aku nak masuk redbox lepas gian nak nyanyi ttp bukan nyanyi sgt pun ala-ala manja jer hehheheh. malu sore tak sedap lg pun tekak tak ok lagi.


Dua org ni mmg pandai nyanyi sore pun cedap

Kak ema mmg diakuilah raja karaoke.

aku,suzi, anis bersama pr Redboz yang comeiii aje nama manjanyer. Comei tak..comeikan???