Oh jangan silap ini bukannya belon untuk birthday party di pejabat ya
tetapi inilah persediaan bersempena Piala Dunia yg akan datang di televisyen anda tidak lama lagi..
Aku sebenarnya bukanlah peminat bola..
kalau tanya nama-nama pemain..uhh..sorang pun aku tak ingat pasukan mana
kalau sekadar nak join dgn suami untuk tengok bola tu bolehlah
jadi pembancuh air dia untuk berjaga malam..atau menemani dia tgk bola tapi aku tidur kat sebelah..
ohh tak lama lagi bagi isteri -isteri yang ada suami peminat bola kena berjaga malam ler
sebab mungkin anda kena buatkan air untuk suami atau kena menemani suami menonton perlawanan bola untuk Piala Dunia.
Atau pun esoknya terpaksa mengejutkan suami berkali-kali disebabkan tidur pada pagi hari..
berbalik kepada gambar di bawah..
sekarang ni kat pejabat aku meriah dengan belon pelbagai warna, lepas tu kain rentang di dinding, atas kepala, pendek kata sangat meriah..
sebabnya setiap department kena hias mengikut warna pasukan
macam department aku kena hias ikut negara German...iaitu warna kuning, hitam dan merah
setakat ni department kita orang paling meriah dan menjadi tumpuan
(sila puji yer hheheheh)
Adalah pengadil yang akan mengadili dan pemenang 1,2,3 akan dapat hadiah duit cash yer.. (tu yg semangat tuh..sebenarnya tak harap menang pun tapi sekadar seronok-seronok..rasa semangat nak bekerja bila tgk office dah macam tadika atau nursery.
Tu dia..kita org susun belon kat dinding ala-ala pintu gerbang ler...
untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah bolehlah main. tapi kita org ala-ala tensen boleh jg tendang bola kecil tu masuk gol.
Bergambar itu penting..bersama kwn-kawan yang sangat kuat bekerja..untuk mencantikkan department sendiri. teka yang mana satu i...?
Wah dipenuhi belon-belon..merah, hitam dan kuning. Dah macam tadika dah...
kat belakang pula dah jadi macam pelamin,
cuma belum ada kerusi jer lagi..
sesiapa teringin nak sanding lagi sila bawa kerusi sendiri yer..
Pertandingan ni berlangsung selama 2 bulan
jadi banyak masa lagi..
yang penting masing-masing dah pasang strategi nak menang
hari ni hias cantik-cantik..esoknya tengok department depan lg cantik drp kita org..wah..wah...sibuk nak berlawan ni..tak per esok kita orang lagi cantik drp yang depan tu..huhuhu..itulah semangat namanya..walaupun tak masuk Piala Dunia tapi bersemangat nak menang hiasan paling cantik.
11 comments:
wah kelassnye nak celebrate piala dunia...Mr Y awal2 mintak permission nak jaga malam huhu
wahh meriahnya ofis belon2 bagai, cam nak raya!
wahh bersemangat menjelang piala dunia ye..gamatt...
best siap da lwn2 dept paling cantek..
first time dengar ada pertandingan camni
wahh festime tgk ade sambutan camnih.. ni every 4 yr ke wat camni?
Wlpn bukan peminat bola tegar...semangat itu mesti ada! Heheee....siapa taknak menang cash, betul tak?!
Oh ya, bila tiba musim bola ni....saya tak perlu berjaga malam utk teman suami atau buatkan air utk dia tapi kena bersedia utk ditinggalkan sebab dia prefer lepak kat mamak degn kawan2. Lebih happening lah katakannnn..
Takpe..kasik muka sikit sebab 4 tahun sekali aje ; )
wah.....betul2 pesta Bola nie...kemain meriah lagik....
selamat berjaya! selamat berjaya :D
yang mana satu kniedaz ek? t-shirt merah tu ker?
semangat piala dunia. ye...1st time tgk cam nih..
posh76: ohh awal2 dh minta permission bagus-bagus
ADIA: bkn nak raya rasa cam tadika jer huhuhu
Fieza79: Semangat bola
Mamasyaza: ohh 4 thn sekali jer buat ni
Memang meriah tengok gambar tu...
Seronok ya!
Post a Comment