Thursday, May 13, 2010

batuk dan selesema

Mata dah berpinar-pinar,
Fikiran dah melayang-layang ni,
kalau jalan mesti terhoyong -hayang,

tadi aku baru telan sebiji ubat selesema, sebiji antibiotik dan satu sudu besar ubat batuk yang rasanya pergghh..rasa nak terkeluar balik. Tapi disebabkan aku ni memang jenis org yang nak cepat baik, makan ubat paling aku suka. Kadang2 sukatan satu sudu, aku saja tambah 2 sudu. Kalau boleh bila bangun pg esok terus segar bugar jer badan.

Oh Anak teruna aku juga kurang sihat. Batuk dan selesema. Dia pula jenis susah makan ubat walau pelbagai cara dipujuk. Akhirnya terpaksalah, adegan paksa memaksa.
Kakak juga demam tapi sudah baik cuma batuknya sahaja masih ada. kakak jenis yg senang makan ubat, bila demam dia yg ingatkan aku untuk makan ubat. "Good girl lah kakak ni," bukan main suka lagi dia.

Kata doktor memang cuaca sebegini menyebabkan ramai orang sakit, pening kepala, demam, batuk dan selesama. Harap-harap esok baiklah walaupun sudah 2 hari batuk masih tak hilang-hilang. Tambah2 kalau tempat sejuk beraircond..lagilah membuatkan tekak perit dan batuk.

ohh..mata sudah memberi isyarat agar memberhentikan penulisan, aku mahu tidur, melayari mimpi yg panjang (kalau bermimpi ler).

good night..

14 comments:

ibu_Arifa said...

moga cepat sembuh yer kak Rynas.. semua satu keluarga tak sihat yer.. musim kot...ker musim durian..hihihi

kat sini dah berlambak org jual durian, tahan je nafsu nak membeli ni.peminat durian nih!

rynas said...

Min: aahh..mula2 husband demam, pastu akak pula dan anak-anak. mmg tak sentuh durian pun lg tahun nie..ada jual tapi tahan jer drp beli..

Mag said...

memang..farah pon batuk tak hilang2..

Anonymous said...

sama la aku pun, smlm bdn rase smcm jer
balik umh berbungkus pg ni lega sikit
syukur la yer...

hope ko cpt smbuh minum air suam byk2 sket my dear!

kasihibu said...

semoga cepat sembuh...minum air suam bebanyak ok jugak...

Mrs. Simplicity said...

moga semua cepat sembuh ye. adel saya dah hampir 2 minggu selsema, tak reda2. doktor tak nak bagi ubat lak. ish2..

rynas said...

farah: kalau ngandung dah banyak bulan batuk2 perit sangat.

aton: ni tgh usaha minum air suam banyak2. doc pun suruh minum air banyak2.

rynas said...

alyyani: skang ni musim demam lahkan

Elly Emmy said...

moga rynas dan anak2 cepat sembuh..

uda puu dah kena batuk ni.. memang payah nak lega.. 2minggu jugak laa.. suami pulak selalu selsema.. tapi alhamdulillah mujur anak2 tak berjangkit..

rynas said...

Uda: mmg pun batuk ni susah nak baik. Mahu makan masa berminggu kan. Saya tak per tp sian anak kalau batuk lama2

rynas said...
This comment has been removed by the author.
ennieva fauzi said...

semoga cepat sembuh dan buleh kita melepak di restoran Jepun bersembang panjang pasal piala Thomas yang kecundang hahaha

rynas said...

ben: malas tengok piala Thomes tu main cam pompuan pun ada...skang ni aku dh ok anak pulak batok teruk

rynas said...
This comment has been removed by the author.