Dahulu aku pendengar setia radio Era,
Sebabnya aku suka mengikuti rancangan Pagi Di Era bersama K& K (Kieran dan Kriel),
Suka mendengar topik-topik pagi yang diutarakan mereka,
Suka mendengar luahan rasa pendengar, sama ada kisah sedih atau lucu,
Banyak kisah-kisah kekeluargaan, lucu, sedih, yang boleh membuatkan aku ketawa, tersenyum dan menangis...Besar penangannya kan????
Tatkala itu, aku menjadi pendengar setia radio ERa, pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, kemudian pulang drp kerja masih memutarkan radio Era.
Kemudian Era membuat rombakan lalu menukar penyampainya Kriel ditukarkan ke SinarFm dan pengganti tempat Kriel Adi dan Nana bersama Kieran.
Ohh terus membuatkan mood pagi aku berubah, aku tidak suka mendengar celoteh budak-budak atau penyampai yang nada suaranya seakan menjerit. Sakit telinga aku...
disebabkan penukaran penyampai aku tercari-cari radio pilihan ketika itu,
dan ketika itu Hotfm sedang menyerlah,
Teruja dengan iklan di Tv, aku menukar siaran kepada hotfm yang ketika itu penyampainya adalah Faizal dan Farah Fauzana (dua-dua dulunya penyampai Era).
Mereka menggunakan konsep sama seperti Era, tetapi mungkin kerana kurang sesuai dengan citarasa aku ketika itu, kerana lebih banyak menyogokkan lagu-lagu Indon, aku menukar siaran radio setiap kali masuk ke kereta, semua radio aku dengar termasuklah HitsFm,RedFm, IkimFm, SuriaFm...di mana lagu sedap dan sesuai jiwa di situlah aku mendengar.
Dan setiap kali menaiki kereta suami dia mendengar siaran SinarFm,
"ohhh naper dengar sinar? stesen untuk orang tualah," kataku sambil menukar channel lain. Lagu-lagu pula adalah lagu lama zaman 70,80 dan 90-an. Begitulah setiap kali aku masuk ke keretanya aku akan menukar siaran radio.
Namun lama-kelamaan aku mula menyukai Sinar disebabkan penyampai Salleh Yaakob (SY), Kak Engku (KE) dan Kriel yang selamba dengan topik2 semasa yg pelbagai dan menyentuh hati. Paling penting sepanjang perjalanan ke tempat kerja mereka menjadi peneman setia aku, boleh membuatkan aku tersenyum dan ketawa terhibur dengan telatah mereka.
Namun lama-kelamaan aku mula menyukai Sinar disebabkan penyampai Salleh Yaakob (SY), Kak Engku (KE) dan Kriel yang selamba dengan topik2 semasa yg pelbagai dan menyentuh hati. Paling penting sepanjang perjalanan ke tempat kerja mereka menjadi peneman setia aku, boleh membuatkan aku tersenyum dan ketawa terhibur dengan telatah mereka.
Semalam ketika membaca akhbar, Radio SinarFm (yg dulu aku labelkan sebagai radio untuk orang tua) menjadi pilihan nombor satu pendengar mengalahkan Era dan Hot. Wow begitu cepat sekali...
Mungkin jg pendengar seperti aku yang berusia 30-an ke atas mendengar Sinar kerana suka kepada penyampai atau lagu-lagu yang seiring zaman. Sesuai jiwa kata orang...Yerlah kalau dengar lagu-lagu sekarang (terutama pelajar AF..oh aku kurang berminat) baik dengar lagu-lagu pada tahun 1980-90-an yang tentunya meruntun jiwa serta boleh membuatkan kita bernostalgia lama.
Kadang-kadang dengar lagu-lagu lama nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir, Sharifah Aini Dayangku Intan, serta kumpulan rock kapak seperti Olan, Meditasi, Mega, Putra, Wings, Kris dan ramai lagi lebih baik drp mendengar lagu-lagu sekarang yang menyakitkan halwa telinga.
P/s: Suka juga dengar pagi di Era bersama Pak Nil dan Allahyarham Din Beramboi...kelakar sangat..tapi arwah sudah tiada...Era pun sudah tidak seceria dulu...entahlah dah lama tak on radio Era.
22 comments:
saya pun suka dengar Sinar FM.. dari dulu lg..
suka layan lagu retro..
x membingitkn cm lagu2 baru.
dulu suka KnK, skrg suka jawa rangers. eh tu petang.
untuk pagi skrg tak dgr mana2, pasang cd je. bingit la dengar dj2 zaman skrg ni, tatau pesal.
samalah kita, sinarFM tetap menjadi pilihan hati. setiap pagi dah excercise muka, asyik dok gelak ngan celoteh depa. memang best....boleh dengar semula lagu zaman kita kecik2 dulu, zaman kita remaja dulu...mmg bestlah
nmpk SY teringat filem madu tiga.. ekeke, larikkks
batul cakap ju, lagu retro tak membingitkan telinga..saya selalu teringatkan arwah Din..lawak2 beliaulah yang selalu menceriakan pagi2 saya..semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yang beriman, AMIN!
dulu2 penah gak terdetik camtu.. sinar tuk orang tua.. pasal mase tu penyampainye najman, halim, jamal.. cam tak menarik jekkan..
ekceli takde lg faveret radio mane2.. selalu tukar2 cenel bile dalam kete.. tp plg bes dengar sinar bile kuar lagu2 lame.. zaman2 sekolah dulu.. sangat nostalgia gitu hehehe
suka dengar radio THR pagi2.. best!!
salam pantai timor!!!
rynas,
baru2 ni husben izan pun dah bertukar kpd sinar.fm sbb dia kata mcm best dari era.
izan? jarang on radio kat umah...huhu
maya tgki mood..selau yer dengar hot FM..tp bila dia start tukar2 dj nie..dah kurang sikit maya dgr hot
sama la kita..pon suke dgr sinar FM lagi...best dn rasa terhibur dgr celoteh meka pg2..lgu2 pon syahdu2...buat terkenang lek nostalgia lama...
Ju: dulu tak minat lagu retro sekarang dah kena dgn jiwa
ADIA: suka jg dengar Power rangers.
Mamasyaza: yeah..untuk org yg dah berusia kot..
enMe: yang bestnya Sy tu selamber rock jer cakaplah apa sahaja.
Kauthar: yer betul betul..
yan: samalah cam saya ingt Sinar untuk org tua. lastnya dengar jg.
Lyfarina: ohh dh lama tk dengar THR
Izan: lelaki mmg suka yg otai-otai lah..
ayah,umi,farish: aah..tak best bila tukar Djlah terus tukar chanel.
Fieza: yer nostalgia gitukan
saya suka hit..tapi kadang2 layan jugak sinar ngan hot..sebab lawak..hehe
i vote Sinar... asalnye adik aku yg pasang dulu... sbb husben dia ala2 lahir thn 70 an jgk kan...
hhaha mmg leh blah la hehehhe
aku suker topik pd sinar lelain
ok la...
farah: ya hit untuk org yg muda belia cam Farah hehhehe.
Aton: yer best bangatkan leh buat senyum sorang2 dlm kete
Errr..tak ada radio kat rumahlah...
He..he..memang jarang dengar radio...
same ngan akak gak, suka dengar Sinar FM
xiinam: heheh saya pun kat umah tak dengar radio. dengar waktu pg time pg kerja jer..
Crazaybeautiful: yerlah samalah kitakan
ti..aku kalu drive akan buka ikim..maklum aku tak leh dgr radio lain masa memandu...tetapi bila masuk keta, org lain yg drive...terus aku tukar ke sinar..heheheh...
kakak, sentap tau cakap stesen orang tua...saya dah bertahun dengar sinar! hehehe
salam perkenalan;
kita suka dengar era..
Post a Comment