Saturday, May 8, 2010

kita ada ibu, kita juga adalah ibu...


Apakah yang paling dinantikan seorang wanita yang baru saja mendirikan rumah tangga ? Sudah pasti jawapannya adalah : mengandung. walau terpaksa menempuh hari sukar 9 bulan 10 hari namun, semua itu hilang apabila merasai pergerakan si kecil di dalam perut. Malah kesakitan ketika melahirkan anak terus hilang tatkala memandang wajah comel itu. Ketika mendengar tangisan pertama langsung tidak dihirau darah dan keringat yang mengalir. Detik itu, ketika itu dan saat itu adalah moment paling membahagiakan, sebuah episod cinta baru bakal bermula yang akan melalui detik-detik yang panjang.


Ketika itu tiada lebih membanggakan untuk diperbincangkan selain anak. Tiada satu tema paling menarik untuk disembangkan bersama rakan sekerja, teman sejawat, jiran, saudara mahu pun keluarga, kecuali anak. Apabila si kecil baru sahaja melafaz "Ma?" segera dia mengangkat telepon untuk memberitahu kepada semua. Ketika baru pertama kali berdiri, dia sudah berteriak bangga. malah sentiasa berdoa agar langkah itu tidak terhenti di situ.

Apa sahaja dilakukan semuanya demi anak dan untuk anak. Tiada satu pun di dalam fikiran..yang sering difikirkan melainkan anak. Ketika berbelanja anak menjadi alasan utama, ketika menghadiri majlis anak sentiasa bermain di fikiran dalam setiap suapan nasi, setiap gigitan kuih atau dalam teguk minuman.

Ketika itu tiada lagi pakaian baru untuk diri sendiri kerana semuanya untuk si kecil. Meskipun kadang-kadang harus berhutang, namun semuanya atas alasan demi anak. malah dalam catatan perbelanjaan tertulis: 1. Beli susu anak; 2. pampers anak 3. baju anak 4. bil hospital anak dan nombor seterusnya barulah perbelanjaan lain. Malah tiada beras di rumah tidak mengapa, asalkan susu si kecil tetap terbeli.

Ibu menjadi guru yang tidak pernah digaji, menjadi pembantu yang tak pernah dibayar, menjadi pelayan yang sering terlupa dihargai, dan menjadi babby sitter yang paling setia.

Sesekali dia menjelma menjadi puteri salju yang bernyanyi merdu menunggu suntingan sang pangeran. Keesokannya dia rela menjadi kuda yang meringkik, berlari mengejar dan menghalau musuh agar tidak mengganggu anak-anaknya. Hanya tawa dan jerit lucu yang ingin didengarinya agar hilang segala resah gelisah. Batuk atau lelah tidak pernah dihiraukannya, walau tidur malam terganggu, walau penat mengemas, walau penat melayan karenah anak namun dia masih mampu tersenyum dan melakukannya dengan penuh keikhlasan.

Setiap pagi tiada perkara lain dilakukan melainkan menyiapkan sarapan anak-anak yang akan berangkat ke sekolah. Tiada satu pun yang paling ditunggu kepulangannya selain suami dan anak-anak tercinta. Serta merta kalimat, "sudah makan belum?" terlontar ketika baru saja memasuki rumah.

Tidak peduli walaupun anak kecil yang dulu kerap ditimang dalam dakapannya itu, sekarang sudah menjadi orang dewasa yang boleh sahaja membeli makan di kampus atau asrama. Dalam kunjungannya seringkali ibu membawa makanan walau hanya jemput-jemput kosong kesukaan anaknya.

Hari ketika si anak yang telah dewasa itu mampu membuat keputusan terpenting dalam hidup, iaitu memilih pasangan hidup, siapa orang pertama yang akan menangis? IBU...Dia menangis melihat anaknya tersenyum bahagia bersama pakaian pengantin. Ketika itu dia sedar, buah hati yang bertahun-tahun menjadi kubangan curahan cintanya itu kini bukan miliknya lagi. Tetapi cuma satu yang masih tertambat " dia masih anak aku" pertalian yang masih ada walau kita bergelar isteri atau ibu.

Ketika keriput di tangan dan wajah mulai berbicara mengenai usianya. Dia mulai sedar tiba masanya akan berakhir. Sampai masanya apabila sudah sampai ajal, mandikanlah jenazahnya, seperti mana anda dimandikan dia ketika dilahirkan. Imamkanlah solat agar tak percuma ibu mendidik kita menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sedarkah kita sejak kecil ibu telah mengajarkan erti cinta sebenarnya.
Ibu adalah madrasah cinta, ibu adalah kelas tempat mencari cinta,
Ibu adalah sekolah yang hanya punya satu mata pelajaran, iaitu CINTA
Sekolah yang hanya punya satu guru iaitu IBU dan sekolah yang semua murid-muridnya diberi satu nama: "ANAKKU TERCINTA".

SELAMAT HARI IBU
KITA ADA IBU..KITA JUGA ADALAH IBU,
HARGAI IBU KETIKA DIA MASIH ADA...

Kepada bonda tercinta Hajah Hasiah Man semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta diberkati olehNya selalu. AMIN.

15 comments:

ckLah @xiiinam said...

Selamat Hari ibu.....
Smoga menjadi ibu yang dikasihi anak-anak....sampai bila-bila...

rynas said...

xiinam: selamat hari ibu juga. yer..insyaAllah

Mrs. Simplicity said...

selamat hari ibu kepada rynas juga. :)

kamal ariffin said...

Salam dan Selamat Hari Ibu.. Saya sungguh kagum pada coretan puan. Ianya sungguh manis,indah dan istemewa sekali buat semua wanita yang bergelar ibu dan juga bakal ibu.Ianya juga bagai sebuah ilmu untuk kita semua sebagai anak-anak.

Dan puan,saya minta izin untuk ambil sikit sepatah dua ayat dari coretan puan ini. Terima Kasih.

LYaFRINA said...

sweet...

selamat hari ibubuat rynas...
utk saya jugak... utk mama & semua ibu2....

rynas said...

alyyani: selamat hari ibu yer..

rynas said...

kamal: thanks ya..
semoga kita lebih menghargai ibu kita

kamal ariffin said...

Salam dan Selamat Hari Ibu...
Coretan puan sungguh manis,indah dan istimewa sekali.
Ianya juga bagai suatu ilmu buat kita anak-anak semua..Terima kasih.

Lee said...

Hi Rynas, interesting posting you have here.
Have a happy Mother's day, best regards and simpan satu lagu dalam hati, Lee.

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Salam,
Selamat Hari Ibu..Semoga menjadi ibu mithali dunia dan akhirat.

rynas said...

uncle Lee: thanks uncle..hope we can love our mom together and forever

Ummiaisyah: ya itulah yg terbaik buat kita. happy mother's Day to Umii juga

Elly Emmy said...

selamat hari ibu..

semoga bahagia disamping keluarga tersayang

Mazatul azura said...

salam ziarah.. selamat hari ibu!!

rynas said...

Uda: selamat hari ibu juga

Maizatul: salam kenal..

rynas said...
This comment has been removed by the author.