MARAH??? pernah marah??? sering...selalu...atau memang setiap hari rasa nak marah
Bagaimana nak menguruskannya? ohh rasa marah pun boleh diurus yer.
Membaca akhbar setiap hari mengenai kejadian bunuh-membunuh, tikam menikam dan pergaduhan semuanya bermula drp rasa amarah yg sangat menebal. Jika tidak masakan ada suami sanggup memijak, menendang dan memukul isteri nya sehingga mati hanya kerana melihat isterinya sedang menelefon menggunakan telefon bimbit. Ada pula sanggup menoreh kemaluan isteri disebabkan berasa isterinya ada lelaki lain. dan pelbagai lagi kejadian yg kita rasa sangatlah simple dan tidak patut digaduhkan sehingga kepada kematian dan semalam seorang lelaki dilibas kepala dgn sabit hanya kerana tidak tahan teguran selepas dia duduk di atas kerusi yg masih basah dengan simen.
Nauzubillah...kenapa sampai begitu sekali ya??? Sudah kurangkah kasih sayang antara manusia sehinggakan perkara yg kecil boleh menjadi besar seterusnya menyebabkan kecederaan. Adakah ramai di kalangan kita sedang menghadapi penyakit mental yg sangat kronik???atau ini antara tanda-tanda besar kepada keruntuhan sosial sebuah masyarakat. Itu belum termasuk kes rogol, rompak, dan pelbagai lagi kejadian ngeri yg kadang2 tidak terfikir dek akal boleh berlaku.
Kadang-kadang sendiri berasa takut...keluar rumah sahaja terasa nyawa seakan dihujung tanduk...yerlah cuba fikirkan sedang anda bersenang lenang di kompleks membeli belah keluar sahaja tiba-tiba terkena das tembakan..atau senang memandu kereta berhenti di trafik light tiba-tiba ada penyamun memasuki kereta menghulurkan pisau atau ketika anda sedang memandu tiba-tiba ada lelaki menahan kereta inginkan bantuan tetapi sebenarnya dia ingin merompak. Minggu lepas seorang wanita yang ingin menunaikan sembahyang maghrib di rumah akhirnya dipenggal kepala dengan parang oleh perompak..ohhh sekarang di rumah sendiri juga sudah tidak berasa selamat (aku menulis ni pun dalam keadaan ngeri sambil dahi berkerut oohh kroniknya masyarakat kita).
Dulu 10 tahun lalu sangat susah membaca di akhbar berita begini. Jika ada pun...ohhh "sakit mental" atau ohhh " pendatang asing patutlah"
sekarang ni nah...buka sahajalah akhbar....selepas itu pasti dada anda berdegup kencang sambil meluah perkataan, " ya..allah,...eeiii takutnya...tak patut betullah...aduh napa jadi macam ni" dan macam-macam lagi dek kerana kengerian membaca berita-berita yang boleh membuatkan anda mengucap beribu kali.
Mengapa ya???
kurang penguatkuasaan. (kita selalu menyalahkan penguatkuasaan), ya mungkin juga.
Salah masyarakat...(ohh masyarakat yg kurang ambil tahu, ini zaman modenlah mana boleh jaga tepi kain org lain nanti dikatakan penyibuk pula. kau..kau..aku..aku)
salah keluarga (didikan keluarga?? ya ini adalah faktor utama, kerana semuanya bermula drp rumah. jadi ibu-ibu, bapa-bapa (termasuk aku) sekarang didiklah anak sebaik mungkin agar 30 atau 40 tahun lagi kuranglah kejadian sosial sebegini).
Kurang didikan agama ( kalau dah kurang kasih sayang, kurang didikan keluarga akan membawa kepada faktor inilah. Walau apa yang berlaku semuanya bermula dengan agama, kuat agama kuatlah jati diri, kurang agama maka..kuranglah harga diri)
Aku???? ibu kepada dua anak..mungkin akan bertambah menjadi tiga bla..bla....
peringatan untuk diri sendiri juga..supaya melaksanakan tugas menjadi ibu sebaik mgkin. oohh bukan senang nak jadi mak TERBAIK..ohhh..bukan takat bg duit, bg apa dia nak dah cukup. Nak tahu berjaya atau tidak bukannya sekarang...tengoklah 30 tahun akan datang bagaimana acuan dan rupa anak-anak kita.
Tip:
- Marah umpama suntikan ubat pelali kepada pertimbangan akal kemudian menghilangkan kewarasan berfikir. Apabila perasaan marah telah menyelubungi jiwa, pelbagai implikasi buruk yang tidak dijangka boleh berlaku.
- Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya marah daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan diciptkan daripada api, sedangkan api perlu dipadamkan dengan air. Maka apabila seseorang kamu marah hendaklah dia mengambil wuduk.."Begitu juga dianjurkan duduk jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, atau berbaring ke tanah sambil mengingat asal dan tempat kembalinya nanti. Jika sedang bergerak disarankan berhenti dan jika sedang mengeluarkan kata-kata kesat hendaklah diusahakan diam daripada berkata-kata. Ingatlah marah tidak mencerminkan apa-apa selain daripada keburukan dan hilangnya maruah serta kehormatan diri.
9 comments:
sekarang dunia mcm xaman kan. nak keluar rumah sendiri jer rasa takut. duk dalam rumah pon rasa tak selamt
Tie, aku jadi baran kala bawak keter je. Itu pun hangin dengan pemandu yang main hentam kromo dan tak ikut peraturan jalan raya. Itu le, pelik orang sekarang ni yang semakin tipis akal dan budi bahasa. Bukan main berani lagi, tak takot polis dah...apa resolusinya ye?
mcm2 berlaku skang ni.. kena anggap semua org jahat kot, bru lah kita sentiasa hati2 kan..huhu..
Marah pun satu terapi...cuma cara menyalurkan kemarahan itu perlu dikawal..
farah: aahh takut nak kuar rumah kan.
bennie: ntah ler Ben aku pun tak der resolusinya.
mama hanim: ahhh kdg2 kita kena anggap semua org jahat.
Cklah: ehhmm..terapi tapi kalau salah dah jadi beapi hehhehe
betul tu... bukan takat kat luar.. sumtimes duk dalam umah pun kite tak tau klu benda dah nak jadi.. macam ade kes dalam berita last month kot.. tengah sidai baju.. tetibe ade perompak siap panjat pagar and ragut rantai pempuan tu.. siang2 hari pulak tuh.. mujur tak diparang pempuan tuh..
ape nak jadikla kan.. mane2pun tak selamat skang nih..
kalu ikut pengalaman maksu, usia mematangkan... heheehe, tengah cuba ler ni :)
take care
yan..saya pun tgk berita masa perompak tu dtang samun masa tengah sidai kain. sampai cam tu sekali kan..kat umah pun dh tak selamatkan
Post a Comment