Sunday, May 16, 2010

CIKGU YANG MASIH DALAM INGATAN

pic by cik google

Oh Hari ni 16 Mei..Hari Guru. Selamat Hari Guru kepada semua bergelar Guru.
Antara cikgu2 yang masih aku ingat ketika sekolah menengah ohh ramainya cikgu Saodah ajar B. Melayu masa form 2. Nama cikgu ni mmg tak boleh lupa sampai bila-bila sebabnya masa dia nak ajar BM aku dgn kawan-kawan yang duduk barisan paling depan tak bagi tumpuan dan asyik bersembang. Lastnya cikgu tu hentak buku teks BM dengan kuat sekali dan menangis. Huhuhu..giler masa tu punyalah takut sebab dia menangis dan terus keluar kelas. Lepas tu kami pakat ramai-ramai pergi bilik guru dan minta maaf dengan dia.


Masa form 1 aku paling suka dengan cikgu Wazir, hahha sebabnya dia selalu puji karangan BM aku dan selalu dapat markah tinggi. masa Form 5 aku paling suka matematik walaupun sebelum tu matematik ler subjek yang paling aku tak suka. Tetapi disebabkan cikgunya pandai mengajar terus aku terror maths. Cikgu Rosmawati namanya..orangnya pun lawo suka buat lawak dalam kelas, bila subjeks maths mmg tak pernah bosan.


Bila subjek Sains Tambahan, kita orang kembali kepada mood bosan bukan aku sorang tapi semua dalam kelas tu. Siap kutuk-kutuk cikgu bila dia habis ngajar. sebabnya cikgu A (bukan nama sebenar) mengajar cuma baca buku teks jer. Lepas tu suruh kami salin apa yg dia baca. Kami satu kelas pernah kena ketuk ketampi 100 kali..diulangi 100 kali uols...disebabkan meniru time exam. Kami pakat-pakat meniru sebagai tanda protes sebab selalu exam mesti dapat 50 ke bawah hhehehe. Esoknya masing-masing berjalan menonggeng disebabkan sakit kaki dan sendi. Mmg sakit sangat sampai turun tangga pun menonggeng..seminggu juga ler baru baik.

Kemudian masuk form six, aku masih ingat cikgu Ismail ajar Pengajian Am. Dia suka gunakan isu-isu semasa masa ngajar..yerlah nama pun pengajian am kan. Dia ler yang pernah cadangkan kat aku ambil mass com. bila dah habis belajar. Dia kata nanti jadi wartawan.


Sekarang semua cikgu-cikgu tak tahu lah masih mengajar atau tidak di sekolah yg sama. Balik kampung pun tak pernah terserempak dengan cikgu-cikgu ni tapi kalau jumpa for sure aku akan tegur dan peluk mereka (cikgu perempuan jerlah aku peluk).


Dulu masa sekolah rendah kalau ditanya apa cita-cita, kerjaya guru mesti akan berada di tempat pertama lepas tu baru yg lain-lain. Tapi bila masuk sekolah menengah aku realise yang aku tidak sesuai bekerja sebagai guru. Sebab yang pertama penakut dan susah nak marah, nanti bila aku marah anak murid, anak murid marah aku balik. Yang kedua...dari segi keyakinan diri, mak malu noks...kalau orang tengok mak ramai-ramai depan kelas auwww!!!!...dan yang ketiga biarlah aku jadi guru pada anak-anak jer.


tapi aku sangat bangga ler pada mereka yang bergelar guru tu bukan senang tau dgn karenah murid-murid yang pelbagai. Aku tak ler hairan bila baca akhbar ada guru yang sanggup cedera murid dia. Habis kalau murid lebih hantu drp hantu siapa tak naik angin kan.

Jadi pada kawan-kawan aku yang bergelar guru, Cikgu Ani, Cikgu Liza, Cikgu Rosmaria, Cikgu Salmah, Cikgu Umie, Cikgu Husairi, cikgu Ramlah...uitss..ramai jugak ekkk kawan-kawan jd cikgu..ohhh kakak aku cikgu Bib dan suaminya Cikgu Khairuddin

SELAMAT HARI GURU
SEMOGA HARI INI MENJADI GURU YANG LEBIH BAIK DRP SEMALAM,


HIDUP CIKGU!!!!!




9 comments:

LYaFRINA said...

waaa.. kembali ke skolah..
mmg rindu time nakal2 tu...
mcm2 ragam.. tp tringt time hari guru.. sibuk la duk cri hadiah nk bg kt cikgu..
rindunya...

Mama Hanim said...

huhu.. ni n3 dh back to school..hehe..
rindu cikgu2 kan..

rynas said...

Lyafarina: tetiba jer rindu zaman sekolah.

Mama hanim: zaman sekolah paling manis dikenang.

Kauthar said...

saya pun mmg ingat dengan cikgu2 saya dari sekolah rendah smpailah sek.menengah...rindu jugak dengan cikgu2 ni...macam2 kenangan pahit manis..bila dah berjaya baru kita akan sedar dan kenang kembali jasa2 guru2 kita..

rynas said...

kauthar: iyer betul tu banyak jasa guru pd kita

Cikgu Liza said...

Peristiwa cikgu Saadah tu la yang paling aku tak boleh lupa...sampai sekarang aku rasa berdosa yang amat...aku rasa kita bukan menyembang waktu tu, cuma kita sibuk buat kerja cikgu yang masuk sebelum cikgu Saadah.Apa yang cikgu Saadah cakap kita tak respond.Macam dia tunggul kayu kat depan,mengajar tapi murid buat dek aje...sedih la cikgu tu...Apa2 pun terima kasih sebab masih ingat kat aku yang bergelar CIKGU ni...

rynas said...

Liza: aahh yer saadah yer namanya bkn saodah hehhe. itu ler paling tak bleh lupa masa tu tau..sian dia sampai menangis sebab anak murid tk beri respond.

Elly Emmy said...

uda suka cikgu pj .. memang kelakar giler.. sporting habis.. tapi kalau kena ngan cikgu yg byk songgeh.. huhuhuk tension .. asyik kena leter jer..

rynas said...

Uda: biasa ler ada guru yg kita suka ada kita tak suka masa sekolah dulu. kalau suka bkn main belajar lagi..kalau tk suka tu yg jd malas tuh