Thursday, May 27, 2010

Dah sah-sah PENIPUkan???

Pic: en google

Semalam dapat SMS ni:


TAHNIAH!!!!

Simcard anda b'jaya memenangi RM17,000 dari POWER ROOT. Dari POWER ROOT.

Nampak di TV3, s'mlm pkl 23:20. No Pin: AD2547:

Sila hubungi Office : 017-8153226


ORIGINAL.


dah sah-sah ko penipukan.
Aku mana pernah beli minuman POWER ROOT,
minum pun kalau dapat Free jer..
bila masa pulak aku join peraduan tuh
Lepas tu senang-senang jer nak menang RM17,000.

MOTIF?????
nak buat penipuan cara begini..
nanti kalau aku call, tetiba kena pukau melalui phone..pastu suruh keluarkan duit bla..bla..bla..dan bank in kat ko.

Ehhh...dah berapa ramai ko hantar SMS begini???
Dah berapa ramai yang terkena dgn taktik ko...
Sudah-sudah ler tuh...

Korang-korang kat luar sana..
kalau dapat msg begini
abaikan jer..
delete jer msg tu atau buat laporan polis..Dah sah-sah penipu...


Lg satu peraduan gores dan menang tu. Hati-hati yer kalau jumpa sekumpulan orang yang buat peraduan ni, seboleh-bolehnya dia nak kita gores juga..
lepas tu bg tau menang hadiah ribu-ribu..
kalau free tak per tapi kena bayar ribu-ribu lagi..
kalau barangan branded tak per ni ntah dr negara mana...
Ada juga tu buat cara kotor dengan pukau,
Bila dah menang terus jer kita ni yang tengah 'bengong' keluarkan duit dan beri pada dia.
Macam-macam penipuan sekarang ni..
Moga-moga kita dijauhkan daripadanya ..

AMIN...


**** ni bukan kali pertama aku dapat sms begini dah banyak kali dah drp Power Root.
Drp Shell pun ada juga. Menang puluh-puluh ribu. Lepas tu dia suruh kita call dia..banyak cantik!!!. Kalau kita menang pun tentulah sykt tu yg call pemenang. Aku pernah call Shell sendiri tanya..yerlah diakan ada buat peraduan kan..tapi dorang kata kalau menang mana ada hantar SMS begitu dorang terus call jer.

10 comments:

Mag said...

selalu gak dapat..tapi farah rasa mesti ramai gak tertipu..makcik or pakcik yang tak tahu pape mesti terkena..
sape lah dieorang ni.isk

Ena said...

mrmm.. tu la.. dorg nie memg tak de kije kan!>. asyik nak mengenakan org je.. Nasib baik la org skrg dah banyak yg peka penipuan dorg nie.. harap jgn la ada lagi yg mencajadi mangsa..

Yan said...

yan mmg penah masuk peraduan POWER ROOT.. dan selalu jugak dpt msg nih.. tp yan tau penipu pasal dah termaktub dalam terma & syarat yg power root akan call klu kite menang.
Kenapa plak kite yg terhegeh2 nak kene tepon dia.. ye tak??

Fieza79 said...

mmg dasar penipu..ingt sng2 dowg nak tipu owg cam kita ni kan rynas??

Kauthar said...

tak habis2 lagi kan penipuan macam ni? masalahnya..ada lagi jugak yang masih tertipu tu..

ayah,ummi, farish said...

maya selalu dpt..kalau di gabung2kan..makcik kayo jadik ekkk..hehehehehhe...sah2 mmg penipu semua nie

cikguliza said...

selalu dapat msg macam ni.aku hantar balik msg kat nombor tu.aku bagi tazkirah sikit kat dia.tak tau la nak insaf ka tak..
lagi satu satu hari tu, hubby ada terima panggilan konon2 menang peraduan.sipemanggil loghat indon.hubby aku layan cakap loghat indon gak...layan lama2 kasi banyak bil telefon dia...lama2 org tu marah terus off telefon...

rynas said...

Farah: aahh..agaknya org2 kampung cepat jer terpedaya bila tgk duit banyak ginikan

Ena: itu ler yg buat ni bkn org tempatan rasanya.

Yan: ohh penah masuk ekkk..penah menang tak?

rynas said...

Fieza: itu ler tk baik betul menipu

Kauthar: rasanya ada yg kena tipu

ayah umi farish: iskk..nak jer kalau betul menang.

Liza: hubby aku pun penah call mmg org Indon yg jawab.

Izan Ishak said...

izan pun pernah dapat sms mcm nih. menyampah tau..terus delete je!