Thursday, May 27, 2010

kena minum banyak air


Hanya dengan minum air putih, banyak penyakit boleh disembuhkan. Tak percaya???
Minum air putih dengan cara yg betul boleh memulihkan sistem tubuh manusia. Ini kerana dengan air akan membuatkan usus besar bekerja lebih efektif dengan cara membentuk darah baru, dalam istilah perubatan dikenali sebagai sebagai aematopaises.

Apabila usus bersih, gizi makanan yang dimakan beberapa kali dalam sehari akan diserap dengan mudah. Makanan itu diubah menjadi darah baru. Darah adalah penting dalam menyembuhkan penyakit dan memelihara kesihatan, dan sebab itu air hendaklah diminum dengan teratur.
CARANYA:
Pada waktu pagi selepas bangun tidur (tanpa menggosok gigi) minumlah 1.5 liter air, iaitu 5 atau 6 gelas air. SEbaiknya disukat sebanyak 1.5 liter.
Paling penting jangan minum atau makan satu jam sebelum dan sesudah meminum 1.5 liter air ini.
Buat permulaan, mungkin akan terasa susah meminum 1.5 liter air sekaligus, tapi lambat laun akan terbiasa juga. Mula-mula, ketika latihan anda minum 4 gelas dulu dan baki 2 gelas diminum lima minit kemudian. Awalnya anda akan buang air kecil 2 sampai 3 kali dalam satu jam, tetapi setelah beberapa lama, akan normal kembali.
Menurut penelitian dan pengalaman, penyakit-penyakit berikut diketahui dapat disembuhkan dengan terapi ini dalam waktu:

Sembelit – 1 Hari
TBC Paru-Paru – 3 Bulan
Kencing Manis – 7 Hari
Asam Urat – 2 Hari
Tekanan Darah Tinggi – 4 Minggu
Kanser – 4 Minggu

Disarankan agar pesakit radang paru-paru dan sakit sendi melaksanakan terapi ini tiga kali sehari, iaitu pagi, siang, dan malam iaitu satu jam sebelum makan – selama satu minggu,
setelah itu dua kali sehari sehingga penyakitnya sembuh.
Disarankan agar kaedah di atas dilaksanakan dengan teratur dan disiplin.


*** tidak tahu sejauh mana kebenaran terapi ini. Tetapi tidak salah mencuba lagipun kita sendiri disarankan meminum 1.5 liter air setiap hari. Hari memang mempunyai pelbagai fungsi..dan kebanyakan penyakit disebabkan kurang minum air.


11 comments:

LYaFRINA said...

minum air ni pon awet muda & melancarkn sistem pkumuhan dlm badan..
tapi..lya kalo air masak/putih..susoh benor!!

Mummy Dasy said...

thanks kak... betul tu smlm gi klinik pun doc. suh bykkan minum air kosong ditambah plak ngan cuaca panas skang ni

♥MAMASYAZA♥ said...

bagus kalo byk minum air ni, doc. pun sarankan camtu, tapi masalahnya anak2 akak ni kalo air putih ni susah sgt nak habiskan, kalo ribena, air2 manis, cepat ja habis diminum...gerammm sgt

Mag said...

betul kut..farah pon kalau kurang minum air mcm lemah jer badan.

ayah,ummi, farish said...

tp byk baca artikel..dorang kata minum air byk2 nie mmg banyak khasiat

Mak Su said...

tq... maksu lately ada masalah sembelit kot... huhuhu

rynas said...

Lyafrina: mmg pun awet muda. akak pun susah nak minum air kosong banyak2. kena paksa diri

Mummydasy: aahh kalau demam minum air banyak2 cepatlah baik demam

mamasyaza:budak-budak mmg susah minum air kosong. tapi saya paksa jg dorang minum hehhehe

ayah umi farish:betul..betul betul

rynas said...

Farah: kalau artis mmg dorang amalkan minum air suam jer jaga badan.

Maksu: aahh elok ler tu cuba tip di atas kot2 kurang sembelit

ckLah @xiiinam said...

Bagus info ni...

Mia Liana said...

uikkk... lebih kurang sama lah ... artikel kita...

it's ok.... sama-samalah sebarkan maklumat ni...

Yan said...

baca entri ni terus minum air.. kebetulan air sebotol besar ade kat sebelah hehehe