Monday, May 10, 2010

kerana kuda

Ohh..semalam aku nak jadi raksasa dalam citer kartun ultraman.
Tapi nasib baik belum mengganas lagi dan mengeluarkan api menerusi mulut. Terus jer bertukar menjadi Doraemon yang cute..
sambil terfikir nak keluarkan payung terbang dalam kocek supaya boleh terbang sekejap.
hehhehe..Apakah??? sampai begitu sekali kekdahnya kan..

tengok ler gambar kuda di bawah..
apa pulak kaitannya dgn kuda??
Semalam anak teruna aku menangis dalam kereta kerana seekor kuda..
Kisahnya begini...petang tu selepas balik dr PD terus ker Puchong sebab ada asgn di sana..angkut semua anak-anak sekali..
cadangnya lepas tu nak singgah klinik sebab kakak dah tunjukkan tanda nak demam.
Dlm perjalanan masa nak lalu UPM tuh si kakak terpandanglah kuda.."Mama ..mama kudalah mama"
Fahim yang tengah menyusu terus jer bangun...tapi masa tu kuda tu dah tak nampak dah..
apa lagi terus jer dia meraung..menangis, sambil tarik pintu kereta suruh berhenti. Kuat okay..
aduh ler..dah puas pujuk2 tak nak diam juga lastnya....

Pusing balik dan berhenti ler kat tempat kuda belakang Uniten tuh..
Perghh..bukan main suka lagi sampai nak balik pun tak nak..puas pujuk2 tak nak juga balik sebab nak tengok kuda..lastnya angkat jer dia masuk kereta..pun nangis juga macam tadi..
Lepas tu umpan dengan taman permainan tepi rumah tuh..

automatik terus diam..dan senyum serta merta..dan inilah hasilnya. Tak peduli wpun lepas hujan. mmg basah uols...habis seluar , kasut, kaki semua kotor..tapi tak kisah asalkan dia senyap dan happy..(wpun mak dia yg tak happy huhuhu)


kat gelongsur tu penuh dgn air. Tapi aku dh tak kisah dah....main ler nak main.

Lepas tu naik kuda pula. Tak habis-habis dgn kuda. dah lah tadi tengok kuda.. ni naik kuda pula, bukan main suka lagi..lepas naik turun..naik lagi..


nasib baik kakak ok jer. "Mama ..mama..Fahim nangis lah tak baikkan mama. Tinggal jer mama dia sorang2"
Boleh??? hahhahha..sapalah ngajar dia ni.



Masa ni Durrani dh demam dah. Badan dah panas..tapi maintain jer..
main tetap main. Makin besar..dah pandai bawa diri...walapun demam ok jer..

Wah...ini budak haaa..sekarang mmg menguji kesabaran betul. Banyak lasak dan aktif wooo.. makin banyak mulutnya..
dan makin banyak taktik dia...mama pulak yg kena guna plan A, B atau C.

8 comments:

Mag said...

hehe..kecik2 dah banyak taktik ke? habis la mama dia bila dah makin besar nanti. nak kene ade plan sampai z=p

Taska Ummi said...

hihi...budak2 memang macam tu...akhirnya kita yg ngalah...yg dia nak mesti dapat..

rynas said...

farah: hehhehe..banyaknyer taktik nak guna sampai Z

Faizz: yerlah kdg2 tu sajer tak nak ikut..tapi kita yg tak tahan dgr dia nangis

Mrs. Simplicity said...

hehehe.. sampai kena jadi ultraman ye. meh dtg equine park. pagi2 selalu nmpk org naik kuda pusing2. sebab dekat dgn equestrian park kan.

nanti anak2 alya besat rynas, sure alya pun jd ultraman gak. hehe..

rynas said...

alya: yerlah sementara nak tunggu anak2 besar mmg menguji kesabaran betul. tapi sabar tetap sabar ye tak?

ckLah @xiiinam said...

Dah besar nanti, lain pula cabarannya....




Gembira selalu...

ibu_Arifa said...

suka kat kuda yer kakak Durrani..nnt ajak mama g tgk kuda tu lagi ek..

tu lah kak Rynas..kita kena standby plan..A,plan B, plan C selalu dlm kepala, sbb budak2 ni lagi terer lagi kita..tak tercakap dek akal kadang2 tu.

rynas said...

xiinam: ya betul tuh..kena buat preparation mental, emosi nak jaga anak sampai ke besar.

Ibu arifa: adiknya yg suka kuda..ntah apa ler yg best sangat tu ahaks..bdk-bdk kan.