Tuesday, June 1, 2010

buang bayi & anak luar nikah


Dialog pagi Isnin di antara wanita A dan B.

Wanita A sedang membelek-belek akhbar Harian Metro sambil membaca cerita mengenai kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Buang anak di dalam bakul sampah, anak dibakar, ditanam, di buang di masjid, di kaki lima jalan, di dalam bilik air, dan di mana-mana sahaja si ibu bangang itu bersalin disitulah menjadi tempat pembuangan anaknya sendiri,
tanpa rasa takut, bersalah dan berdosa.

Sedang asyik membaca kemudian wanita A bersuara:
Wanita A: Kasihan bayi yang tidak berdosa ni. Kalau saya ambil sebagai anak angkat bayi yang kena buang ni ok tak kak? (tanya A sambil meminta pandangan drp wanita B)

Wanita B: Ehhh..jangan. Orang kata anak luar nikah ni nanti perangai dia tak elok walaupun kita dah didik dia elok-elok. Janganlah susah nak didik nanti. Bila besar jadi macam *****.

Wanita A terdiam sambil mengangguk-angguk kepala beberapa kali.

Kasihan buat kali kedua...
Kasihan sangat pada anak-anak buangan ni, mereka tidak berdosa,
Namun dosa kedua ibu bapa mereka akan terus melekat kepada anak ini sampai bila-bila waima apabila mereka sudah meninggal dunia sekali pun.
Cuba fikirkan bagaimana perjalanan hidup mereka apabila sudah besar nanti,
drp kanak-kanak, remaja, dewasa, melalui alam rumah tangga bergelar ibu atau ayah?
tentunya perasaan malu, tertekan, terhina, akan terus menyelebungi diri mereka,
Bagi yang kuat mungkin boleh menangani jiwa yang kacau secara lebih berhemah mengikut cara sepatutnya
bagaimana pula bagi yang tidak??? adakah mereka akan terus mengulangi perkara sama seperti dilakukan ibu bapa mereka?
dan ketika itu adakah ibu bapa mereka boleh memarahi...boleh mengatakan tidak..sedangkan sejarah hitam itu mungkin berulang???

Jawapan bg persoalan di atas:

Assalamualikum,

Saya telah mempunyai anak seramai enam orang, 3 lelaki 3 perempuan. Baru-baru ini ada yang offer anak luar nikah untuk dipelihara. Jadi saya dan isteri telah menerima anak tersebut untuk dipelihara kerana anak kami yang bongsupun dah nak bersekolah. Anak ini sudahpun disusui (susu badan) oleh isteri saya setelah mendapat nasihat dari doktor dan ubat untuk menghasilkan susu badan. Sudah menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami.

Rasa-rasa permasalahan berkenaan anak luar nikah ni tidak ada masalah lagi bagi saya dan isteri kerana semuanya sudah terjawab dilaman ini. Yang tahu tentang status anak ini cuma beberapa orang sahaja. Masalah saya ialah: Setelah anak ini (lelaki) dah dewasa apakah jawapan yang sebaiknya untuk saya terang kepadanya. Dari surat beranaknya pun diruangan bapa juga dicatit -tiada maklumat-Sekurang-kurangnya jawapan dari pihak tuan dapat memberi sedikit idea untuk saya siap jawapannya untuk 10 atau 15 tahun lagi. Buat masa ini kalau ada orang yang bertanya siapa bapa budak ini – jawapannya ialah bapanya telah meninggal.Jazakallah

Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Antara cara yang paling baik ialah dengan mendidik anak ini dengan sebaik-baiknya. Diberi pelajaran dunia dan akhirat secukup-cukupnya. Agar anak ini kelak menjadi anak yang soleh lagi berpemikiran matang.
Nanti, jika akhirnya dia mendapat tahu statusnya, sudah tentu dia dapat menerima dengan pemikiran matang dan terbuka.
Perlulah dididik bahawa, bahawa bani adam itu adalah sebaik-baik makhluk. Dan kemuliaan di dunia dan akhirat seseoarang itu tidak bergantung pada rupa parasnya. Jalur keturunannya. Apa bangsanya. Harta kekayaannya. Tetapi kemuliaan itu dipandang sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah.
Juga dididik bahawa setiap manusia itu dilahirkan dalam keadaa fithrah. Suci bersih. Tidak membawa setitikpun dosa dari datuk neneknya.
Dan setiap manusia itu tidak menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh orang lain. Siapa yang melakukan dosa, dialah sendiri yang menanggungnya. Orang lain tidak mungkin akan menanggung dosanya.

Akhirnya, sesungguhnya memelihara anak yang diterlantarkan begini adalah perbuatan yang cukup mulia. Bagaimana tidak dikatakan mulia, kerana ia adalah sebahagian dari perbuatan memelihara nyawa manusia, lebih2 lagi jika di asuh dengan iman dan amal.



**** jawapan kepada persoalan dua wanita di atas, anak-anak ini tidak bersalah dan tidak berdosa. Terpulang kepada penjaga, bagaimana mengasuh mereka mengikut acuan sepatutnya, nescaya dia akan menjadi insan berakhlak di dunia dan akhirat***






12 comments:

Izan Ishak said...

betul tu...sbb anak kecil yg lahir kalau dicorakkan dgn betul akan menjadi anak2 yg baik pd masa akan dtg..insyaAllah..

kasihibu said...

: ( :(

kesian nasib anak tu...

Mag said...

sangat setuju...perangai mesti lah ikut ape yang dididik..

Yan said...

mmm... yan pun penah terpk.. bile tgk nasib2 anak yg terbuang.. macamane masa depan mereka nanti.. Alhamdulillah klu ada yg nak bentuk mereka.. tp status diri dia agak2 membelenggu idup dia tak.. malu, tertekan.. pasti ada.. tak dapat kite bayangkan.. kesian sangatkan..

KedaiGambarKami, Kluang, Johor said...

anak yg lahir itu suci..takde sangkut paut dgn dosa mak bapak dia..bengong org yang pikir camtu..masyarakat kita ni berfikiran tertutup!

huhu.

catlina

ayah,ummi, farish said...

anak tu x bersalah..yg salah mak bapak dia yg kurang ajar tu...nasib & masa depan dia, bukan dia yg mencorakkan..baik kita jar..baik lah yg dia ikut

Kauthar said...

kesian anak2 yang tak berdosa..dosa ibu bapa bukan utk diwarisi anak2..anak kecil ibarat kain putih,kita yang bertanggungjawab mencoraknya..

LYaFRINA said...

setuju!!!
anak yang dilahirkan ibarat kain suci.. tanpa sebarang noda.. masa depannya.. kita mampu mcoraknya.. bayi ni xptt dihukum hnya krn tindakan ibubapanya itu... kalo kita didik dgn baik..maka baiklah akhlaknya..

ada jugak, anak org baik2.. tapi..x menjadi.. bahkn ank org y dikatakn x baik-baik itu... ahlaknya sungguh tpuji..

rynas said...

Izan: yer anak kecil itu tdk berdosa.

Sayangibu: sedihkan

Farah: ikut acuan ibu yang mendidiknya.

yan: m'kat susah nak terima kan tetap memberi yg buruk pd anak tu sedangkan dia tdk besalah.

Cat: yer betul tu..m'kat kita masih tertutup pemikirannya

rynas said...

ayah,umi farish: betul tuh. mak ayah dia yg akan mencorakkan masa depannya.

Kauthar: tapi kan skrang ni m'kat sering meadangs erong pd anak-anak luar nikah ni..kesian

ibu_Arifa said...

betul tu. semua bergantung kpd siapa yg mencorak/mendidiknya.. tp dah memang pemikiran masyrakat kita ni masih byk yg 'tertutup'..risau menambahkan aib/beben pd si anak tu bila dewasa nnt.

mak encik | SZ said...

sedih...
bukan senang nak melalui proses kehamilan, melahirkan...tup2 buang je...