Hari Jumaat ni marilah kita sama-sama insafi diri mengenai dosa mengumpat.
Orang perempuan ni senang sangat nak dapat dosa, duduk bersembang 2-3 jam, tiba-tiba oppss..termengumpat pula. Pada hal itu bukan tujuan asal pun. Mulanya nak bertanya khabar dengan jiran sahaja.
Begitu juga di tempat kerja. Mulanya bersembang perkara biasa sambil minum teh di kafe, atau makan tengah hari di luar, alih-alih terkeluar pula topik si anu binti anu ..si polan bin si polan...semuanya mengenai keburukan dan kekurangan seseorang. daripada cerita pendek menjadi filem pula gayanya. Semakin sedap apabila cerita ditokok tambah rakan dengan garam, perisa dan asam menjadikan semakin enak rasanya. Syaitan pula di kiri bahu semakin menghasut.."umpatlah lagi..umpatlah lagi" Habis semua cerita dalam kelambu dikeluarkan. tanpa ada sedikit pun rasa bersalah. Alih-alih, " kita ni cerita yang benarkan? tak berdosakan??" wah begitu pula, siapa pula kamu untuk menghukum tidak berdosa. Sedangkan memperkatakan perkara yang belum tentu benar seperti mana memfitnah dan dosa memfitnah lebih buruk drp berzina.
Dalam kehidupan seharian sukarnya untuk mengelak drp mengumpat kerana mulut memang sukar ditutup sekali bercakap ada-ada sahaja perkara diperkatakan. Jadi bagaimana untuk mengelak?
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. menjelaskan "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
P/s: pesanan untuk diri sendiri, kalau tidak mahu terjebak dalam mengumpat elakkan bercakap perkara yang anda tidak pasti, diam sahaja dan hanya menjadi pendengar.
4 comments:
huhuhu..itulah..senang sangat kalau nk buat benda yang tak baik kan..cabaran nye kalau jumpa kawan lama tak jumpa. isk. memang ada lah aktiviti gosip2 ni
peringatan yang baik di pagi jumaat ni..sentiasa kena muhasabah diri kan..kadang2 sebab dah selalu buat tak sedar tentang dosanya..
thanks for remind ...
tq for sharing kak rina. saling ingat-mengingati.. pompuan ni mmg senang sgt nak mengumpat kn, takut dosa...
Post a Comment