Monday, October 27, 2008



Pagi Ahad lepas Fahim menangis lagi..tangisannya seperti pulang kampung dulu puas ku pujuk tangisannya tidak reda malah bertambah kuat. Ingatkan dia kembung tetapi selepas disapu ubat tetap sama. aku dan suami jd tak keruan. cadangnya mahu pergi ke Selayang jam 10 tetapi terlajak hingga 1 tengah hari. bagi susu dia menolak..menangis dan terus menangis. Lantas suami mengajak ke rumah jiran berhampiran rumah..malangnya dia mengerjakan umrah. dalam kereta tangisan bertambah kuat aku cuba bacakan ayat kursi dan 3 Qul...sekejap tangisannya perlahan..kdg2 kala bertambah kuat.
gelisah jadinya...dalam keadaan tak keruan suamiku memberhentikan kereta di masjid berhampiran rumah..moga2 bertemu sesiapa di kenali..tetapi waktu pg siapa pula mahu menunaikan sembahyang. lantas suami mengajak aku ke Darul Shifa. sampai sahaja di sana dengan sebotol air kami terus bertemu dengan ustaz...yg sedari td mendengar tangisan Fahim. Kasihan agaknya dia terus mencapai Fahim lalu dibacakan ayat suci al-Quran...namun tangisannya bertambah kuat. aku dan suami mula panik. lantas dia menyuruh suamiku membuka sebotol air. dia membacakan ayat suci alquran lalu mengambil air dan menyembur air ke muka Fahim 3 kali dilakukan perkara sama. Fahim terus terperanjat sejuk agaknya..tangisannya agak reda. Ustaz itu menyuruh aku menyusukan Fahim diluar dan meminta aku menyapu air pada setiap sendi...disapu ke muka atau mencampurkan air dengan susu. selepas diberi susu...tangisannya semakin reda...penat agaknya dalam dakapanku Fahim terus tertidur. Syukur alhamdulillah...dia tidak lagi menangis. tapi sampai bila..NTAHLAH.

p/s: sukar dipastikan kali ini dia menangis kerana kerana gangguan atau sebab-sebab lain. Ustaz itu hanya tersenyum ketika meminta jawapan.

5 comments:

suziey said...

Kesian fahim..pastuh muka sedih je..sabar ya fahim dan mak fahim..

ennieva fauzi said...

comeynya anak ko tie...cam pelakon Korea..ko kenan kat saper plak ni?

Aku rasa dia nampak sesuatu yang 'tak enak' ni...bebudak kan mata halus...beli je cd2 al quran dan pasang selalu kat rumah tu...sementara ko menaip kat lap top tu pun buleh pasangkan?

rynas said...

ntah ler kenan kat saper plak hehhehe. malam td aku dah start pasang dah cd al-quran tuh maklumlah nak baca takut salah tajuid plak...makhluk tuh gelakkan jer kat aku..so far malam td dia tido dgn lenanya

INTAN said...

kesiannya...klu aku sure panik dh...sbb aku xde pengalaman menda2 mcm ni..huhuhu

ennieva fauzi said...

menarik ni tie...aku buleh tulis kisah ko ni...macam mana makhluk tu gelak? dia gelak melalui anak ko ke? cewah..naluri kewartawanan aku dah keluar dah hehehehe