Saturday, October 25, 2008

selamat hari jadi sayang!!!!


Selamat hari jadi sayang...kejap jer anak mama dah 2 tahun (23 oct 2006 - 23 oct 2008). Untuk majlis hari jadi kedua Durrani suamiku yang paling excited..dia menyuruh aku mencari hadiah dan kek kerana pejabat berdekatan dengan Midvalley. Tambah pula aku keluar mengambil produk jadi boleh terus sekali membeli hadiah. Teruja rasanya membuat ‘private birthday party’ untuk durrani kerana ini pertama kali. Ketika usia setahun dia masih tidak tahu apa-apa. Apa hadiah yang sesuai untuk durrani..buntu juga memikirkan. Seingat aku durrani suka benda yg kreatif tengoklah permainan di rumah..botol bedak disusun, bermain dengan sudu, senduk, bermain dengan lego, bedak dll. Jarang sangat dia bermain anak patung. Jika ada dia akan memakaikan baju atau pampers untuk anak patung itu atau pernah sekali aku melihat dia menyusukan anak patung sama seperti mana aku menyusukan Fahim. Kelakar sangat!!!!!

Akhirnya dalam kebuntuan aku membeli permainan play dooh..membuat ice cream. Harap2 dia suka...

Jam 9 malam barulah aku dan suami memulakan majlis..kek bersama KFC. Nampak sangat muka Durrani blur dan kehairanan dengan apa berlaku. Saat paling seronok ketika meniup lilin..kalau tak ajar alamat lilin cair atas kek hehhehe. Pandai pulak durrani bergaya ketika diambil gambar. Seronok agaknya ..tambah pula apabila menerima hadiah..xcited sangat nak main akhirnya dia tidur bersama mainan bersepah. Minggu depan barulah majlis hari jadi Durrani diadakan bersama sepupu2nya yang lahir pada bulan 10 kat umah kakak di Selayang.

Lihat aksi-aksi ketika besday malam 23 oct tadi...


kEK HARI JADI

takut2 plak nak potong kek


sonok bergambar ngan belon

bila dah dapat hadiah tak ingt semua...main..main..main

Buat aper tuh cik tipah oii???

Buat ice cream ker..asyiknya...dia


Inilah hadiahnya

3 comments:

INTAN said...

hepi besday durani!!

MummySuri said...

wah...dah beso... kalo tak jadi pm, boleh le jadi chef...kekeke

Anonymous said...

hehe lawak rupaynye galbo yg tercelah belon tu... :p