Monday, October 27, 2008

Jam menunjukkan 10.15 malam, walaupun masih awal aku kira tetapi suami, dua anak aku sudah hanyut dibuai mimpi. Penat agaknya sejak pulang ke rumah jam 9 malam masing-masing sudah terlelap. Cuma aku jer yg belum tidur maklumlah pompuan, isteri dan ibu.. kerja..kerja..kerja tak pernah selesai. Selepas menidurkan Fahim dan Durrani aku mula menjalankan kerja membasuh baju..kemudian melipat baju yg akan dibawa ke rumah baby sitter esok. Sementara menunggu basuhan selesai inilah kerja aku melayari internet sambil menulis blog. Melihat dua beg berisi pakaian di atas sofa…malas pula rasanya mahu mengemas. Esok masih ada..

Biasalah cuti hujung minggu ada sahaja aktiviti bersama keluarga. Minggu nie ada 2 aktiviti keluarga yg harus aku pilih. Pertama kenduri arwah mak di PD dan juga kunjungan mak, abah, kakak bersama keluarganya ke KL. Berkira2 mahu pulang ke kampung atau berjumpa keluarga sendiri. Nasib baik suamiku menyuarakan pendapat pabila melihat aku masam mencuka ketika dia mengajak aku pulang ke kampungnya.

“Mama tak payah balik kg lah.. .nanti abang hantar pg rumah kak Tija di Selayang. Lagi pun tak best juga kalau tak jumpa mak. Lagipun mama ada aktivti dengan kak chak kan?”

Bagai mengantuk disorongkan bantal. Aku terus menjerit YAHOOO….(tp dlm hati jerlah). Lg pun bukan aku sengaja tidak menghadirkan diri ..untuk lebih adil dan saksama biarlah suamiku di kampungnya dan aku bersama mak dan abah. Apa lagi aku terus siapakan apa yg patut kerana akan tidur di Selayang semalaman.

Pagi ahad bertolak ke Selayang…selepas hantar aku barulah suamiku pulang ke PD.

Jam 2 petang barulah familyku sampai dr Pahang (melawat paklong yg sakit). Aktiviti sudah ku atur petangnya jam 6 aku membawa kak chak ditemani adik ke IKEA. Fahim aku tinggalkan dengan mak..susah kalau bawa si kecil. Apa lagi aktiviti membeli belah dr jam 6- 9 malam. Banyak juga barang idaman kakak yg dibeli. Aku cuma beli brg2 kecil sahaja kecil ttp sgt bernilai. Kalau gaji dah masuk lagi ler bertambah best bershoping.

Esoknya Deepavali, jam 12 barulah mereka bertolak pulang ke kampung. Aku dan suami masih ada aktiviti belum selesai iaitu OPEN HOUSE di rumah kwn baik suamiku di Puchong. Jam 7 malam baru sampai ke rumah. Melihat rumah yg berselerak..ALAHAI.

gelagat durrani bila bawa jalan

4 comments:

suziey said...

Amboi ke Ikea gitu. Suka Durrani dapat jalan ya..

ANAKIRANA said...

dah besar durani..nampak lah wajah kakak2 tu...

MummySuri said...

aiseh saya memang nak ke ikea petang ahad tu...sebaliknya ke ikano sahaja sebab rashid malas nak masuk ikea. kalau tak pasti kita bertembung kan???

rynas said...

suzi..yer suka benor jalan

cik suri ..alah liza kalau tak mesti jumpa ngan awak berdua