Hari nie plan tak menjadi..tensen lah juga..sebabnya untuk minggu nie ngan minggu depan aku dah plan apa nak buat dah penuh diary aku. sepatutnya hari nie keje aku pg amik produk kat bangsar village, jln telawi 2 dan sepatutnya semua keje2 tuh aku dah settlekan waktu pagi lepas kuar umah aku terus pg tempat yg nak dituju. ttp dek kerana lay out belum siap dan editor aku bercuti aku termasuklah cek apa yang patut. akhirnya drp jam 10 pagi rupanya jam 4 barulah siap...dalam keadaan perut berkeroncong aku pun gagahkan juga menemani Wan ke Suraya. makan..sembang2 jam dah dekat 4.30 petang..hari mula semakin mendung. alahai...hati mula tak keruan..kalau aku teruskan juga niat hati aku nie maulah agaknya jam 7 baru selesai aku tengok jam sekali lagi dah dekat jam 5 petang.
akhirnya aku batalkan hasrat mengambil produk ptg ini dan terus pulang ke rumah. oleh kerana masih awal hasben mengajak minum di restoran mamak sementara menunggu hujan berhenti, nak ambil anak-anak. aku hanya order milo panas kerana masih kenyang sementara hasben maggi goreng dan nescafe tarik. Tiba-tiba di satu sudut kelihatan dua kanak-kanak sedang memesan makanan. Di hadapan mereka dua gelas air masak. Hasben melambai tangan kepada dua kanak2 itu yang aku rasa dalam belasan tahun. mereka pun datang...
"Minum air kosong jer...dah order makan dah??? orderlah apa2 nanti abang bayar," kata hesben aku kepada mereka. aku melihat ketulusan dan kejernihan wajah kanak-kanak ini. seperti takut2 saja apabila berbual dengan hasbenku. Kedua mereka bersongkok dan membawa beg sandang. Seorang drpnya memakai t-shirt sekolah tertulis Maahad Tahfiz Amal. Ohhh...aku terus tertunduk...sambil berkata dlm hati, tulus sungguh hati hasben aku nie. wpun aku berhati lembut aku pun jarang belanja anak2 yatim nie sebab kdg2 aku prejudis kepada mereka. Pernah aku suarakan..."ntah betul ntahlan tidak ntah2 ada sindikit. Dengan cepat hasben aku berkata, "Iskkk..tak baik kata macam tuh..kalau dia tipu itu antara dia dgn Allah,"
Sebab itulah jika minum di mana2 pantang sekiranya ada kanak-kanak menjual buku, minyak atau meminta derma dia pasti akan memberikan kepada kanak-kanak itu. Tidak pernah menolak waima orang Cina atau India sekali pun yang meminta derma. begitu juga ketika berkunjung ke pasar malam..melihat orang tua meminta sedekah...hasben aku yg dulu menderma...ohhh..malu sungguh aku. aku memang banyak belajar drpnya untuk tidak bersikap prejudis...
"bukankan gaji yg diperolehi pada setiap bulan untuk diagih-agihkan kerana bukan semua milik kita," katanya.
mungkin juga kerana suami ku anak yatim piatu sebab itulah hatinya cepat benar tersentuh melihat anak yatim ini.
selepas habis makan ...sekali lagi hasben aku memanggil kedua mereka...lalu bertanya, "anak yatim ke ni?
"Tak lah cuma org susah ttp kat sekolah ada anak yatim dan anak susah," kata salah seorang drpnya. Mereka lalu mengucapkan terima kasih...dan berlalu pergi.
2 comments:
ermmm tu la sian lak budak2 tu :I
tulus laki ko ek...ckp gan dia...aku pun anak yatim...sob sob
Post a Comment