Ntah mimpi apa plak En. Hubby aku malam tadi…masuk ke dapur dan memasak untuk makan malam. Dah lama betul dia tak masak sejak aku ngandung Durrani dulu time mabuk 2.. 3 bulan dialah yg selalu ke dapur memasak. Lepas tu memang tak penah dah. Maklumlah aku time ngandung mmg gantung periuk sampai 4 bulan pastu baru ler masak tu pun kalau rajin lar hehheheh. Sib baik en hubby tak kisah makan luar.
Malam tadi sedang aku menidurkan Fahim En hubby ke dapur sangkaku dia diam kerana melihat keindahan malam menerusi balkoni, rupa-rupanya sibuk menyiang ikan.
“mama nak masak apa ni,” antara dengar dengan tak dia bertanya.
“Iskk..masak jer apa yg ada kat dapur tuh,” kataku sambil berkata rajin plak suami aku malam ni.
“Goreng sawi, ikan ngan sambal telur…ok tak?” tanyanya lagi. Selagi aku tak mengeyakan selagi itulah dia bertanya.
“ok lah tuh,” kataku dah org nak masak jgn banyak songeh plak minta lebih2.
Setengah jam kemudian en hubby membawa makanan ke depan. Ttp sambal telur yang sepatutnya ada dlm menu menjadi telur dadar sahaja. Katanya malas pula mahu membuat sambal. Makan ajerlah dah orang masakkan. Tapi sayur nya mak aiiii pedasnya yang amat. Macam tak bagi aku makan banyak jer. Dah ler aku kena ulser mulut pedihnya masa nak makan. Makan sikit jerlah...itulah kalau en hubby aku masak pedasnya sehingga sampai ke telinga maklumlah org N.9. kalau nak diikutkan dia bukannya tak pandai masak...boleh tahan juga sedapnya ttp sajer tak nak tunjuk bakat katanya memasak tuh kan keja org perempuan...ehmmm yorlah tuh...cik abang oiiii...aku tak sempat plak ambik gambo sebab dah lapo sangat hehhee.
1 comment:
hahaha..bkan x pandai saje je tu..dah terdesak la tu die masak..heheheee..
at least die ada inisiatif nak masak..kekeke
Post a Comment