Friday, October 17, 2008

kejamnya

Pasangan disembelih

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my


KUALA KRAI: Pasangan suami isteri penoreh getah yang dibunuh dengan kejam di rumah kongsi mereka dalam kebun getah di Kampung Banggol Chengal, Peria, dekat sini, kelmarin, mati akibat dikelar di leher dipercayai menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil keputusan bedah siasat dilakukan pakar patologi dari Kuantan, Pahang, malam kelmarin.

Beliau berkata, proses bedah siasat terhadap mayat pasangan suami isteri itu selesai kira-kira jam 4 pagi di Unit Forensik Hospital Kuala Krai (HKK).

Menurutnya, hasil siasatan juga mendapati pasangan terbabit dipercayai dibunuh sebelum mayat isteri dihumban dalam perigi manakala suami disumbat dalam tong besar berisi air.


Adehh...ngeri betol baca berita dalam Hmetro nie. sekarang nie senang sangat nyawa melayang. Pagi boleh gebang2 kat kedai kopi petangnya dah kena bunuh atau petangnya berjalan-jalan dengan isteri atau suami malamnya ditembak dengan perompak. Waduh..waduh...nyawa manusia dah tak berharga. seingat aku masa dulu jarang dengar orang kena bunuh tetapi sekarang nie makin menjadi2 setiap hari di dada akhbar ada sahaja mereka yang dibunuh dengan kejam. Takut jadinya Malaysia ni dah macam US. Nak jalan sorang2 pun dah tak aman apatah lagi tinggal berseorangan di rumah. Jadi siapa yang harus dipersalahkan...orang kata kena pandai jaga diri ttp ayat tuh dah tak boleh pakai. kadang2 kita jaga diri tetapi akhirnya mati atau dirogol di tangan perompak.

Ttp aku rasa kedatangan warga asing yang terlalu ramai dan sukar disekat adalah satu punca diantaranya. Walaupun bukan semua tetapi sedikit sebanyak mereka ini penyebab kegiatan jenayah meningkat. Mungkin aku terlalu prejudis terhadap warga asing terutama warga Indonesia dan Negro kerana ada sesetengah mereka bukannya mencari kerja tetapi melakukan kerja haram. wallahhualam....

1 comment:

ANAKIRANA said...

mmg takut la skrg ni ..nak duduk srg2 bkn takut hantu..takut kat org huhuhu