Tuesday, October 7, 2008

Dhani Fahim dah 3 bulan

Melihat perkembangan Muhamad Dhani Fahim dari sehari ke sehari sangat menyeronokkan. Terasa seperti aku melahirkan anak sulung padahal sudah dua anak. Mungkin juga aku terlupa bagaimana Durrani membesar daripada bulan ke bulan. Aku rasakan perkembangan Fahim lebih cepat berbanding kakaknya. Mungkin juga dia lelaki. Kerana aku pernah terbaca dalam majalah mengatakan perkembangan anak lelaki lebih cepat berbanding anak perempuan. Buktinya ketika melewati usia 2 bulan Fahim sudah memberikan reaksi apabila diagah. Dia juga sudah mula berbual mengikut bahasanya sendiri.

Kini 1/10 genaplah usia Fahim 3 bulan. Dia semakin galak bercerita terutama selepas bangun tidur. Sudah pandai menonton TV dan akan menjerit-jerit apabila mendengar lagu atau suara yang kuat. Sudah mula ketawa mengekek.

Semalam aku membawanya ke klinik untuk check up bulanan, alhamdulillah Fahim sihat dan berat juga naik walaupun sedikit.

Waktu lahir – 2.75kg

1 bulan – 4 kg

2 bulan – 5.2 kg

3 bulan – 5.9 kg

4 comments:

INTAN said...

cepat je kan.....rasa mcm baru je hang kena belah perut...

rynas said...

skang nie mmg masa cepat jer berlalu pejam celik...anak yang sulung dah masuk 3 tahun thn depan huhuhu..kalau bleh anak aku yg kecik nie aku tak nak dia besau..biarlah dia kecik baby cam nie..sonok nak main hhehehe (ader plakkk)

INTAN said...

klu nak sokmo anak kecik..ko kena beranak slalu le T..wkakakka

rynas said...

akakkaka...aku dah tak leh beranak tiap thn..maksimum 4 jer...koata lagi 2 jer nie