Tuesday, October 14, 2008
Open House
Tak sah ler raya kalau tak buat open house. Ttp untuk tahun ini dan dua tahun sebelum ini aku pegi open house umah orang jer..tak kuasa aku nak buat open house sebabnya masa thn pertama kawen 2006 aku bersalin Durrani, thn 2007 durrani baru 1 tahun 2008 plak aku ada Fahim hehheeh...maleh ehhhh ada anak kecik nak masak2 kat dapur nie. Ttp kalau saper2 nak datang dipersilakan umah aku sentiasa open. Thn nie aku rasa aku buat untuk family jer...ttp tarikh belum tahu lagi rasanya hujung Ramadan kot.
Sabtu lepas 11 oct aku pegi opeh house umah Angah (kakak hasben) kat Springhill, PD aku tak sempat snap gambo pun sebab dok layan anak dan makanan. Dia buat dr petang sampai ler malam. Kol 7.30 kami sampai umah dia..masa tuh tak der sesaper pun lagi. Menunya Mee rebus, nasi himpit, kuah kacang, rendang dan lontong serta kuih raya. Kol 12 malam baru kita org balik ke Bangi.
Ahadnya plak 12 Oct makan2 kat umah kakak aku kat Bangsar. yang ni untuk adik beradik jer...aktivitinya minum petang dan buat BBQ ayam, kerang bakar ngan kambing. aku sampai umah dia pun time maghrib..solat barulah mulakan aktiviti makan. yg lelakinya kenalah bakar apa yg patut. Yang sedapnya sebab abg ipar aku beli sos BBQ kat restoran mamak Syed kat Bangsar...sedap giler..menurut kata bang ipar aku sos ni mmg tak dijual ttp disebabkan abg ipar aku kamceng ngan tokey restoran nie dia jual ler. selain ayam ngan kambing ada laksa, ketupat ngan rendang. paling lain dr lain sebab ada salad...haii sejak bila plak abng ngan akak aku ni makan salad.ohhh rupanya mmg dah selalu makan salad jaga badan ehhehhehehe
Labels:
raya oh raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment