Friday, October 17, 2008
ajar anak gosok gigi
Ketika Durrani berusia setahun lebih dia sangat teruja untuk memberus gigi, lantas aku belikan berus gigi satu untuk baby sitter dan satu untuk di rumah. Namun keseronokan memberus gigi tidak lama dan dia menolak pabila diajak memberus gigi. Pagi semalam, setiap pagi aku akan mandi bersamanya dan menggosok gigi di hadapannya. Dalam nada pelat Durrani berkata, "Ma..ma..(sambil memegang tanganku) yush gi".
Aku terus mengambil berus gigi lalu disapukan ubat dan diberikan kepadanya. Kerana melihat aku memberus gigi dia melakukan sepertimana aku tanpa diajar. Memberus gigi hadapan, graham atas dan bawah. Sambil aku menepuk2 bahunya beberapa kali dan berkata," good girl..pandai..macam nilah anak mama,"
selesai memberus dia terus mengambil air daripada getah dan dimasukkan ke mulut (juga meniru seperti aku). Aku ingatkan air itu akan diminum seperti dulu tetapi tidak, dia berkumur lalu diluahkan. "Wahhh dah pandai anak mama," kataku dalam hati.
so drp situ aku andaikan:
- Kanak-kanak cepat tiru perbuatan kita. Tak kira apa sahaja kita lakukan dia akan tengok dan ikut. So buatlah perkara2 baik sahaja.
- Untuk mengajar sesuatu kepada kanak2 kita harus lakukan dulu. Cth kes berus gigi, baca buku, buang sampah, kemas mainan dll
- Selalu berikan kata2 pujian kepada kanak2 dia akan suka jika dikatakan pandai, bijak, sayang anak mam dll
Labels:
Durrani oh durrani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment