Thursday, October 9, 2008

semangat yang hilang

Sejak dua menjak nie prestasi kerja aku semakin menurun. Bukan aku tidak menyedari..tapi sengaja malas mahu ambil tahu dan buat tidak tahu. Aku tahu apa puncanya...dan semakin lama aku diamkan semakin tertekan rasa jiwa ini. Tetapi aku tiada jalan lain melainkan bekerja dan terus bekerja di sini demi mencari rezeki untuk anak-anak. Tapi aku rasa tidak adil untuk syarikat (tapi syarikat juga tidak adil untuk staf seperti aku ) kerana aku tidak lagi memberikan sumbangan yang optimum, bekerja hanya sekadar syarat datang jam 10 pagi dan pulang jam 6 petang. Membuat kerja yang diberi sahaja tanpa mencari alternatif untuk menghasilkan yang terbaik. AAArrrhhhh...apa yang harus aku lakukan...buntu jadinya. Memang aku berusaha mencari kerja lain tetapi entahlah...bukan bersungguh-sungguh kerana aku sering terbayangkan suasana kerja di tempat baru..yang aku rasa membosankan, atau menjemukan (atau hanya perasaan aku saja). Itulah aku selalu memikirkan yang negatif sebelum mencuba. Seharusnya perasaan ini aku buang jauh-jauh..mana tahu di tempat baru aku boleh memberikan yang terbaik seperti mana aku mula-mula bekerja di sini. Mungkin juga aku sudah terlalu lama disini memasuki tahun kelapan....rakan2 seangkatan dengan aku sudah menarik diri dan bekerja di tempat baru yang jauh lebih baik. Yang tinggal rakan-rakan baru...sudah lama mahu mengikut jejak mereka mungkin rezeki belum ada dan aku harus lipatgandakan usaha mencari kerja baru. Bukankah usaha tangga kejayaan.

Untuk menghilangkan bosan..inilah alternatif aku menulis dalam blog sekurang-kurangnya menambah semangat aku menulis. Dan...apa lagi untuk anisiatif agar aku bersemangat di tempat kerja....puas aku fikirkan...tercari-cari dalam kesamaran...Bonus?????? ehhmmm thn ni hanya melihat rakan-rakan yang bekerja di sektor awam menerima bonus sedangkan aku...bau bonus pun tiada. Bukankah bonus itu anisiatif untuk staf???Kenaikan gaji Ya..memang ada..tetapi selepas tiga tahun...bukan aku tidak bersyukur..aku sangat bersukur sekurangnya menambah pendapatan yang ada...tetapi Arrgghhh..itulah sukar untuk dilafazkan.
Tiada lagi family day yang grand seperti tahun2 sebelumnya..mungkin juga kerana staf semakin kurang..seingat aku tahun lepas hanya mengadakan pertandingan boling..itu sahaja.
apa lagi ya?????...atau aku harus dihantar untuk mengikuti kem bina semangat...

***mujur juga aku sudah berkeluarga ada Durrani dan Fahim sekurang-kurangnya mengubat kebosanan aku pabila pulang ke rumah ***

2 comments:

ANAKIRANA said...

ala sedihnya baca keluhan awk..
nasihat saye..bersabar lah...skrg ni bukan time utk quit dan cari keje baru..ekonomi tak stabil..bersyukur la co belum tutup or buang pekerja..kilang2 dh byk tutup skrg ni..

sy pon ada kalanya merungut jugak..bosan..mcm2 la..tp bersabar jer skrg ni.....

kalo tensen2..luahkan ejr kat blog :)

rynas said...

thanks ana...betollah sampai satu tahap rasa dah bosan sangat ngan keja yg dibuat hari2...
ttp betul kata awak econ tak stabil..sabar jerlah dulu..tunggu dan lihat kot2 ada rezeki lain