Hari ni aku tak masuk opis kerana ada assignment kat luar. Pagi aku pegi Bangsar amik produk kemudian tengah hari ada PC Mawi kat Palace Of The Golden Horses dan jam 5 shoot dengan Winnie K di PJ. Adehh..penatnya satu hari berjalan…nasib baik aku menumpang pgrafer Ikram so tak ler penat drive kete. Sampai opis dah dekat 6.15 terus jer aku melakukan t.jawab mengepam susu dah seharian tak pam. Dalam 6.45 barulah bertolak lik umah. Opss..sebenarnya aku nak berkongsi citer pasal PC Mawi yg berlangsung kat Palace td. Sepatutnya 1.30 dah start ttp dek kerana PC ni live kat astro Awani sebab tu ler 2.30 baru start. Terpaksalah aku, liza ngan Juan bergosip sementara tunggu bakal pengantin baru tuh sampai. Sementara tuh perut berkeroncong minta diisi. Kalau aku tahu baik aku lunch dulu kat opis tadi. Ok berbalik pd citer Mawi td…sebenarnya aku tak berapa berkenan kat pilihan Mawi ni sebenarnya…ntah naper ntah ekin nie cam tak sesuai pd pandangan mataku. Ttp kena terima hakikat dah jodoh dia..bak kata Mawi doakan yg baik2 saja agar perkahwinan nie berjaya hingga ke akhir hayat. Sebenarnya kita dok kepoh2 kata pilihan mawi tak sesuai..lantak kat dialah kan nak kawen ngan saper..duit dia. TTp majlis Mawi ni disponsor mawi kata dia kuarkan duit sikit jer. Bertuah sungguh jd Mawi kan???
Jam 2.30 mawi memulakan majlis dengan bacaan doa kemudian dia memberitahu detik2 percintaannya dengan EKIN. Pendek mata PC nie untuk merungkaikan segalanya yg menjadi rahsia cinta mereka selama ni. Ada wartawan tanya bila detik Mawi melamar Ekin dan ayat2 digunakan. Dengan kemalu-maluan Mawi memberitahu ketika dia di Syiria dia melamar Ekin untuk dijadikan isteri. Hantar SMS je beb maklumlah raja sms melamar pun guna sms jer. Pas Ekin menerima lamaran tuh dalam bulan April, Mawi hantar rombongan merisik bulan Jun. Tempoh 6 bulan bertunang bulan 12 nie kawen ler.
Kat bawah nie aku sertakan date kawen Mawi kot2 korang nk pegikan.
Majlis akad nikah
Tarikh: 20 Dec 2008
Hari: Sabtu
Tempat: Masjid JB
Resepsi pengantin perempuan
Tarikh: 20 Dec 2008
Hari: Sabtu malam
Tempat: Stadium tertutup JB
Resepsi Mawi
Tarikh: 28 Dec 2008
Tempat: Dewan felda Taib Andak
Resepsi untuk peminat dan media dll
Tarikh: 11 Jan 2009
Tempat: palace Of the golden Horses
Selain 4 majlis nie diadakan juga konsert percuma untuk peminat pada 27 Dec 2008 bertempat di Felda Taib Andak. Tema sebelah Ekin moden kontemporari manakala Mawi konsep JAWA. Hehehe Mawi buat lawak dia kata kena bawa kuda kepang lah...aku rasa majlis Mawi jd Wedding Of The Yearlah tahun nie. Siap ditayang kat Astro lagi.. ohh lagi satu kursus kawen dorang pun akan disiarkan kat Astro juga pada 4 Nov 2008 ni kat Masjid Putraja khas untuk Mawi dan Ekin jer.
Nampak berseri2 jer Mawi apabila mengumumkan perkahwinan dorang Ekin apatah lagi tersenyum sepanjang masa. Mudah-mudahan berkekalan hingga akhir hayat. Aku rasa wpun Mawi dah kawen populariti dia tetap macam dulu..org tetap minat dia...dan amik dia sebagai duta produk itulah kelebihan jantan berkepala botak dr dulu sampailah sekarang.
3 comments:
i hate mawi....:)
hahhaha..dulu kokan memuja dia Tan..adakah sebab dia nak kawen ngan EKIN???
aku minat dia masa dia dlm AF je....start kuwar...aku dh pelan2 x suka...dan sekarang.....tahap bencik..wkakakkaa
Post a Comment