Monday, October 20, 2008

seram...

sekarang jam menunjukkan 11.10 malam. selepas menidurkan anak-anak aku membuka laptob untuk up date blog. Malam ini hasben pulang ke kampungnya kerana ada urusan penting berkenaan hal rumah. Jarang dia pulang mengejut begini jika perkara itu benar2 tidak penting. Mulanya aku keberatan kerana takut sekiranya ada perkara tidak dijangka berlaku di rumah namun hasben aku berpesan jika ada apa2 turun ke tingkat 6 berjumpa dengan wak. ..dan dia juga sudah meninggalkan pesanan kepada jiran sebelah. Dua anak aku tidur lena..hujan lebat menggila di luar...walaupun sejuk ....kulit aku terasa bahangnya mungkin juga aku takut. ttp dlm hati buat2 berani. Kipas ligat berputar seperti fikiran aku juga ligat berfikir...untuk mententeramkan hati. td mmg aku mengantuk giler..dan hampir tertidur tetapi sekarang mata sukar terpejam...mujur juga malam ini bukannya cerita kesukaan intan Kekasih Kuseru kalau tak lagilah aku terbayang2 menyebabkan hormon takutku mengalir laju. sebenarnya aku nak up date kejadian sabtu malam lepas ttp bagai ada menghalang jari jemariku untuk menulis. Lagipun dalam keadaan takut dan bulu roma meremang tidak baik rasanya aku terus menulis.
baik aku berhenti setakat ini sahaja.

No comments: