Thursday, October 23, 2008

citer SERAM part 1


Sebenarnya bila balik umah bersemangat nak mengupdate kisah ketika balik kampung..tetapi bila diingat balik seram sejuk jadinya. Sebab tu ler ni ler baru update. Citernyer gini cik puan Intan ooii..hasben aku nie suka bebenor balik kampung waktu malam. So Sabtu lepas drp petangnya nak balik kampung sampailah bertolak jam 9 malam. Sebelum nie balik malam mmg tak ada apa2 berlaku lerr. Malam tuh hujan plak renyai2..bila sampai kat tol lebat giler. Aku nie drp petangnya mengantuk giler ttp tak leh tido so bila anak2 aku tido aku bolehlah tido dengan lenanya sampailah ke umah. Tapi yang aku perasan bila sampai umah Fahim terus terjaga.

Sampai jer biasalah semua orang nak pegang dia...10 minit selepas itu huuu..waaaa.....wawawa... anak aku menangis dengan kuatnya. Aku yg sedang makan nasi terus meluru dan memegang Fahim namun tangisannya tak mau berenti. Puas aku pujuk...bg susu badan, susu botol pun tak mo juga. Sambil menangis matanya terbuka luas pandang ke atas. Aku dan hasben dah mula panik, “kak ni dah lain macam nie baik panggil nek Siti kat sebelah rumah,” kata adik iparku.

Tanpa berlengah hasben aku terus memanggil nek siti yang rumahnya beberapa langkah dr situ. Masalahnya dia demam pulak dan anak aku terus menangis...dan menangis dengan kuatnya sambil matanya seperti mencari2 sesuatu.

Akhirnya hasben aku bercadang pergi ke rumah nenek yang boleh mengubat kanak2 terkena gangguan. Sampai saja kat umah nenek tuh dia terus baca ayat suci al-Quran lalu disapu pada badan, kaki dan tangan. Namun Fahim tetap menangis sama seperti di rumah. Matanya masih liar tercari2 sesuatu. Puas aku memujuk memanggil namanya, bagi susu tetap sama. Nenek tuh masih berusaha mengubat..disapunya wajah Fahim dengan air drp dagu hingga ke kepala. Lama-kelamaan tangisan Fahim mulai reda..aku mula mengurut dada...ttp dia masih tidak mahu menyusu. Kemudian Nenek tuh sapu breast aku dengan kapur.

Lama kelamaan Fahim mulai tersenyum dan ketawa apabila diagah...argghhh lega rasanya. Menurut nenek tuh Fahim memang terkena gangguan..mungkin ketika dalam perjalanan atau tiba di rumah..mujur selepas diubat Fahim ok seperti tiada apa berlaku...puas aku belek2 wajahnya..badan dan tangan kot2 ada perubahan...pesanan nenek tuh biarkan Fahim tidak berbaju dan dibedung dengan kain batik pemberiannya. Letakkan surah Yasin bawah bantal dan gunting kecil. Dia juga memberikan air..jika Fahim menangis lagi sapu air dr dagu ke kepala sambil membacakan selawat 3 kali

Melihat Fahim dah semakin ok kami pun pulang ke rumah. Oleh kerana di rumah tiada sesiapa aku mengajak kakak iparku kak Ina tidur sekali..risau juga sekiranya Fahim menangis lagi. Bergelimpanganlah kami semua tidur di ruang tamu...jam 1 pagi juga baru aku dapat melelapkan mata. Namun hatiku tidak tenang bagaikan ada mata yang memerhati...puas aku bacakan ayat Kursi barulah boleh terlelap.

Esoknya...akak iparku bertanya, “semalam ada dengar apa2 tak kat dapur?”

“Tak pulak..sebab pas kol 2 terus tido lena Fahim plak tak bangun menyusu,” kataku.

“Semalam akak dengar bising kat dapur dalam jam 3 pagi..bunyi macam orang buka periuk nasi dan makan kat dapur. Akak memang tak berani bangun sebab takut. Lagi pun takut jadi cam dulu sebab dulukan akak dah penah tengok ada org kat dapur tengah makan. Ttp bila tanya yg lain mana ada saper2 yg makan. Iskkk...takutlah...akak terus jer buat2 lena,” katanya sambil menggoreng mihun untuk sarapan pagi.

Meremang bulu roma mendengarnya...tambah pula ini bukan pengalaman pertama. Mujur sejak berkahwin aku tidak pernah mengalami peristiwa pelik sebab aku nie penakut sama...mmg aku sentiasa berdoa supaya tak dipertemukan dengan makhluk lain selain manusia.

Selepas arwah mak meninggal dunia macam2 berlaku...menurut kata seorang ustaz yang pernah datang ke rumah, tanah di belakang umah memang berpenunggu. Walaupun bomoh sudah dipanggil namun untuk memindahkan makhluk2 halus ini sangat sukar kerana mereka sudah beranak pinak. Kata ustaz tuh mahu berbas-bas banyaknya jika diisi dengan makhluk halus ini...BERSAMBUNG PART 2

1 comment:

INTAN said...

setia menunggu sambungan