Hari ini sudah 10 hb aduhhh!!! sepatutnya dalam saat2 genting begini semua bahan untuk November sudah aku settlekan Tetapi aku masih terkial2 menulis.
"SEMUA BAHAN DAH SIAPKAN?" Tanya kak ema editorku ketika majlis jamuan hari raya di Hotel Grand Season petang tadi. Aku terkial-kial menjawab.
"ISKKK..MANA ADA BANYAK LAGI NIE."
"ISNIN SEMUA SETTLEKAN?" katanya
Sebab itulah jam 12.41 pagi aku masih di depan labtop hasratnya mahu menyelesaikan satu story (jika mampu) sedangkan suami dan anak2 asyik dibuai mimpi. Arrgghhh..jarang aku lambat menghantar bahan..inilah bukti dikatakan semangat yang hilang. Ohhh semangat datang ler balik..
Aku berkira-kira story yang masih belum dihantar:
1. Cover story -dah interviu
2. pilihan editor - baru dapat gambo so baru boleh buat story
3. Trendi - pun baru dapat gambo
4. artis 17 tahun - fouziah gous dah interviu
5. Nadia AF6 - Baru shoot pagi tadi. belum interviu
6. Zoey - Bong & Gerak geri gasing - Baru shoot pagi tadi
7. Advertorial akpk - baru nak interviu jam 11 pagi jumaat
hahhaha...banyak tuh aku harap dapat ler aku habiskan weekend ni. Harap2 hasben tak mengajak aku balik kg. kalau tak alamat tak siap ler. huhuhuhu...sebenarnya kalau ada idea dan mood menulis satu hari aku boleh siapkan 3 story ttp kalau tak der mood menulis nak type satu perenggan pun susah. Gitulah kerja aku nie...ikut mood pun ada juga. Dulu aku rajin bawa balik keje kat umah...tengah2 malam type story sekarang jer sejak anak 2...dah penat dan selalunya tidur awal. kat umah cuma untuk cek email jer.
**** mudah-mudahan ler mood aku baik dan idea mengalir laju***
2 comments:
tie..tu dinamakan writer's blog..aku kat sini plak selalu paksa sampai idea mengalir, maklum le keje paper tak leh tangguh...tapi kadang2 aku dok kacau orang sebelah menyebelah ajak sembang...bior same2 tension hahaha...
hehheh..mmg la ben keje paper..nak la..la...tu juga cam mag nie leh main2 lagi
Post a Comment