Monday, October 6, 2008

Lagi-lagi RAYA....

Hari ini masuk hari ke-6 Syawal sekejap jer masa berlalu, tak sedar sudah 6 hari beraya. Malas rasanya mahu menceritakan mengenai raya, kerana kemeriahannya aku rasa sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Bezanya mungkin tahun ini aku sudah beranak dua jika tahun lepas membawa Durrani tetapi kali ini lebih meriah dengan kehadiran Fahim.Tetapi apa yang membuatkan mood aku hilang kerana aku langsung tidak bergambar, kerana cik hasben tertinggal baju Melayu Maroon yang menjadi tema kami sekeluarga di kampungnya. Ketika mahu pulang ke kampung puas aku mencari rupa-rupanya tertinggal di kampung. Terpaksalah cik hasben memakai baju Melayu krim tahun lepas. Akibatnya aku tiada gambar raya bersama suami dan anak-anak. Aku beraya di kampung pada raya pertama, kedua dan ketiga.

Nampaknya aku berjaya mempengaruhi cik hasben supaya beraya sehingga raya ketiga dan petangnya jam 5 barulah kami bertolak ke PD. Itu pun kerana kami sekeluarga mengadakan BBQ pada malam raya kedua. Tanpa kehadiran keluarga kak long ( ehhmm..bereya-eya hantar sms rupanya dia yang tak ada), abng E sekeluarga (kesian abgku tak dapat cuti kena keje) dan abng mie yang pulang ke kg mentua di Sik Kedah. Walaupun tanpa kehadiran mereka2 semua BBQ tetap meriah dengan kehadiran ayam-ayam, ikan, udang dan sosej yang dibakar dengan penuh semangat oleh suami bersama ipar duainya. Jam 12 malam barulah berenti makan, nampaknya tahun ini ayam, ikan dan udang licin dengan cepat sekali. Agaknya semua lapar so belasah jerlah apa yang ada. Aku tak sempat nak snap banyak gambo kerana asyik makan udang yang rasanya sangat manis.

Esoknya jam 5 petang kami bertolak ke PD, dan jam 10 barulah aku sampai ke kampung. Penatnya Tuhan saja yang tahu. Dalam kereta Fahim mulanya meragam tak nak tido bila mengantuk sangat barulah dia terlelap. Lega rasanya ...sebab aku pun bolehlah melelapkan mata. Esoknya barulah aku keluar beraya dengan kak ina sekeluarga dan sepupu cik hasben...pusing satu kampung...aku rasa hampir 10 buah rumah dari pagi sampailah ke petang. Nasib baik anak terunaku tak meragam..pandai bawa diri. Durrani tahun ini sangat excited dapat duit raya. Maklumlah tahun lepas dia kecik lagi. Sekarang bila salam jer dia dah tahu mesti akan dapat duit. Hehehhe siap tanya lagi, “mama...wet...” kalau tak dapat duit. Buat malu mama jer

Ahadnya di PD kita org beraya di Banting, dari jam 1 sampailah jam 7 malam baru sampai ke rumah. Begitulah beraya di PD..memang sesuailah dikatakan beraya sakan. Itu pun ada lagi rumah belum pergi.

SERONOKNYA RAYA
- Bawa anak-anak beraya dan dapat duit raya
- Boleh makan ketupat, rendang banyak-banyak. Tak ada org nak larang
- Bila ada anak tak payah lagi kena basuh pinggan dan memasak cam zaman anak2 dara
- Long journey....dr KL ke Parit Buntar. Dari Parit Buntar melalui Bandar Baharu Kedah, KL, Selangor dan kemudian baru sampai ke PD, Negeri 9

***** akan ku nantikan kehadiran Syawal 2009 *****

No comments: