Friday, October 17, 2008

batuk oh batuk


aku jarang diserang batuk dan selesema melampau. Tetapi ni dah dekat 2 minggu masih belum hilang. Aku rasa start keja pas raya tadi aku diserang batuk. Mungkin juga makan macam2 dan aku sudah melanggar pantang (isskkk..jgn bg tau mak aku depan dia aku cakap tak minum ais lagi). sebenarnya masa kat kg aku mmg aku haramkan ais drp membasahi tekak aku. TTp maklumlah bila g beraya bukan sumer org tau yg aku nie masih berpantang ais. so aku nie bukannya jenis demand org dah bg minum nak minta lain plak.so aku rasalah sikit hehhehe inilah akibatnya batuk aku semakin menjadi-jadi.
Semalam aku paksakan diri juga pg klinik untuk kali kedua. kali pertama kat bangi dah habis sebotol ubat batuk aku telan ttp tak baik2 juga. lastnya aku pegi klinik taman desa jumpa ngan dr Suresh. Doc ni bg penerangan panjang lebar dan jelas. Yg tuh memang aku suka. So dia cakap mungkin sebab virus tu pasal batuk tak baik2. so dia bg banyak ubat..tak penah aku dapat ubat sebanyak ini. cam sakit teruk jer...
antara ubat2nya ialah:
1. For sure ubat batuk - ttp aku suka ubat batuk ni cam rasa madu. aku bg durrani minum dia dok jilat2 picagari tuh. mmg sedap. Ubat yg aku dpt dulu kaler hijau pahit plak tuh.

2. ubat selesema- dapat 2 jenis satu untuk siang dan malam (ngantuk nie)

3. ubat paru-paru - dr kata aku cam nak kena asma. Dulu masa aku kecik2 mmg aku ada penyakit nie. teruklah juga. ttp bila dah besar asma tuh hilang ngan sendirinya.

4. antibiotik - kena habiskan nie

5. ubat kahak - untuk cairkan kahak yg degil ni

6. ubat untuk cairkan hingus. masukkan dlm air dan sedut wapnya.

pantang: ais, buah-buahan, pedas, berminyak kalau nak baik cepat. kalau tak lantak lerrr...

aku surf juga internet cari petua2 untuk hilangkan batuk antaranya:
1. pegi kat supermarket beli jeruk kulit limau tu.. then balik umah ambil air panas masukkan kulit limau tadi dalam 10 keping tutup bekas tadi bila sejuk baru minum…
2. Air + nasi (sedikit sahaja, barang sebesor duit 50 sen. elok diambil yang dibahagian bawah) masukkan kedalam bekas cth. jag. Embunkan semalaman… esok minum la apa lagi…3. Kalau batuk berkahak… tambahkan jarum beserta benang…. pancingkan jarum tu kedalam air tadi & diembunkan
3. Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
4. 1 sudu plastik madu lebah. perahkan sedikit limau nipis dan selawat 3 kali…minum. 3 kali sehari. pagi tengahari dan malam..insyaallah akan baik dengan izin Allah s.w.t
5. Kalau batuk-batuk, sapukan vicks kat dada dan belakang badan (ini biasa le kita buat), tetapi kajian depa kena sapu vicks kat kedua-dua tapak kaki. lepas tu tidur
6. Kalau anda baru diserang, sebelum tidur bersihkan tekak anda dengan air masak suam biarkan seketika barulah telan satu sudu besar madu lebah. Lepas itu tidur dan jangan makan sebarang makanan selepas itu. Paginya apabila bangun dari tidur sebelum gosok gigi telan satu sudu besar lagi madu lebah dan jangan minum air akan makan sebarang makanan untuk selama setengah jam. Selepas itu barulah anda pergi gosok gigi dan sarapan. Amalkan tiga malam dan tiga pagi berturut-turut insya-Allah batuk anda akan hilang atau reda beransur-ansur.
7. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
8. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
9. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
10. Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
11. Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air.
12. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
13. Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
14. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
15. Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.
16. ambil setengah sudu asam jawa dan rendamkan dalam air suam dicampurkan sedikit gula dan minum air tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

mcm aku kenal jerk kampit ubt ko tu ehheh
aku lak alhamdulillah...sejak tpt keje baru jrg x sihat. syukur sgt.. kalo xduu asyik duk ulang Klinik Keluarga Tmn Desa ehh :P

rynas said...

alah doc ko juga dulu2 tuh...
yerlah dulukan aku selalu teman ko g klinik tuh