Kadang-kadang aku terfikir mengapa manusia diuji dengan pelbagai ujian. Diberi kekayaan, kerana ALLAH ingin melihat sejauh mana kita ingat ketika kita senang... Diduga dengan kemiskinan, ingin dilihatnya sejauh mana kita berusaha & tidak cuba mendapatkan rezeki dengan cara yang salah... Ada yang diberi segala kemudahan urusan hidup, mungkin tuhan ingain melihat sejauh mana kita ingat orang-orang yang mempunyai masalah... malah ujian tiada zuriat, Belum sampai jodoh, Anak cacat, Tiada pekerjaan, Penyakit, Putus tunang, kematian, Penderaan, Perceraian dan pelbagai lg ujian adalah untuk menguji hambanya.
ALLAH itu MAHA ADILkan? Diberikan kepada kita rezeki namun di celah-celah rezeki itu ada dugaannya. Tidak kira besar @ kecil ianya tetap dugaan kepada kita. Bukan untuk menyeksakan hamba-NYA tapi sekadar mahu menguji kesabaran dan ketetapan iman kita. tetapi kdg-kadang kita sebagai manusia begitu sombong sehinggakan nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita setiap saat (udara) jarang disyukuri bayangkan jika Allah meminta balasan setiap nikmat udara yang kita hirup. Pasti tidak terbalas, bayangkan begitu banyaknya rezeki serta kurniaan yang harus kita syukuri.
sharing info:
1. ujian untuk peningkatan darjat.
Allah berikan ujian adalah kerana hendak naikkan darjat seseorang di sisi-Nya di Akhirat kelak. Ketinggian darjat di sisi Tuhan ini adalah untuk orang-orang yang taat dengan Tuhan ketika di dunia lagi. Di dunia dia banyak berbuat amal soleh, amal kebajikan tapi masih lagi Allah beri ujian yang berat kepadanya. Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk meninggikan darjatnya di Akhirat kerana ketabahannya dan kesabarannya menghadapi ujian. Ujian seperti ini adalah untuk para rasul, para nabi, para wali dan paling rendah ialah orang soleh. Ujian paling berat kita lihat dalam sejarah seperti yang ditanggung oleh para nabi dan rasul yang mana ia sangat bersesuaian sekali dengan tingginya darjat mereka.
2. Ujian untuk penghapusan dosa dan didikan langsung dari Tuhan.
Ujian yang diberi untuk orang-orang Islam yang berdosa. Semua orang ada membuat dosa tidak kira dosa besar atau kecil. Ini adalah kerana manusia biasa bukannya maksum iaitu terpelihara dari dosa seperti para rasul. Jika kita merasakan diri kita tidak berdosa, itu juga merupakan satu dosa. Jadi segala ujian ini Allah berikan tidak sia-sia dan ia ada dua tujuan:
1. Penghapusan dosa Allah Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.
Sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya. Walaupun hamba-hamba-Nya telah berbuat dosa tapi masih diberi peluang untuk membersihkan dosa sebelum pulang ke pangkuan-Nya dengan jalan diberikan ujian-ujian. Kesabaran dan redha dalam menerima ujian itu akan dinilai oleh Allah sebagai penghapusan dosa.
2. Ujian ntuk ‘post-moterm’ diri
Manusia lazimnya akan mudah sedar dari kesilapannya apabila ia diuji. Terutama apabila ujian itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupannya. Manusia yang telah Allah sedarkan ini akan mudah insaf dan akan sentiasa membaiki diri daripada kesalahan lalu dari masa ke semasa. Maha Suci Tuhan yang amat kasih akan hamba-Nya, walaupun telah banyak berbuat dosa tapi Allah masih beri jalan untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan cara diuji. Tetapi kita mesti faham benar akan maksud Tuhan itu. Supaya dengan itu kita dapat tabah dan redha dengan ujian Tuhan. Jika terasa berat ujian yang ditanggung, kita faham ujian itu memang sesuai dengan kita kerana telah banyak buat kesalahan dengan Tuhan atau sesama manusia. Oleh itu jika kita sedar maka kita akan berkata,“Terima kasih Tuhan kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.”Manusia apabila ditimpa musibah sebagai ujian hidupnya, dia akan mudah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Jika tidak dia akan mudah lupa daratan, merasa diri hebat, tidak mahu terima pandangan orang lain. Ujian ini bagi orang yang faham ialah didikan terus dari Allah SWT. Tetapi jika seseorang itu tidak tahan dengan ujian yang didatangkan, ia akan hilang pertimbangan dan tidak boleh menilai tujuan baik Tuhan dalam memberi ujian itu. Orang yang tidak redha ini biasanya disebabkan tidak faham akan ilmunya. Jika ilmu mengenai ujian itu sendiri tidak ada, bagaimana pula hendak mengamalkannya?
KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dansesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
KENAPA AKU x DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286)
RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Surah Al-Imran ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) ,dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Surah Al-Imran ayat 200)"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min,diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " -(Surah At-Taubah ayat 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"
P/s: Semoga kita sabar menempuh setiap ujian Tuhan. Yakinilah ada hikmah tersembunyi di sebalik semuanya. Dan apa yang Allah berikan adalah terbaik untuk kita dan hanya Dia yang maha mengetahui semuanya.