Tuesday, December 30, 2008

yg hilang akan berganti...

bila dah lama tak up date blog sekali buka mau up date dua tiga entry..jgn jemu baca tau. hari ni pagi aku tak masuk opis sebab ada shoot produk kat Midvalley janjinya jam 11 dengan jurugambar bernama Jasmin ttp NAN ADO jam 12.30 barulah dia sampai. boleh bayangkan tak 1 setengah jam aku menunggu di sana. Nasib baik Midvalley diulangi MIDVALLEY boleh juga aku jalan-jalan. dan nasib baik juga aku hantar baju dan amik sekali baju untuk shoting fashion esok jd taklah membuang masa. dah selesai semuanya aku masih sempat lagi usha-usha sale baju kanak-kanak. melayang jugalah duait aku dekat RM100 beli kelengkapan Fahim..itu pun jasmin tak muncul2 lagi. lastnya aku pilih dalam 20 barang kemudian tinggal note kat adik tuh. aku pg settle baju yg nak pinjam tuh..15 minit kemudian barulah nampak bayang jasmin...kemudian selepas perli-perli dia sikit barulah aku blah biarkan dia settle apa yg patut. Sib baik aku ni bukan jenis berhati panas...
sampai opis aku setlekan keje yg patut..bulan nie cam lambat jer...ntah lar tak tahu naper..sebab cuti banyak kot (salahkan cuti plak). Petangnya jam 4 ada majlis makan-makan meraikan kak ana yg akan berpindah ke tempat baru. Semoga kak ana lebih berjaya di sana. aku nampak ada air mata kesedihan mengalir tatkala kak ana mendapat hadiah gambar covernya...sedih agaknya nak meninggalkan dunia kewartawanan (aku amik ayat nie dr blog cik yam hahhaha jgn minta duit plak yer) yerlah hampir 20 tahun atau lebih (kurang pasti) kak ana dlm bidang ni akhirnya beralih arah kepada bidang lain tentu banyak kenangan tak mungkin dilupakan. sebelum balik kak ana sempat berkata apalah yang akan dilakukan selepas pulang dari pejabat. jam 5 petang sudah pulang ke rumah. Mungkin inilah masanya kak ana berehat dan memikirkan perkara lain yang boleh dilakukan. mana tahu kak ana menjadi novelis pula selepas ini.

selepas ini kami kehilangan seorang rakan, seorang bos (wpun bukan bos aku) seorang editor (jg bukan editorku) juga aku anggap seorang kakak yang prihatin mengenai adik-adiknya juga seorang rakan yg sempurna. Tiada lagi cerita mengenai kak ana selepas ini yang pasti kami rindui. yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti... putaran dunia tidak selamanya kekal... asam garam kehidupan begitulah. Doaku Moga kak ana lebih berjaya di sana..dan dapat menunaikan haji dan umrah lagi dan lagi.

2 comments:

MummySuri said...

jasmin nih semakin bermasalah ye??? ramai dok komplen pasal dia...
takpe kakak, lepas ni bos baru piuler ganti...ngehngehngeh

Anonymous said...

isk...tak paham la cik suri ni.lain pula bunyi komennya tu.erm...iremaja juga berganti baru. tahniah kak ct! wa caya sama lu!